KEMBALI

53 10 0
                                    

STEVEN

Irama dari pergerakan laut membuatkan aku terjaga dari lena. Aku memandang kearah tingkap lokap yang dipagari oleh palang besi. Subuh sudah menjelma.

Aku kini masih lagi berada di dalam lokap.... Sekali lagi. Termenung keletihan. Letih yang teramat walaupun aku telah melelapkan mata seketika. Tiada harapan untuk aku melepaskan diri dari sini. Sungguh aku tidak tahu siapa yang perlu aku harapkan sekarang.

Aku memandang kearah Nana yang berada di dalam lokap di hadapanku. Matanya sayu memandangku.

" Steven, aku..."
" Benda nak jadi "

Aku menghela nafas panjang. Senak di perut masih lagi terasa. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut kami. Masing-masing sedang melayan perasaan sendiri.

Pintu lokap dibuka oleh seseorang. Aku terus menoleh kearah gerangan tersebut dan aku pasti dia bukan Will.

___________________☆___________________

ROSE

Aku melihat Coral yang berenang meninggalkan kami di bawah cahaya bulan sehingga dia tidak kelihatan lagi. Mata Will yang sudah menjadi mutiara itu aku belek. Betul-betul seperti sebutir mutiara. Kecil, putih dan keras.

" Mata Will? " Tanya Emy. Aku hanya mengangguk.

" Lepas ini nak buat apa? " Dia bertanya lagi. Aku menoleh kearah Emy dan satu idea datang secara mengejut.

" Louis. "
" Kenapa dengan dia? "

Aku terus memasukan mutiara itu ke dalam poket seluar. Tanpa berlengah, aku bergegas memasuki ruang dapur. Rakan-rakan lelaki memandang aku pelik. Mata aku melilau mencari Louis. Dia sedang menuang air suam dari cerek ke dalam gelas dan meminumya.

" Louis! Kau boleh buat portal,bukan?"
" Ya, itu memang kebolehan aku. Kenapa? "
" Jadi, ciptakan ia sekarang. Pergi ke kapal Will "

" Kenapa kau ni panik sangat? Steven je pun. " Eddy mencelah. Steven je pun?

" Eddy, selama ni dia yang tolong kita. Kalau tak sebab dia, tak tahulah kita macam mana masa itu. "
" Oh,ya? Atau kau dah suka kat dia? Selalunya kau ni seorang yang tenang tau. Tak tahulah apa yang Steven dah buat sampai kau dah mabuk cinta "
" Eddy?! "

Aku sememangnya terkejut dengan pernyataan Eddy yang merepek itu. Mungkin benar aku suka pada Steven hanya kerana kebaikan dia sahaja. Tdak lebih dari itu. Mungkin.

" Ok, cukup. Nampaknya, kita akan membazir masa disini hanya sebab bergaduh tentang perkara kecil. Jadi, Louis.. Boleh ke tidak? " Victoria akhirnya bersuara untuk menghentikan pertelingkahan antara kami. Serentak dengan itu, aku dan Eddy mennoleh kearah Louis, menunggu jawapan daripada dia.

Louis hanya tenang mengangguk.

" Sekarang? " Dia bertanya sambil tangannya meletakkan gelas di meja.

" Ya " jawap aku. Aku kemudian mengambil mahkota biru itu yang terletak diatas meja makan. Suasana disitu menjadi sunyi agar Louis dapat fokus mencipta sebuah portal.

Louis mula menggerakkan dua jarinya mengikut arah lawan jam dan dalam pergerakan bulatan. Mulut dia terkumat-kamit membaca sesuatu yang aku sendiri tidak faham akan maksudnya. Louis mengulangi pergerakan itu beberapa kali dari perlahan sehingga ia menjadi laju.

Melalui Mimpi Where stories live. Discover now