13 | first date

92 14 5
                                    

INARA

"Araaa...." kata Rayhaan meleret. Matanya dikelipkan berkali-kali.

Aku menjulingkan mataku. Roll eyes gittew.

"Nak apa, abangku sayangggg" balas ku dengan nada yang sama.

Majalah yang berada di hadapanku ditutup. Aku memandang wajah Rayhaan malas. Pasti ada sesuatu yang dipinta lelaki itu.

"Teman Nadhra boleh ?" soalnya. Rayhaan mengambil tempat di sebelahku.

Aku menjungkitkan kening.

"Pergi mana ? Malaslaaa" aku menutup majalah di tanganku lalu memandang wajah Rayhaan.

"Dia ajak abang shopping tadi. Tapi, abang ada hal"

Aku memikir sebentar. Aku menganggukkan kepalaku sebentar. Mujur hari ni hari Ahad.

Rayhaan menghulurkanku kad kredit kepunyannya. Aku pantas mengambilnya.

"Yeayy. Sayang Ara. Guna kad abang kalau nak beli apa-apa. As a reward" ubun-ubunku dikucup lembut.

Aku memasuki bilikku untuk menukar baju.

🌹🌹🌹🌹🌹

Aku memandang Nadhra di sebelahku. Mencuka wajahnya. Marah mungkin kerana dimungkiri janji oleh Rayhaan.

"Kak Nad macam tak suka je keluar dengan Ara" kataku perlahan. Memancingnya untuk berborak.

"Bukan tak suka. Tapi, abang Ara tu tipu akak tau" Nadhra menjawab.

"It's okay la. Abang bagi chance kita date lettew"

Aku dan Nadhra ketawa serentak.

Kami berdua melabuhkan duduk di Baskin Robbins. Tangan kami masih kosong.

Ting!

Aku mengeluarkan telefonku dari beg kecilku.

Mesej Whatsapp dari Rayhaan.

Rayhaan

Both of u ada kat
mana?

Baskin Robbins.
Why ?

Okay ❤


Aku menutup telefonku. Aku memandang Nadhra di hadapanku. Masih mencuka wajahnya walaupun tidak terlalu ketara.

Untungnya Abang Aan. Ada orang sayang. Aku ? Bangla tepi jalan belum tentu ada orang nak.

Eh. Tapi kalau dorang nak aku, of course la aku tak nak dorang. Haisyy...apa aku merepek ni ?

"Err...akak tak nak ambil aiskrim ke ?" soalku.

Nadhra mengerutkan dahinya.

"Ara okey ke tak ni ? Depan kita ni bukan aiskrim ke ?" soalnya.

Aku memandang dua bekas aiskrim yang berada di atas meja kami.

Aku tersengih. Ni abang bangla punya pasal lah.

"Hai, girls" Nadhra tersenyum memandang Rayhaan. Namun, gadis di hadapannya masih leka menyuap aiskrim.

Rayhaan menjungkitkan kening kepada Nadhra mengenai Inara yang leka menyuap aiskrim.

Nadhra hanya mengangkat bahu tanda tidak mengetahui apa-apa.

Satu sengihan sinis di bibir Rayhaan. Dia menepuk meja yang diduduki mereka kuat.

"Oh aku kahwin ngan bangla!" suara aku bergema kuat mengejutkan seisi kedai tersebut.

Beberapa pelanggan yang berada di situ menahan senyum mendengar latahan Inara.

Rayhaan ? Dia galak ketawa sambil memegang perutnya di sebelah Nadhra.

Nadhra pula cuba menahan diri daripada ketawa bagi menjaga hati Inara.

Aku menjeling Rayhaan di hadapannya.

"Nak kahwin dengan abam bangla ke dik ? Meh abang tolong carikan" tawa Rayhaan masih bersisa.

Besar kecik je aku tengok orang tua ni.

"Kelakar juga you ni ek" kata seseorang di sebelahnya.

Aku memandang sebelahku. Adyan!

"Sejak bila you ada kat sini ?" soal Inara geram.

"I datang sekali dengan Rayhaan" balasnya selamba. Bibir lelaki itu masih mengulum senyum.

Memerah kulit mukaku tika ini. Rayhaan !

"Asal abang datang sini ? Tadi kemain tak nak datang" kataku geram.

"Hal tadi dah settle. Biar abang yang teman Nadhra"

"Okey. Ara balik dulu la" aku berdiri.

"Sabar lah dulu. Adyan ni nak jumpa Ara" Rayhaan mengerling Adyan yang berada di sebelahku.

Aku mengeluh lalu kembali duduk.

"Nak cakap apa ?" soalku malas.

"Nothing. Just nak spend time dengan you je. Or you can considered this as our first date"

Jawapan Adyan benar-benar membuatku geram.

"Sorry. I balik dulu" balasku.

Baru sahaja aku hendak melangkah keluar dari kedai tersebut, lenganku direntap.

"Teman I pergi rumah anak yatim tu. I tak ingat jalan" katanya perlahan.

Aku hanya menganggukkan kepalaku perlahan.

🌹🌹🌹🌹🌹

ADYAN

Aku mengagihkan hadiah kepada anak-anak yatim tersebut.

Bersinar wajah mereka menandakan perasaan gembira apabila menerima hadiahku yang tidak seberapa itu.

Hanya alat tulis dan beg sekolah. Itu sahaja hadiah yang aku berikan kepada mereka.

Aku memandang wajah Inaera. Dia kelihatan gembira melayan anak-anak di situ.

Aku melangkah menghampirinya yang sedang melayan seorang kanak-kanak perempuan.

"Lama akak Ara tak jumpa Ica. Dah tak ingat Ica ke" memuncung mulut budak bernama Ica itu.

Inera ketawa kecil.

"Tak lah. Akak banyak kerja la. Mana boleh akak lupa budak comel macam Ica ni" pipi Ica dicubitnya perlahan.

"Ica tau Ica comel" serentak itu, Inera menggomol tubuh kecil kanak-kanak itu.

Aku tersenyum manis.

"I suka tengok you layan budak-budak" kataku perlahan.

Inera hanya tersenyum.

"Like I said before, I tahu apa yang mereka rasa. Kehilangan. I suka tengok mereka yang tetap tersenyum walaupun dugaan mereka berat" katanya perlahan.

Sumpah. Pertama kali aku melihat peribadi mulianya, aku sudah jatuh cinta.

Bahkan, wajahnya hampir seiras dengan gadis itu.

Gadis yang sudah meninggalkan aku lima tahun yang lalu.

👽👽👽👽👽
Ok tak kalau buat pov ¿

Azalea Inara (RE-EDIT)Where stories live. Discover now