7 | introduce

138 14 4
                                    

AKU pergi ke tempat kereta bersama Rayhaan dengan bibir memuncung. Masih merajuk dengan Rayhaan. Dato' Yasmin pula akan pulang lewat sedikit kerana bersembang dengan kawan-kawan datinnya.

"Janganlah merajuk dik. Tak jadi abam bangla tu nak ngorat sebab muka adik serupa donald duck" hidungku dicuit manja.

"Janganlah abang" Aku menepis perlahan jarinya yang hinggap di hidung mancungku.

Baru sahaja Rayhaan ingin menekan punat keretanya, satu suara menyapa Rayhaan.

Adyan!

"Bro ! Lama tak jumpa kau. Sihat ?" sapa Adyan. Dia memeluk bahu Rayhaan. Matanya memandangku sekilas.

Aku hanya berlagak selamba. Telefonku dikeluarkan lalu ikon instagram ditekan.

Aku hanya men'scroll' profile instagramku. Beberapa gambar semasa berlangsungnya perasmian tadi ku 'post'kan di instagram.

"Oh ya. Ni adik aku. Kau dah tahu nama dia kan" bahuku dipaut mesra oleh Rayhaan.

"Adyan" Dia menghulurkan tangannya kepadaku.
"Inera" Aku menyambut hulurannya sekejap. Cepat-cepat aku melepaskan pegangan tangan kami.

Adyan memandangku tidak lepas. Aku yang mula tidak selesa menarik baju Rayhaan kuat dari belakang.

"Woah.... Adyan, jangan pandang adik aku lama sangat. Abang dia ada kat sini tau" Rayhaan menumbuk perut Adyan perlahan.

"HAHAHA. Sorry bro. I can't resist her" Adyan berkata selamba.

"Anthing call aku bro. Aku ada plan lepas ni. Gerak dulu ah"

Adyan hanya mengangguk.

Aku pantas memasuki perut kereta Rayhaan. Kereta tersebut mula bergerak laju meninggalkan Pavillion.

Aku mengeluh nafas lega. "It's such a disaster" kataku. Rayhaan di sisi ku kerling.

"Eh tapikan. Kenapa abang tak pernah bagitau Ara yang abang kenal Adyan ?" Rayhaan aku tenung tajam.

"Oh tak pernah eh. Hehe sorry. Kitorang kenal dari zaman kolej lagi laa sis"

Aku hanya mengangguk perlahan.

Kereta milik Rayhaan membelok ke arah jalan yang salah.

"Wait. Abang, rumah kita kan depan lagi. Nak buat apa masuk kawasan ni ?" dahiku berkerut.

"Shut. Kita pergi jumpa someone"

Aku hanya mendiamkan diri.

🌹🌹🌹

Aku hanya membuntuti langkah Rayhaan yang berjalan masuk ke restoran Secret Recipe.

"Sorry lambat. Salahkan dia" kata Rayhaan. Jarinya ditudingkan ke arahku.

Aku hanya menjelingnya. Di hadapan kami terdapat seorang perempuan yang bertudung litup.

"It's okay. Saya baru je sampai. Have a seat" kata perempuan itu. Alahai...sopannya. Wajahnya juga manis.

Rayhaan mengambil tempat di hadapan perempuan itu manakala aku mengambil tempat di sebelahnya.

"Akak ni siapa. Gewe abang eh" serkapku. Perempuan itu tersipu malu. Mukanya memerah. Sah betul !

Aku memandang Rayhaan. Berkerut dan blur wajahnya. Aduhai...

"Adik, ni Nadhra. Nad, ni adik I, Inera. Jangan rapat sangat dengan budak ni. Gedik" Rayhaan berkata sambil tersenyum ke arah Nadhra.

Azalea Inara (RE-EDIT)Where stories live. Discover now