Malam berganti siang . Hati yang panjang dilalui oleh seventeen sudah berakhir . Kini , adalah hari yang baru dan perlulah dimulakan dengan suasana ceria . Mingyu terlebih dahulu bangun , untuk masak berbanding ahli yang lain .
Selepas siap masak , Mingyu terus masuk kedalam bilik . Segala makanan dan minuman semua telah dihidangkan dengan baik dan sempurna . Mereka bangun secara satu per satu . Apabila semua sedia untuk makan , mereka semua turun bersama .
"Siapa pula masak ni ?" soal Jun tiba-tiba . Aik ?
"Mingyu."jawab Woozi .
"Mana kau tahu ?"tanya Jun , sambil itu tangannya menolak kerusi untuk dia duduk .
"Aku nampak dan dengar dia masak dari dapur ,"Woozi berkata sebelum menghirup susu suam yang dihadapannya itu . Dia kemudian meneruskan dengan makanan itu .
"Oh ." mereka terus makan tanpa bercakap . Hari ini senyap , sunyi , sepi disebabkan Mingyu tiada . Mingyu tidak tahan untuk bersemuka dengan mereka yang asyik memakinya . Kejadian yang menimpa pada hari semalam , masih segar diminda mereka semua . Perasaan bersalah itu menyelubungi diri namun hati ego untuk memaafkan semua ini . Wonwoo berlalu pergi , makin lama hubungan Wonwoo juga renggang akibat mereka . Daripada mereka menghina Mingyu , segala-galanya rosak .
"Aku rasa . Aku nak fedup and go on ." kata Joshua tiba tiba . Itu membuatkan automatik mereka memandang nya dengan pandangan ' maksud kau ? ' . Joshua yang faham terus menerangkan sebab-sebabnya .
"entahla . Aku tak tahu macam mana aku boleh dapat perasaan ni . Semuanya datang tiba-tiba . Lepas sahaja Mingyu marah kita semua , aku rasa aku patut minta maaf dengan dia dengan apa yang aku buat dekat dia . Maki dan hina dia semua tu , aku rasa aku nak minta maaf . Perasaan bersalah aku ni , takboleh padam selagi aku tak dapat jawapan maaf dari mulut dia sendiri . Dan aku harap korang semua faham dan tak melarang untuk aku buat semua ni . Aku dah taknak terjebak , aku menyesal . Aku taknak lagi diselubungi dengan rasa bersalah," Joshua menerangkan dengan lebar . Walaupun tidak panjang , ia memberi impak yang besar pada mereka . Mereka melawan .
"Mana boleh ! Kau ni , Mingyu tu pura pura baik jelah ! Takpayah nak percaya sangat orang macam dia tu ! Acah alim!" Dk serkap jarang . Haih , orang nak berbaik tak bagi . Orang jahat pula dia sokong .
"Tak boleh lah , aku mema-- eh Mingyu ."Joshua serta merta memberhentikan ayatnya dan tersenyum .
"Korang dah habis makan ? Letakla dalam singki , nanti aku basuhkan ." kemudian Mingyu berlalu lagi . Dia tak mahu lama - lama disitu kerana dia tahu , dia akan kena maki seperti dahulukala . Sekarang misi dia adalah mengelakkan diri daripada mereka semua .
"Tengok ? Aku dah tak boleh . Sorry , aku rasa apa yang Wonwoo cakap tu betul . Mingyu terlalu baik untuk kita semua dan kita yang sangat dan amat kejam untuk dia . Aku tak sanggup , sorry . Aku dah taknak dah ikut korang, . Dan kalau boleh , aku nak korang berbaik dengan Mingyu."Joshua meletakkan pinggan dan cawannya kedalam singki . Mereka hanya memerhatikan Joshua yang sudah masuk kebilik . Mereka terpinga-pinga . S.Coups pula risau dengan panggilan semalam dan pada masa yang sama dia risau jika ahli seventeen semuanya bertukar hendak menjadi baik dengan Mingyu ! Habis , masak dia !
-
12:00 MalamSemua ahli sudah tidur dibilik masing-masing . Fikiran mereka harini serabut , bersepah dan tak terurus . Memikirkan tentang Mingyu dan panggilan itu . Kadangkala , mereka memikir bahawa tidak perlu berubah semata-mata untuk Mingyu . Buang masa ! Namun , mereka tidak mahu pula menyesal dikemudian hari .
Sedang mereka semua tidur , seseorang keluar daripada bilik dan ianya menuju ke luar rumah . Apa yang seseorang itu buat diluar ?
-
558 Words .
YOU ARE READING
Calls | [SEVENTEEN] (✔)
Horror❝Semuanya bermula dari satu panggilan❞ Start ; 05 / 09 / 2017 [ Start Writing ] End ; 05 / 11 / 2017 [ Complete Story ] ⭐ Sebarang watak yang ada di dalam buku ini tiada kena mengena dengan nyawa atau hidup mereka kerana ini hanyalah rekaan sema...