"AZALEA Inara ? Anak Irsyad kan ?" soal Datin Yasmin. Riaknya wajahnya terkejut.
"Ya, mama" Aku menunduk. Terbayang di fikiranku wajah arwah papa.
I miss you badly, pa.
"What happen ? Mama dengar dia dah meninggal"
Setitik air mataku menitis. Datin Yasmin memeluk bahuku lalu kepalaku dilabuhkan ke bahunya.
"Papa... Arwah meninggal lepas dapat tahu yang dia dah bankrupt. Heart attack" esakan mula meninggi. Basah baju Datin Yasmin dibuatnya.
Datin Yasmin hanya mendiamkan diri lalu menggosok perlahan bahuku. Mungkin mahu memberikan ruang untukku bercerita.
"Ni semua salah dorang, ma. Dorang khianat papa. Dia buat baik dengan papa supaya dia dapat kahwin dengan Ara. Then, dia bolot semua harta papa. Tak tinggal sesen pun. Even IrLea's Villa dorang sita"
IrLea's Villa. Sebuah villa gabungan namaku dan nama papa. Rumah yang menyimpan seribu memori kami.
Aku menyeka sisa air mataku lalu melepaskan nafas panjang bagi menyambung ceritaku.
"Dato' Adzim dan Adyan. Dorang yang khianat papa. And the worst part is...."
".....Adyan is my husband"
"What !?" nyaring suara Datin Yasmin menjerit.
Aku hanya mengangguk.
"Adzim ? Suami Zahara ?"
Aku memikir sebentar sebelum menganggukkan kepala.
"Mama felt sorry for you, Ara. Ara tak nak dapatkan hak Ara balik ke ?"
Aku hanya mempamerkan muka kosong tanpa riak. Blur sebenarnya.
"Balas dendam, Ara. For your daddy" Datin Yasmin menggosok perlahan pahaku.
Aku memikir sejenak. Patut ke aku buat begitu ? Should I ?
🌹🌹🌹🌹🌹
Aku memotong sayur kangkung tersebut dengan berhati-hati. Bimbang mengenai jariku.
"Ma" panggil ku. Aku pandang Datin Yasmin yang kelihatan leka mengacau rendang ayamnya.
"Ya, sayang" sahut Datin Yasmin.
"Kenapa mama masak banyak sangat ni ? Ada orang nak datang ke ?" soalku. Tanganku ligat memotong sayur tersebut.
"Anak mama. Dia baru balik dari England"
Aku hanya menganggukkan kepalaku. Anak mama. Mesti pandai.
Aku meletakkan lauk-lauk tersebut dengan berhati-hati. Enam lauk kesemuanya.
"Assalammualaikum" laung satu suara.
Aku mengerutkan dahiku. Dah sampai dah ke ?
Mak Mah, pembantu rumah ini menghampiriku.
"Ara, tolong bukakan pintu untuk Aan ya. Mak Mah nak setting meja" terkocoh-kocoh Mak Mah memberitahuku.
Aku hanya mengangguk.
Sebaik sahaja pintu ku buka, tubuh badan tegap seorang lelaki menjamu mataku.
Dia menunjukkan riak wajah terkejut. Mungkin menyangka bahawa aku arwah adiknya.
Seketika kemudian, Datin Yasmin menghampiri kami.
"Aan. Masuklah. Tunggu apa lagi"
Datin Yasmin merangkul lengan anaknya itu supaya masuk ke dalam rumah lalu didudukkan di atas sofa.Aku pamit ke dapur untuk membancuh minuman. Apabila selesai, aku melangkah kaki menghampiri ruang tamu yang menempatkan Datin Yasmin dan anaknya.
"Who's her ? Obviously not adik right ?" soal lelaki itu. Aku hanya mencuri dengar di balik dinding.
"Ara. Anak angkat mama. Mama harap Aan layan dia dengan baik"
"I will ma" Setelah selesai mendengar jawapan lelaki itu, baru lah aku menghampiri mereka.
"Ara boraklah dulu dengan Aan. Mama nak pergi dapur kejap"
Aku terkedu. What ? Aku mengambil tempat berhadapan dengan lelaki itu.
"I'm Yusr Rayhaan. 23 tahun. Your big bro. Just call me Abang Aan" tangannya dihulurkan. Aku menyambutnya.
"Azalea Inara. Err...20 tahun" jawabku ringkas. Agak kekok untuk berhadapan dengannya.
"Patutla muka macam budak-budak" kata Rayhaan selamba.
Aku menjegilkan mataku ke arahnya. Budak ?
Rayhaan terus memuntahkan tawanya.
"Jahat tau" kataku. Dia ku jeling tajam.
"Sorry okay. Just kidding" teh buatanku disisip perlahan olehnya.
Kami menyepi seketika. Kemudian, kedengaran lagu Treat You Better- Shawn Mendes daripada telefon Rayhaan.
Better than he can.....
Spontan kami berdua melepaskan tawa.
"Badak dan ikan" Rayhaan mengulang lirik lagu tersebut dengan memek muka yang 'annoying'.
Kami semakin gamat ketawa. Datin Yasmin di dapur yang terdengar gelak tawa anak-anaknya menyimpulkan senyum. Alhamdulillah...
YOU ARE READING
Azalea Inara (RE-EDIT)
RomantikStatus ; { re-edit} 'Kau pelindungku, aku penjagamu....' Kerana dirinya teraniaya, dia memilih untuk mendapatkan keadilan Kerana dendam silam, dia terpaksa mengenepikan perasaan cintanya Namun, pada saat cinta hadir, mampukah dirinya menolak pera...