Flashback
AKU melangkah menghampiri papa yang sedang santai duduk berhadapan air terjun mini.Irsyad Quinn. Dialah bapa, dialah ibu. Kata papa, ibuku sudah meninggal sewaktu aku masih kecil. Papa berwarganegara Ireland. So, jangan tanya kenapa nama papa 'Quinn'. Itu merupakan nama keluarga kami. And, jangan tanya kenapa aku ni lawa sangat. Ahaks.
"Pa, kenapa panggil Lea ?" soalku. Lea, singkatan daripada namaku, Azalea. Hanya papa seorang yang memanggilku begitu.
"Berapa umur Lea tahun ni ?" soal papa sambil tersenyum manis.
"19 tahun pa. Why ?" mataku memandang anak mata papa yang berwarna biru laut. Persisku.
"Let make it easy. Papa akan nikahkan Lea dengan anak kawan papa" kata papa senafas.
Aku terkedu. Tergamam. Terkelu.
"Kalau itu yang membahagiakan papa, Lea terima" kataku. Aku pasrah.
Papa mengusap lembut rambut keperanganku.
"Thank you, Lea. Believe me, he is the one"
"Aku nikah akan dikau, Tengku Adyan Zahrain bin Tengku Adzim dengan puteriku, Azalea Inara Quinn binti Irsyad Quinn dengan mas kahwinnya RM 5 000 tunai" kata papa senafas lalu menggoncangkan tangannya.
"Aku terima nikahnya Azalea Inara Quinn binti Irsyad Quinn dengan mas kahwinnya RM 5 000 tunai"
"Sah ?"
Ketiga-tiga saksi tersebut mengangguk.
"Alhamdulillah. Bismillahi...."
Aku tersedar daripada lenaku apabila tubuhku terasa berat. Aku membuka mataku.
Adyan sedang menindihku manakala bibirnya galak menciumi seluruh leherku. Aku cuba menolaknya tetapi tidak berjaya.
"Awak...sa..saya tak nak" kataku tersekat-sekat.
Pipiku ditampar kuat. Bahagian tepi bibirku terasa pedih.
"Kau kena layan aku jugak. Aku tak kira" balasnya. Air mata semakin laju mengalir. Akhirnya, aku hanya membiarkan aku disetubuhi dengan kasar.
Aku memandang Adyan yang sedang leka bercakap melalui telefon bersama kekasihnya, Deana.
Siapa yang tidak mengenali gadis itu ? Meskipun baru setahun jagung dalam dunia permodelan, dirinya semakin dikenali ramai. Orang lawa, semua boleh.
Berkulit kuning langsat, tinggi, langsing, seksi dan menggoda. Siapa yang tak suka, kan? Kalau dibandingkan dengan aku, comfirm bagai langit dengan bumi kan.
"Awak nak pergi mana?" soalku apabila melihat Adyan bersiap-siap.
"Heyy, yang kau sebok sangat kenapa ? Suka hati aku la" tengkingnya kasar.
Pintu rumah tersebut dihempas kasar. Bahuku terhenjut.
Lamunanku terhenti apabila satu tangan hinggap di bahuku. Aku mendongak. Rayhaan.
"Ara dah siap ?" soalnya lembut. Kami berdua diarahkan oleh Datin Yasmin untuk datang ke butiknya.
Aku mengangguk kecil. Satu senyuman hambar diberikan.
Sepanjang perjalanan, kami berdua hanya mendiamkan diri.
"Err...abang. Ara nak tanya sikit boleh ?" soalku. Mataku dialihkan memandang wajah Rayhaan.
YOU ARE READING
Azalea Inara (RE-EDIT)
DragosteStatus ; { re-edit} 'Kau pelindungku, aku penjagamu....' Kerana dirinya teraniaya, dia memilih untuk mendapatkan keadilan Kerana dendam silam, dia terpaksa mengenepikan perasaan cintanya Namun, pada saat cinta hadir, mampukah dirinya menolak pera...