Kapal lanun yang diketuai oleh Kapten Will semakin hilang di pandangan. Steven... Aku perlu selamatkan kau. Tanpa aku, apa kau boleh buat, bukan? Tapi, apa perlu aku lakukan sekarang?
" Rose, benarkah kau tahu dimana matanya? " tanya Emy yang terkejut dengan pengakuan aku sebentar tadi. Mana tidaknya, mereka sudah hidup beratus tahun, tetapi mata raja lautan itu masih lagi tidak dapat ditemui. Dalam masa 3 hari ini, sempatkah aku menemui mata itu yang sudah hilang entah kemana ?
" Aku rasa dia boleh cari ." kata Leo secara mengejut. Bagaimana? yakin betul dia ni.
" Nak guna cara apa? " tanya Emy.
" Kan bunian boleh masuk dunia zaman lampau? Kau lupa? " balas Leo sambil dahinya berkerut. Zaman lampau? Serius? Baguslah . Ada juga harapan untuk aku selamatkan Steven. Selain itu, ia juga dapat menolong aku mencari mata itu semula.
" Lepas itu? " Tanya Emy lagi.
" Kau ni, nanti aku dengan dia sama-samalah cari."
" Macamlah kau ada bahan-bahannya? "
" Ikut akulah. Duduk disini tanpa membuat apa-apa bukannya boleh selamatkan Steven pun. "Kami kemudian mengikut Leo ke bilik tidur pihak lelaki.
" Mana bahan dia? " tanya aku yang semakin tidak sabar untuk mengetahuinya.
" Sabarlah kejap..........Haa! ni " jerit Leo dengan ceria. Dia mengambil sebungkus plastik jernih yang mempunyai beberapa batang kayu setanggi tetapi ia kelihatan berbeza daripada yang biasa aku lihat. Warnanya emas tetapi ia masih lagi mempunyai ira kayu dikelilingnya. Di dalam plastik itu juga, aku dapat lihat ia mempunyai sekuntum bunga mawar yang berwarna putih suci.
Aku agak tertarik dengan bunga mawar itu. Tiada sebarang kekotoran yang hinggap di permukaanya. Leo kemudian meletakkan plastik tersebut di atas katil yang boleh muat seramai 3 orang. Dia kemudian menyalakan mancis dan diletakkan di hujung beberapa batang kayu setanggi. Kayu setanggi tersebut akhirnya berbara dan diletakkan di dalam satu bekas pula. Aroma daripada kayu setanggi itu mula memenuhi ruang bilik dengan baunya yang kuat dan ia seperti membuatkan aku hampir lali.
" Rose, baring atas katil. Korang tengok dia kejap, aku nak buat air mawar putih dulu. " kata Leo. Aku menuruti perintahnya.
" Macam mana rasa dia? " Tanya aku kepada Emy. Mungkin dia juga berpengetahuan tentang ilmu ini.
" Entahlah. Tapi nanti lepas awak pergi zaman lampau, awak akan sakit satu badan. Itu saja yang saya tahu. " kata Emy. Selagi tiada risiko meragut nyawa, selagi itu aku akan lakukan perkara ini walaupun sukar untuk diterima oleh akal fikiran. Leo membuka daun pintu sambil membawa segelas air bunga mawar putih. Dia menyuruh aku minum air itu dan aku memejamkan mata lalu tertidur dek kerana tidak tahan akan bau kayu setanggi itu.
___________________⭐___________________
" Rose! Rose! " satu suara memanggil aku. Aku membuka mata dan kelihatan Leo berada di hadapan mata aku. Aku dapat merasakan kesujukan di tempat ini. Aku seperti baring diatas lapisan yang lembut. Aku meraba-raba lapisan itu. Salji? Sebentar, kenapa Leo ada disini? Leo menghulurkan tangan dan aku menyambutnya. Aku segera membangkitkan diri. Ternyata aku berada di kawasan yang bersalji.
" Rose, maaf aku lupa nak suruh kau pakai baju sejuk. Sebab masa inilah Steven mengambil mata Si Will itu. Apa yang aku tahulah. " kata Leo yang aku masih dengar dengan jelas.
" Kenapa kau berada disini? " tanyaku.
"ohh... Selain ahli sihir, aku juga mampu untuk memutarkan masa. Tapi dengan pertolongan daripada bahan-bahan aku itu jelah. Kalau tidak, aku tidak dapat melakukannya. Tapi satu perkara kau kena tahu. Aku hanya dapat menjadi pembimbing kau sahaja. Bermakna kalau kau nak buat sesuatu,buatlah dengan berhati-hati " Terangnya panjang lebar.
YOU ARE READING
Melalui Mimpi
FantasyRose Richard ialah seorang perempuan kacukan manusia-bunian dimana dia tidak pernah mengetahui tentang ayahnya. Kehadiran Steven Flames yang merupakan seorang daripada 10 ahli sihir terkuat secara tiba-tiba telah mengubah Rose daripada manusia bias...