[ 01 ]

4K 253 79
                                    

THANKS FOR GOOD COVER ; BeruangKoala45_

Jemput baca 💚





"Mingyu , cepatlah sikit . Lembap lah kau ni," Hoshi mengejek . Mingyu hanya mampu mengeluh . Memang , memang mereka suka membuli Mingyu . Tidaklah teruk tetapi itu mampu menyakitkan hati Mingyu .

Selepas Mingyu masuk kedalam kereta , kereta mula meluncur laju meninggalkan kawasan itu . Mereka semua bergelak ketawa didalam kereta melayan keseronokan kecuali Mingyu .

Mingyu lebih suka mendiamkan diri daripada menyibuk bersama rakannya . Sebab apa ? Sebab kalau dia ada pun , dipinggirkan , disisihkan , diabaikan . Itu pasti dan sangat tepat . Namun walaupun mereka tidak melayan Mingyu , Wonwoo tetap menemani Mingyu . Walaupun Wonwoo menerima hasutan daripada mereka , dia tidak melayan malah memekakkan telinganya . Sekali sekala , dia hanya mendengar tetapi tidak melayan . Apa yang mereka cerita , semuanya keburukan Mingyu . Kebaikan ? Mereka mana tahu erti kebaikan . Kebaikan yang Mingyu beri pada mereka juga dikata Keburukan .

"Kenapa tak join mereka ?"Mingyu bertanya . Dia tidak memandang Wonwoo sebaliknya memandang keluar tingkap .

"Tak ada apa-apa . Cuma nak teman kau aje,"Wonwoo menepuk bahu Mingyu . Mingyu mengalihkan pandangan dan hanya tersenyum nipis . Tipulah , kalau dia tak sakit hati bila kawannya , Wonwoo dan ahli lain dilayan macam raja . Tetapi dengan dia ? Hm , takyah cakap . Macam bukan Kidol pun ada . Salah orang lain , disalahkan Mingyu yang buat .

"Tak apa . Aku okay."

"Aku tahu kau tak okay. Sebab itulah aku datang teman kau,"Wonwoo berkata . Ya , memang Mingyu tak okay . Tak okay dan sangat tak okay lepas dapat menjadi ahli seventeen . Dia fikir , bila jadi Kidol semuanya berubah . Ambil berat , bertolak ansur , bertanggungjawab namun semua itu tidak ada pada dia . Ahli mereka tiadapun yang mengambil berat tentangnya kecuali Wonwoo . Even , Mingyu sakit pun mereka paksa .. paksa dia buat semua kerja . Bila Wonwoo mahu tolong , mereka melarang sekeras-kerasnya .
-
Selepas beberapa jam didalam kereta , mereka sampai ke destinasi . Dan destinati itu ialah , rumah mereka . Rumah yang dihadiahkan oleh manager mereka . Rumahnya nampak cantik , besar dan mewah tetapi suasana dibelakang rumah , satu perkataan sahaja boleh dijelaskan iaitu menakutkan .

"Hyung, tak rasa ke tempat ni seram ?"Mingyu yang penakut bertanya kepada Wonwoo . Belum sempat Wonwoo berkata , S.Coups membuka mulut .

"alah , kau tu yang penakut sangat . Cubalah berani sikit . Sikit sikit takut , mengada je lebih . Manja,"S.Coups berkata dengan muka menyampah . Mingyu terus berdiam daripada bertanya apa apa untuk tidak mendapat lagi kritikan yang dia tidak mahu .

Sampai sahaja dihadapan rumah , semua teragak-agak untuk membuka pintu kerana pintu itu agak usang . Dan , pada saat ini .. Mereka suka menggunakan Mingyu .

"Gyu , pergi ah . Pergi hilangkan rasa takut uh ."kata Woozi yang terbatut tingginya . HAHA .

"Kenapa aku pula? Suruhla Dino."Mingyu sudah mula menggigil . Yalah , ahli mereka memang tahu yang Mingyu kedua penakut selain daripada Dino .

"Kau siapa nak babitkan aku?!"Dino mencekak baju Mingyu . Cepat cepat Joshua meleraikan pergaduhan .

"Eh eh kau . Kau jangan berani berani nak buat apa apa dengan Dino . Kau kena ingat , kau tu cuma sementara . Right guys ?"Joshua tersenyum jahat . Ya , perkataan sementara memang selalu digunakan untuk Mingyu yang menandakan Mingyu hanya kekal sementara didalam kumpulan yang bernama Seventeen .

Tetapi keadaan mungkin terbalik .

"Pergi jelah !"Jun menolak Mingyu sampai terhantuk dimuka pintu . 

"Kenapa benda ni selalu jadi dekat aku?"fikirnya . Kepalanya mula mengalirkan darah dan dia mula tidak menyedarkan diri .
-
515 Words .

Calls | [SEVENTEEN] (✔)Where stories live. Discover now