MIMPI

292 23 7
                                    

Morca. Antara pulau yang mengeluarkan biji kopi yang terbaik di dunia. Tidak terlalu moden atau ketinggalan zaman. Pulau ini mempunyai banyak hutan yang tebal dan telah menjadikanya bersuhu sejuk. Itu sahaja yang aku tahu tentang tempat tinggal ini. Masih tidak tahu sejarahnya. Mungkin aku masih orang muda yang tidak berminat untuk mempelajarinya.

Aku, Rose yang berumur 16 tahun. Tidak bersekolah kerana negara aku mempunyai bentuk muka bumi yang bercerun-curam. Rakyat disini tidak kisah tentangnya kerana hampir seluruh dunia mendapat biji kopi dari pulau kami.

Selain itu, aku bekerja di sebuah kebun kopi untuk menyara kehidupan aku dan ibu. Ayah aku sudah tiada semasa aku kecil lagi. Oleh itu, aku tidak pernah melihat wajahnya. Gambarnya pun tiada.

" Rose!" panggil ibuku dengan nada yang nyaring. Baru aku sedar sekarang sudah petang. " Nanti Rose balik !" sahut ku dari dalam hutan sambil memerhati arus di sungai. Ya, inilah aku. Seringkali menghayati alam di sekeliling.

" Hi " satu suara menyapa aku. Suara lelaki. Aku menoleh dan secara tiba-tiba aku terpegun. Siapa lelaki ini? Bermata bundar, tinggi, dan berkulit cerah.

" Siapa awak?" tanyaku. " Saya Steven. Baru saja pindah disini." Steven? Orang baru? Aku tiada dengar khabar berita pun tentang orang baru ini. Aku diam saja.

" Awak siapa?" tanya dia. Aku diam lagi sambil memerhatikan sungai. " Tak apalah. Mungkin awak rasa segan jumpa orang baru". Ya,betul. Aku segan. Tiba-tiba dia mengangkat tanganku dan memberikan 4 biji buah jambu. Aku agak terkejut dengan tindakannya. Aku mahu melepaskan tanganku tetapi kehangatan tangan lelaki ini menyebabkan aku membatalkan niat itu. " Hadiah ". Katanya sambil tersenyum lalu beredar. Ok. Satu pertemuan yang singkat tetapi aku tidak kisah.
___________________☆___________________

Suhu pada waktu malam amat sejuk ditambah pula dengan perut yang penuh menyebabkan aku tidur awal. Aku memejamkan mata dan terus lena. Tiba-tiba aku nampak cahaya. Cahaya yang putih dan... hutan? Eh, ini hutan sebelah rumah aku. Aku memerhati sekeliling. Keadaanya pada waktu pagi dan aku nampak rumah kayu aku. Adakah aku sedang tidur?

Tiba-tiba aku ternampak lelaki tadi di tebing sungai. Sedang berdiri. Ketika aku hendak menyapa, dia tergelincir ke dalam sungai. Aku terkejut dan cuba menyelamatkanya kerana air sungai itu agak dalam. Aku membawanya ke tebing sungai.

" Awak ok?" " Ye " katanya sambil terbatuk-batuk. " Saya tau awak mesti datang ". Aku diam. Apa-apa sajalah dia ini. Aku meninggalkanya dan menukar pakaian seterusnya pergi ke pekan. Aku tidak tahu mengapa aku ke pekan. Badan aku seperti bergerak dengan sendiri. Aku hiraukanya.

Baru sahaja aku melangkah masuk ke satu kedai, satu jeritan kedengaran. Semua yang berada disitu menoleh ke arah jeritan tersebut. Terdapat 2 lelaki tinggi yang memakai hud hitam yang panjang. Salah seorang mengajukan pedang dan seorang lagi mengikat tangan mangsa ke belakang menyebabkan dia sukar untuk bergerak. Aku amat mengenali orang itu.

Dia ialah Kak Mia yang merupakan satu-satunya guru aku yang mengajar aku bahasa-bahasa asing.

" Beritahu kami mana lelaki ini !" kata lelaki yang memegang pedang itu sambil menunjukkan poster gambar lelaki yang dia maksudkan. Sebentar. Itu bukankah... Steven?! " Aku tidak tahu! Lelaki ini tidak pernah aku jumpa! Jerit Kak Mia sambil berusaha hendak melepaskan tangannya. Lelaki itu tersenyum. Aku sudah mula tidak berasa tenang. Dia mendepakan lengannya. Lelaki yang menahan pergerakan Kak Mia mula melepaskannya tetapi aku tidak faham mengapa Kak Mia berdiri kaku. " Musnahkan... Musnahkan pulau ini! Aku tahu lelaki itu berada disini! Aku tiada masa hendak berurusan dengan pendusta!" Tiba-tiba sahaja api yang marak menyelubungi pulau ini, tempat tinggal kami, tempat kami mendapat rezeki. Semuanya musnah satu per satu. Semua penduduk lari bertempiaran bagai orang yang sudah gila. Jeritan kedengaran di semua arah.

Mengapa? Mengapa aku tidak bergerak ? Aku ingin lari mendapatkan ibuku tetapi aku gagal. Aku memejamkan mata dan berserah sahaja.

Selepas beberapa minit, aku membuka semula mataku dan lihat keadaan sekeliling. Seperti aku jangka, ia hanyalah sebuah mimpi.

Melalui Mimpi Where stories live. Discover now