17 | financial problem

94 8 4
                                    

ADYAN

AKU memandang kosong ke arah wajah bapaku, Dato' Adzim. Wajah tua itu tajam merenungku.

"What's wrong, daddy ?"

"Anything you wanna tell me, Tengku Adyan Zahrain ?" soal Daddy tegas.

Aku memandang semua ahli keluargaku. Mummy, Adrian dan Areanna hanya membisu.

Aku mengeluh perlahan lalu menggeleng kepalaku.

"Liar !" gertak Daddy lantang.

"Fine ! Syarikat kita ada masalah dari segi kewangan" kataku senafas. Rambutku dikusutkan kasar.

"Macam mana boleh jadi macam ni ?" nada suara Daddy sudah sedikit lembut.

"I dont know, Dad. Ren dah cuba figure out tapi tak dapat"

"I guess this is kifarah" celah adik bongsuku, Areanna Zehra.

"What did you mean, adik ?" soal abangku pula, Adrian Zachary.

"Well you know. About...kes Uncle Irshad and Kak Cha"

Aku terkedu. Inara. Sudah lama nama itu tidak muncul dalam hidupku.

"Just spill it out adik. What're you trying to say ?" gesa Daddy.

"Daddy dah lupa ke ? Daddy bolot semua harta Uncle Shad dan Kak Cha. Villa, company. Everything.

And the worst thing is, you killed Kak Cha !" jari telunjuk Areanna dihalakan kepadaku.

Kami semua terpana. Satu persatu kenangan lama menjengah kotak fikiranku.

"Cha. Azalea Inara" Mummy menggumam perlahan namun cukup jelas di pendengaranku.

"Ridiculous. Benda tu dah lama berlaku" kata Daddy perlahan.

"Abang, tak mustahil. Kita banyak dosa dengan dorang, bang" lengan Daddy dirangkul lembut oleh Mummy.

Daddy memicit pelipisnya perlahan.

"Zahara, masuk ke bilik bacaan sekarang. We have to talk" Daddy bangun lalu menaiki tangga diikuti dengan Mummy di belakang.

Aku memandang tajam ke arah Areanna.

"Perlu ke cakap perkara tu depan Daddy dan Mummy ?" soalku keras.

Areanna menjongketkan sebelah keningnya.

"Kenapa ? Takut ke ? Abang memang patut takut sebab Abang tu pembunuh !" perkataan pembunuh itu sengaja ditekankan oleh gadis berusia 22 tahun itu.

"Abang tak bunuh Cha !"

"Typical pembunuh. Mana nak mengaku kan ?"

"Enough ! Adik ada kelas kan kejap lagi" lembut suara Adrian meleraikan perbalahan kami.

"Along pun sama. Back up jantan pembunuh ni buat apa?"

Muka ku memerah menahan geram bercampur marah. Belum sempat tanganku dilayangkan ke muka Areanna, Adrian pantas menahanku dengan menolak tubuhku kasar.

Badanku terdorong sedikit ke belakang.

"Tampar lah. Tampar! Bukan ni ke yang abang selalu buat pada Kak Cha ?" suara Areanna meninggi.

"Enough! Adik, masuk bilik sekarang. Now!" Adrian bersuara tegas.

Areanna menjeling ku tajam sebelum bergegas ke biliknya.

"Pahal kau ni, Ren? Sabar lah sikit"

"Senang ah kau cakap, long. Sepanjang 4 tahun ni, dah banyak aku bersabar dengan adik tu. Tak habis cari pasal dengan aku" luahku.

Azalea Inara (RE-EDIT)Where stories live. Discover now