5 TAHUN KEMUDIAN...
AKU menarik nafas lega. Kini, aku telah berada di KLIA, Malaysia.
Aku menoleh memandang Datin Yasmin dan Rayhaan yang berada di sisiku.
"Welcome to Malaysia, Dato' Yasmin and Yusr Rayhaan" kataku. Mereka berdua serentak memandang ke arahku dengan senyuman di bibir.
Selama 5 tahun di kota Paris, bermacam perkara telah berlaku. Pangkat mama Yasmin telah bertukar menjadi Dato' Yasmin. Alhamdulillah, kini butiknya telah mempunyai beberapa cawangan di luar negara dan ada satu cawangan yang akan dibuka di Malaysia.
"Welcome home too, Leyya Inera" balas Dato' Yasmin. Itulah nama baru yang dicadangkan olehnya bagi mengelirukan identitiku.
Aku tersenyum manis. Aku pasti tiada sesiapa yang mengecamku.
Secara tiba-tiba, tubuhku dirempuh kuat. Aku mengambil blazer peganganku yang terjatuh di lantai. Aku merengus geram. Aku memandang wajah gerangan yang merempuhku. Aku tersenyum sinis. Mangsa dikenal pasti !
"Shit! What's wrong with you girl ?" kataku lantang.
Perempuan itu memandangku tajam. Dialah Deana.
"Perempuan murahan ? I ni model terkenal kat Malaysia tau" balasnya bangga. Gayanya seperti langsung tidak mengecamku.
"Model terkenal di Malaysia ? Model macam you ni boleh letak bawah tapak kasut I je lah" balasku sinis. Aku membawa langkah meninggalkannya dan menghampiri Dato' Yasmin yang tersenyum bangga.
"Deana ? Good sayang" bahuku dipeluk erat.
🌹🌹🌹🌹🌹
Aku memasuki gerbang Pavillion dengan langkah yang yakin. Kaca mataku ditanggalkan. Hari ini akan berlangsungnya majlis pelancaran butik La Diva cawangan terbaru Dato' Yasmin di Kuala Lumpur. Aku terpilih sebagai salah seorang model utamanya.
Aku memasuki belakang pentas. Model sampingan yang lain kelihatan kalut mempersiapkan diri.
Dato' Yasmin menghampiriku sambil tersenyum.
"Good news. Adyan tu kawan lama Rayhaan and he will be here" ujarnya. Aku mengangguk. Bertambah mudah kerjaku.
Aku mengerutkan kening. Selama ni Rayhaan tak bagitau pun. Hmph.
'Just wait Adyan. Aku akan pastikan yang kau akan melutut dekat aku'
"Welcome and selamat datang. As all of you know, hari ni merupakan majlis pelancaran La Diva by Yasmin bagi cawangan terbaru di Kuala Lumpur" ucap Dato' Yasmin. Matanya melihat keseluruhan tetamu yang hadir. Ramai juga.
Tumpuanku terganggu apabila susuk tubuh Rayhaan di belakang pentas memanggilku. Aku mengeluh. Kakiku menghampirinya.
"Naik atas pentas. Mama nak kenalkan adik" kata Rayhaan serius.
"Ok..." aku menaiki pentas lalu berdiri bersebelahan Datin Yasmin. Dato' Yasmin yang menyedari aku di sebelahnya memeluk bahuku mesra.
Aku tersenyum kekok. Dari sini, aku dapat melihat keseluruhan tetamu. Mataku dapat menangkap susuk tubuh Adyan yang sedang memandangku.
"Oh ya. I have an announcement. This is Leyya Inera. My only daughter. Plus, she is one of the influencers in La Diva" kata Dato' Yasmin. Aku melambaikan tangan ke arah tetamu.
YOU ARE READING
Azalea Inara (RE-EDIT)
RomanceStatus ; { re-edit} 'Kau pelindungku, aku penjagamu....' Kerana dirinya teraniaya, dia memilih untuk mendapatkan keadilan Kerana dendam silam, dia terpaksa mengenepikan perasaan cintanya Namun, pada saat cinta hadir, mampukah dirinya menolak pera...