[ 13 ]

1.1K 149 4
                                    

"kan aku dah cakap . Jangan keluar semalam , korang degil!"S.Coups memarahi Wonwoo dan Mingyu yang menceritakan perkara yang berlaku pada Dino . Sudah tentulah mereka memutarbelitkan cerita !

"benda nak jadi kan , takpayahla marah mereka , Pembunuh!"Vernon menolak S.Coups kasar .

"AKU BUKAN PEMBUNUH,  AKU KATA AKU BUKAN PEMBUNUH . AKU BUKAN PEMBUNUH  !!!!!!!"S.Coups menjerit kasar . Dia geram dengan ahlinya yang menuduhnya dia pembunuh tambahan lagi dengan masalah ini pula , lagilah dia serabut !

"Sejak kau hampir bunuh Wonwoo , pembunuh lah tu !!" bantah mereka .

"Asal susah sangat korang nak percaya aku ? Takpelah , satu hari nanti terbongkar semuanya" S.Coups masuk ke bilik . Dia meninggalkan mereka semua .

"Asal Sekup tuh?"soal Mingyu dan soalan nya hanya dibalas dengan mengangkat bahu , tanda tidak tahu .
-
S.Coups baring . Dia hanya memandang siling yang kosong . Fikiran yang kosong . Kemudian , dia bangun dan teringatkan sesuatu .

"Kenapa aku rasa syak dengan Mingyu dan Wonwoo eh lepas Dino mati?"

S.Coups mengambil kertas dan alat tulis . Dia menulis plannya untuk menyiasat semuanya . Dia menulis dengan teliti . Satu per satu ditulis dengan kemas dan rapi .

Tuk!Tuk !

"Kenapa kau datang?"tanya Mingyu dan Wonwoo pada S.coups .

"Aku nak kertas yang lepas kematian ahli kita , ada tertulis huruf huruf tu,"S.Coups berterus terang .

"Kau nak buat apa?"

"Bagi jela."katanya . Mingyu mengambil kertas itu dan memberinya pada S.Coups . Dia sempat berpesan bahawa ,

"Carilah kebenarannya sebelum semuanya hampir tamat ."

Mingyu terus menutup pintu bilik manakala S.Coups terpinga pinga dengan ayat yang Mingyu bagi padanya . S.Coups berlalu ke bilik sambil melihat kesemua kertas kertas itu .
-
[ Keesokan harinya , PAGI ]

- TAMAN -

"Malam ni , kita keluar nak tak?"soal Seungkwan kepada mereka semua ketika berjoging bersama .

"Nak pergi mana?"soal The8 pula .

"Takpayah keluarlah . Hari hari nak keluar ."kata S.Coups menyampah . Dia kemudian berjalan lebih laju daripada tadi . Mengelak daripada cemuhan mereka . Siapa sangka , dulunya Mingyu yang kena cemuhan kemudian berbalik kepada S.Coups ?

"Dengki."

"Nak pergi mana?"soal The8 lagi .

"kita balik pledis ent nak tak ? Lagipun aku ada tertinggal barang ."kata Mingyu pula . Mereka berfikir sejenak .

2 minit kemudian ...

"Okeylah . Lama tak balik Pledis Ent . Rindu dorm kita ."Seungkwan mengangguk setuju dengan cadangan Mingyu .

"okay , nanti aku drive ."Wonwoo menawarkan dirinya . Mereka semua mengangguk tersenyum .
-
Mereka balik . S.Coups terus masuk ke bilik . Perangainya memang begitu selepas dia dituduh membunuh . Dia penat , dengan misteri yang belum terungkai .. datang pula bala yang lain . Mereka juga masuk ke bilik kecuali Wonwoo dan Mingyu .

"Kita buat sekali kerja je ."kata Wonwoo memulakan perbicaraan .

"sediakan semuanya . Bawa apa yang perlu je ."kata Mingyu pula , lain macam bunyinya .

"Okay .  jangan risau ." Wonwoo berhighfive dengan Mingyu ˎ₍•ʚ•₎ˏ . Apa mereka ni ?

SITUASI S.COUPS

"Apa maksud kertas kertas ni eh?"S.coups bertanya sendirian selepas memegang semua kertas yang dijumpai selepas kematian ahlinya .

Dia kembali duduk di tempat "khas" nya . Dia semakin menghampiri dengan semua misteri yang berlaku . Tiba tiba Wonwoo masuk kedalam biliknya , cepat cepat dia mengemas barang - barangnya .

"Kitaorang nak keluar . Balik Pledis ."

"Okay . Tapi nak buat apa ?"soal S.Coups .

"Ambil barang yang tertinggal dan menghabiskan semua permainan ." Wonwoo tersenyum jahat . S.Coups mencuba mencari maksud  ayat yang dikatakan tadi . Dia tak peduli , asalkan dapat tahu semuanya !

Seungkwan , The8 , Mingyu dan Wonwoo sudah keluar . Sekarang , hanya S.Coups berada di rumah . Dan pada masa inilah , seseorang merungkai semuanya .
-
530 Words .

Calls | [SEVENTEEN] (✔)Where stories live. Discover now