[ 12 ]

1.2K 192 39
                                    

9:30 Malam .

Semua berada di bilik kecuali S.Coups . Sejak kejadian petang tadi , mereka yang sebilik dengan S.Coups terus berpindah ke sebelah . Katanya lebih rela tidur di luar rumah dari duduk sebilik dengan pembunuh !

Dino , Wonwoo dan Mingyu keluar daripada bilik dengan memakai hoodie . Mereka menuju ke luar rumah tetapi terhalang apabila S.Coups melarang .

"Apasal kau nih?"tanya Dino bercekak pinggang .

"Jangan keluar ."S.coups mengunci pintu .

"Kenapa ? Nak bunuh kitaorang pula?"sindir Wonwoo .

"Bukan . Please , korang dengarlah cakap aku kalini je ."S.Coups merayu . Dia sedaya upaya merayu sehingga melutut . Terdesak .

"Buat apa nak percaya , pembunuh?"tanya Dino pada Mingyu dan Wonwoo , dia seakan menyindir .

"Sudahlah tu S.Coups . Takpayah nak yakinkan kitaorang . Daripada percaya kau baik aku percaya Mingyu."Seungkwan berkata pula . Masing masing sekarang , menyalahkan S.Coups .

"Tapi aku kata betul ! Kalau korang keluar , korang akan mati . Please , janganlah macamni. aku taknak hilang korang lagi . Cukuplah yang lain dah takde . Jangan tambah beban aku ." S.Coups hampir menangis . Dia menyesal dengan perbuatannya . Kalau tidak , keadaan tidak akan jadi begini .

"alah , Dino , Mingyu dan Wonwoo keluar je . Biasalah , pembunuh macam macam akalnya untuk membunuh . Saja tak nak bagi keluar lah tu ."kali ini Vernon pula muncul .

"Sudahlah! Tepi," Wonwoo menolak S.Coups sehingga dia terjatuh . Mereka tidak mempedulikannya malah lebih gembira melihat S.Coups begitu . Yalah , pembunuh kan....siapa nak percaya ?

"Korang ! Tolonglah percaya aku untuk kali terakhir ! Please , korang !!"jerit S.coups tetapi mereka tidak  peduli.

"Takpayah risaulah . Kitaorang nak pergi perpustakaan je kut . Apa nak risau , pembunuh  ."Dino berkata lagi sebelum masuk kedalam kereta . S.Coups diam . Rasanya , inilah balasan pada nya yang selalu mengejek,memaki,mencaci Mingyu .

"S.coups."panggil Vernon. S.Coups segera menoleh .

"Entah entah kau yang bunuh Jun kan ?"

"A-as-asa-asal .. Kau ca-cak-cakap macamtu?"S.Coups terkejut . Sungguh tak menyangka , fikiran ahlinya begitu .

"Haahlah kan !"Seungkwan memandang Vernon . Vernon mengangguk betul apabila Seungkwan membuat tanda isyarat yang mengatakan dia sedang berfikir perkara yang sama .

"Asal de-dengan korang nih?"

"Yelah kan  . Kaulah yang bunuh Jun ! Celah kabinet tu kan ada huruf S . S tu menunjukkan pada kaulah kan ?"Vernon mengangkat kening . S.Couls sedang memproses otaknya untuk mengingati semua itu .

"Tak ! Aku tak bunuh Jun ! Nama kau pun mula dari huruf S !"S.Coups menafikan dan menunding kearah Seungkwan .

"oh , sekarang kau nak salahkan Seungkwan ? Ia mungkin jadi kau sebab .. Kan kau marah Jun yang nak berbaik dengan Mingyu."Vernon membidas . Ya , sebelum kematian jun..memang Jun ada niat untuk berbaik dengan Mingyu tetapi niatnya tak kesampaian apabila ajalnya datang dahulu .

S.Coups terdiam .
-
- Library -

Dino , Mingyu dan Wonwoo sedang membaca buku . Mereka masing masing fokus dengan pembacaan . Tetapi lama-kelamaan Mingyu hilang dari fokusnya .

"weh korang." panggilnya .

"apa"jawab Wonwoo dan Dino serentak . Mingyu menyuruh mereka melihat sekeliling . Ya , tiada orang . Hanya tinggal mereka bertiga . Sungguh menyeramkan .

"alah leklah . Kitaorang kan ada . Takpayah takut ."Dino berkata . Dia kembali fokus pada buku yang dibaca tetapi dia tidak sedar yang Wonwoo dan Mingyu sedang memberi bahasa isyarat yang membawanya ke alam lain .

"Aku nak pergi tandas tau ."Wonwoo bangun . Dino dan Mingyu sekadar mengangguk .

Selepas 5 minit Wonwoo ke tandas, lampu di perpustakaan tertutup secara tiba tiba . Tinggal penghawa dingin sahaja yang terbuka .

"Weh Mingyu!"Dino memanggil tetapi tiada yang menyahut . Dia mula ketakutan .

"Mingyu !!!!" Dino menjerit sekuat hati . Dia takut seorang diri dengan keadaan gelap . Dia hampir menangis tetapi lampu perpustakaan terbuka semula . Dia membuka kelopak mata perlahan-lahan . Fuh , lega .

Tapi Mingyu dan Wonwoo tiada !

"Gyu .. Wonwoo"panggilnya dalam ketakutan . Dia mencari di setiap sudut perpustakaan . Terpaksalah memberanikan diri walaupun dalam hati rasa macam nak mati ! Lama juga dia mencari tetapi masih tiada . Dia memberhentikan langkah .

"Cari saya~?"tiba tiba suara yang amat seram dan garau muncul . Dino perlahan lahan menoleh ke belakang .

Terbeliak matanya sebaik sahaja terpandang satu makhluk berambut panjang berpakaian serba putih sedang tersenyum kearahnya . Lidah makhluk itu panjang dan bercabang dihujungnya . Matanya merenung Dino tajam dan kepalanya berpusing 360 darjah . Tepat dihadapan Dino perkara itu berlaku .

Makhluk itu mula terbang duduk diatas rak buku . Dia mengilai manakala Dino terpaku seperti kakinya di gam oleh gam gajah .

"Dino"suara yang amat dia kenal iaitu Wonwoo .

"Weh Wonwoo !"dia memeluk Wonwoo ketakutan habis ! Matanya mengalirkan air mata tetapi dia ternampak bahawa Mingyu sedang menuju kearahnya .

Dino berundur ke belakang apabila dia terasa Wonwoo mencurigakan .

"Sekarang kau dah tahu semuanya ."Wonwoo berjalan semakin kehadapan dan Dino semakin kebelakang .

"Apa semua ni ? Kenapa ? Kenapa tergamaknya kau buat macamni?"Dino masih berundur kebelakang diikuti Wonwoo dan Mingyu yang mengejarnya .

"Jadi , kenapa tergamaknya korang buat Mingyu macam itu?"soalan berbalas soalan . Dino terdiam . Dia terperangkap dalam mainan mereka . Sungguh bijaknya muslihat mereka yang mengajaknya pergi ke perpustakaan . Dia terperangkap dengan 3 makhluk yang dia anggap kawan . Iaitu , Wonwoo , Mingyu dan Seul . Dia berlari di sekeliling perpustakaan . Habis buku dibaling , diselerakkan supaya mengacau Mingyu dan Wonwoo yang mengejarnya .

"DINO ! TUNGGU AKU !!"jerit Mingyu membawa pisau .

Dia lari sepantas mungkin. Sambil berlari , sambil menyelerakkan buku . Dia berjaya membuat Wonwoo sedikit terluka dengan balingannya tetapi dia juga dapat ditangkap oleh makhluk tadi . Iaitu seul . Seul yang berubah menjadi makhluk yang sangat menakutkan .

Tidak lama kemudian , Mingyu dan Wonwoo juga sampai .

"Akhirnya ,"sekarang Mingyu dan wonwoo betul betul dihadapan Dino . Sungguh , kakinya lemah dan tidak mampu lagi.

"Ada apa apa yang kau nak cakap sebelum aku..."

"sorry for everything especially Mingyu . Aku menyesal . Maafkan aku,"

Serta merta Mingyu mengelar leher Dino .

Darah tersembur dari luka , membuak - buak keluar .

"ARGH ! Semua sama ja ! MINTA MAAF SEBELUM NAK MAMPUS ! MAMPUSLA DENGAN MAAF KAU TUH !"Mingyu menoreh tangan Dino dengan kaca pasu yang pecah akibat dia terlanggar tadi ketika mengejar Dino . Ditorehnya sehingga keluar habis darah darahnya dan sehingga nampak dagingnya .

"takpe .. Mereka dah dapat balasan dan Lepasni makin lama , senang kerja kita . And thanks to Seul ." Wonwoo tersenyum sinis .
-
949 Words .

Sorry sebab panjang sangat bab ni ! CERITA NI dah nak HABIS T.T so lepasni author akan buat cerita baru pula . Rasanya pasal Mingyu juga 😘 . Hehe , teruskan membaca !

And pleaselah vote ಥ_ಥ . Korang baca tapi tak vote ಥ_ಥ sedih saya . Tak seimbang dengan pembaca dan vote ಥ_ಥ . Jadi vote la ye ಥ_ಥ .

Calls | [SEVENTEEN] (✔)Where stories live. Discover now