"DK HILANG!"Jun berkata , separuh menjerit . Mereka yang sudah berkumpul terkejut .
"Macam mana boleh berlaku ?!"Wonwoo bertanya dengan nada yang risau .
"Tak tahu lah tapi malam semalam aku ada nampak yang Dk keluar daripada bilik . Tapi tak tahu pergi mana,"Jun menjawab . Mereka meliarkan mata di sekeliling rumah . Tiada nampak langsung kelibat DK .
"Apa kata kita beritahu manager ?" Woozi bercadang namun cadangan dibantah oleh S.Coups .
"No ! Kita cari dulu , kalau betul-betul tiada baru beritahu ." Mereka semua mengangguk , setuju . Mereka semua mula menyiapkan barang barang dan peralatan yang hendak dibawa .
-
Mereka berpecah pada 4 kumpulan . Keempat-empat kumpulan memasuki hutan yang berada di belakang rumah . Untuk tidak menyesatkan diri didalam hutan , mereka membawa kompas dan beberapa anak panah . Tujuannya untuk tidak tersesat dalam hutan . Petang yang panjang sudah hampir masanya untuk menghilangkan diri . Senja mula menguasai persekitaran ."Dah senja ni , masih nak mencari ke ?"soal Jun pada Mingyu dan Wonwoo . Jun pada mulanya tidak mahu berkumpulan dengan mereka kerana adanya Mingyu tetapi atas paksaan S.Coups dia mengikut sahaja . Kadangkala , bagi Jun..Mingyu amat menyakitkan hati dan menjengkelkan .
"Itu bukankah...."Mingyu menggantungkan ayatnya dan memulakan langkah kearah sesuatu . Dan dia melihat mayat yang dia kenal iaitu Dk . Cara Dk mati amat mengerikan kerana , badannya dibelah sedikit . Mulutnya terkopak . ( imagine sendiri k ,) . Wonwoo dan Jun mendekati Mingyu dan melihat muka Mingyu yang melopong dahulu . Kemudian mereka memandang kearah , mayat itu . Dk ! Dk .. dah mati .
"Macam mana benda ni ber-laku?"Jun menelan airliur dan langkah mengundur . Menjauhi 'bangkai Dk' yang terkulai itu . Namun tanpa Jun sedar , Wonwoo dan Mingyu mengukir senyuman apabila terlihat Dk begitu sahaja .
' satu dah mati . Tinggal 10 lagi ' monolog hati Mingyu .
Tak lama selepas itu, Jun call Seungcheol untuk berkumpul kerana sudah terjumpa Dk yang tidak bernyawa . Ahli yang baru tiba juga sangat terkejut dengan pemergian Dk . Mereka tidak bercakap apa-apa . Minda mereka dipenuhi dengan pertanyaan , siapakah yang membunuh , bagaimanakah ia dibunuh , mengapakah ia dibunuh dan apakah yang membuatkan dia dibunuh . Semua itu menjadi persoalan tapi tidak diluahkan hanya dipendam sebaik mungkin .
"Kita nak bagitahu manager ke" soal Joshua . Mereka semua memandang Dk dengan lemah . Sungguh mereka tidak menyangka , mereka kehilangan kawan karib yang sangat sangat rapat dalam sekelip mata sahaja .
"T-ta-takpayah . Kita takpayah be-be-rit-ritahu manager dulu . No ,"Seungcheol menggeleng kepalanya .
Mereka hanya memandang Dk begitu sahaja tanpa menyelidik . Sebenarnya , kalau lah mereka perasan yang Dk sebenarnya mati dalam keadaan bersedih . Air mata nya masih tidak terpadam . Dan kalaulah mereka perasan , pada celah celah mayat Dk , ada satu kertas yang menulis huruf M dan W .
Tetapi mengapa ?
-
FLASHBACKDk keluar daripada rumah . Ia menuju ke hutan dengan mata yang merah . Rupa-rupanya , Dk dirasuk dengan 'benda' itu , jadi dia tidak sedar apa yang terjadi .
Sampai sahaja di hutan , 'benda' itu terus keluar daripada badannya . Pada mulanya , Dk agak lemah tetapi dia amat terkejut apabila ternampak Wonwoo dan Mingyu .
"apa korang buat disini?"tanyanya . Kehadiran Dk mengejutkan Mingyu dan Wonwoo . Dk sudah nampak apa yang mereka buat .
"Mingyu , Wonwoo .. Apa yang korang nak buat dengan semua bahan ni,?" Dk berundur kebelakang . Entah mengapa , firasatnya mengatakan jangan mendekati mereka .
"Disebabkan kau dah tahu, maaf kami terpaksa ambil jalan ni ." Wonwoo mula bangun , Dk pula cuba melarikan diri namun tidak menjadi lariannya apabila dia tersadung dan terjatuh . Pergelutan mula berlaku .
"Mingyu , tolong aku" Dk menjerit ketakutan . Sesungguhnya , wonwoo yang dihadapannya bukan macam yang dia kenal . Wonwoo menamparnya kemudian Wonwoo mencekik Dk .
Dan , Wonwoo menggunakan salah satu alatan untuk mengopak mulut Dk . Disebabkan itu , mulut Dk tidak berhenti mengalirkan darah . Dalam kesakitan dan kepahitan itu , Dk meminta maaf pada Mingyu sebelum dia terlambat .
"Aku dah lama maafkan kau , cuma kau je tak perasan . Jangan risau tapi sebagai hadiah aku maafkan kau .. inilah hadiahnya !" Mingyu menggunakan alatan yang amat tajam untuk membelah sedikit bahagian belakang Dk . Kali ini , Mingyu menyeksanya .
Selepas semua pergelutan akhirnya Dk nyawa nyawa ikan . Selepas beberapa minit , ia menghembuskan nafas terakhir disitu .
"Siapa suruh datang sini,kalau kau tak datang . Kau tak akan dibunuh macamni,"
"Ini bukan mangsa pertama aku sebenarnya tapi takpa sebab lepasni senang lagi kerja aku."
Mereka meninggalkan kawasan itu .
Darah Dk masih mengalir dan airmatanya bercampur darah .
Mingyu , maafkan aku .
-
"hehehehe . Dia dah mati ! Aku nak membunuh orang lain pula ! Jun , tunggu aku !! " kata ' benda ' itu seorang diri . Amat menakutkan .
-
713 Words .
YOU ARE READING
Calls | [SEVENTEEN] (✔)
Horror❝Semuanya bermula dari satu panggilan❞ Start ; 05 / 09 / 2017 [ Start Writing ] End ; 05 / 11 / 2017 [ Complete Story ] ⭐ Sebarang watak yang ada di dalam buku ini tiada kena mengena dengan nyawa atau hidup mereka kerana ini hanyalah rekaan sema...