Waktu malam di pulau tanpa nama ini agak sejuk berbanding dengan pulau Morca. Kelihatan kami berempat berada di tepi pantai menghadap unggun api sambil menikmati buah-buahan sebagai santapan malam. Pulau ini agak sedikit terbiar kerana tiada sesiapa yang mendiaminya. Tetapi aku pelik. Jika tiada sesiapa mendiaminya, mengapa pokok buah-buahan disini segar-segar belaka? Ah, aku tidak mahu memikirkan perkara yang mengarut. Kami hanya bercerita tentang diri sendiri pada malam itu dan terus tidur di atas daun pokok pisang sebagai alas.
Aku masih lagi tidak dapat melelapkan mata. Aku memusingkan badanku ke kiri dan ke kanan untuk mencari kedudukan yang selesa tetapi gagal. Adakah aku takut pada mimpi yang akan muncul atau aku tidak selesa atau sedang memikirkan perkara yang mungkin akan terjadi selepas ini? Ah! Serabutnya! Aku pun terus duduk menghadap laut.
" Tak boleh tidur? " tanya Steven yang sedang duduk di atas dahan pokok yang tumbang dibelakang aku. " Mungkin " aku pun bangun dan duduk di sebelahnya.
" Hei, pasal petang tadi tu saya minta maaf,ya. Saya mungkin kasar dengan awak. "
" Ohh itu.. Alaa takpelah. Bukannya masalah besar pun. Boleh je nak panggil kau, aku "
" Hahaha ok "
" Steven, aku nak tanya sesuatu. "
" Apa dia? "
" Kau berasal dari mana dan... Mengapa kau datang ke pulau Morca."
" Ohhh.. Sebenarnya aku dari satu pulau ini. Namanya pulau Celestial. Tapi pulau tu dah ada ahli sihir hancurkan. "
" Malique ? ".
" Ya, nampaknya kau dah tau " katanya sambil tersenyum dan dia menyambung kata-katanya semula.
" Selepas itu, aku berpindah dari pulau ke pulau selama bertahun-tahun. "
" Adakah kau orang pertama yang dikesan oleh Malique? "
" Mungkin. Aku tidak mahu menceritakan tentangnya ".Hmmm kelihatan seperti masalah peribadi.
" Jadi, mengapa kau di Morca? ".
" Aku sendiri tidak tahu. Hati aku tergerak hendak pergi ke situ. "
Pulau aku cantiklah tu. Pujilah sikit." Nak ?" Dia menghulurkan aku beberapa biji jambu. Aku mengambil satu darinya.
" Pergilah tidur. Kau tu manusia biasa sahaja. Bukannya boleh buat apa pun".Mulut dia ini serupa sahaja dengan Eddy.
" Aku tidak kisah ".
Sejujurnya, aku memang mengantuk sangat-sangat. Tetapi aku tidak tahu mengapa aku tidak dapat tidur. Steven tiba-tiba memegang tanganku. Tangannya terlampau hangat. Sungguh hangat sehingga membuatkan aku menjadi selesa." Sejuknya ".
" Dah biasa. Di Morca lagi sejuk ".
" Sejuk sangat ni hmmmm " Secara tiba-tiba Steven turun dari dahan pokok lalu bersandar padanya.
" Sini ". Katanya sambil menepuk-nepuk bahunya. Baiklah, ini adalah idea yang amat gila.
" Tak apalah aku tidur kat tempat aku balik ".
" Ok ".Beberapa minit kemudian...
Pergh sejuk yang amat. Tak tertidur aku dibuatnya. Aku terpaksa bangun dan tidur di sebelah Steven yang sedang lena. Badannya sangat hangat membuatkan aku terus memejamkan mata.
___________________☆___________________
Aku terlihat cahaya putih dan muncul pulau yang sedang aku duduki. Keadaannya pagi tetapi rakan-rakanku tidak kelihatan. Aku memasuki hutan dan mula menerokanya.
Sedang aku berjalan, tiba-tiba ada satu suara menyapa aku seperti memanggil namaku di belakang. Aku menoleh tetapi tiada apa-apa yang kelihatan. Aku meneruskan perjalanan dan aku terlihat sebuah air terjun dan...." Rose ..... ".
Aku melihat sekeliling tetapi tiada sesiapa. Aku agak takut jika ia merupakan pembunuh atau lain-lain.
" Rose..... Saya jadi halimunan. Tolonglah saya kembali ke asal semula. Saya disumpah, Rose. "
" Awak berada dimana ? "
" Saya ada di mana-mana Rose. Saya minta awak tolong bacakan satu mantera untuk hilangkan sumpahan ini ".
" Dimana mantera itu ? ".
" Dalam badan satu singa di pulau ini. Hanya ada 1 singa sahaja yang ada. Tetapi singa itu bukan singa yang biasa.
" Bagaimana saya mahu mengalahkannya ? ".
YOU ARE READING
Melalui Mimpi
FantasyRose Richard ialah seorang perempuan kacukan manusia-bunian dimana dia tidak pernah mengetahui tentang ayahnya. Kehadiran Steven Flames yang merupakan seorang daripada 10 ahli sihir terkuat secara tiba-tiba telah mengubah Rose daripada manusia bias...