DUYUNG

66 10 0
                                    

ROSE

" Kau kena korbankan sesuatu milik kau ".

Aku berasa agak pelik tambah gerun dengan ayat Victoria itu. Milik aku? Seperti nyawa? Hanya sebab aku mahu tahu ia ada di dalam badan aku ataupun tidak? Tak masuk akal langsung.

" Hanya sebab aku nak tahu ia ada di dalam badan aku ataupun tidak ? " Aku bertanya. Victoria mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

Aku menghela nafas panjang. Susahnya nak selamatkan Steven yang satu itu. Hei... Jangan merungut,Rose. Tanpa dia, kau tidak tahu siapa diri kau,bukan?.

" Teringat Steven la tu ".
" Entahla. "

Victoria ni ada-ada saja.

" Kau rehat la dulu. Kitorang masak makan malam kejap. Jangan pergi mana-mana ". Kata Victoria sambil menepuk lembut tanganku.

Aku tersenyum lalu dia beredar. Aku hanya mahu merehatkan badan sahaja. Tiada guna jika aku tidur, tetapi bermimpikan tentang perkara yang akan berlaku. Aku tidak tahu nak buat apa.

Aku melihat kearah tingkap bilik yang terbuka. Matahari semakin meninggalkan siang. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajahku. Sungguh aku rindu suasana sebegini di Morca. Melihat matahari perlahan-lahan terbenam. Ibu... Satu hari nanti, aku pasti kita akan bertemu jua kerana itulah doa aku selalu.

___________________☆___________________

NANA

" Kau mahu keluar dari sini,bukan? " tanya Steven. Sudah tentu. Aku mahu keluar dari sini selepas bertahun lamanya aku menjadi hamba Will.

Aku mengangguk sambil mataku tertumpu pada dia menunggu sebuah rancangan untuk melepaskan diri.

" Kau boleh bertukar jadi haiwan,bukan? "
" Ya. Itu kuasa aku. "
" Bertukar jadi naga ".

Aku terdiam. Err... Ini terlalu mengambil risiko kerana haiwan itu adalah yang paling besar. Lagipun aku sudah lama tidak menggunakan miasa. Dengan keadaan aku sekarang, aku tidak tahu sama ada ia berkesan ataupun tidak tetapi aku akan mencuba... Walaupun aku tahu, aku tidak boleh buat tanpa bunian. Gila.

Sedang aku mencuba untuk bertukar, Will memanggil namaku. Aku pantas meninggalkan Steven tetapi dia terlebih dahulu menarik lenganku.

" Nana! Aku panggil ni! Pekak ke? Dah nak malam ni, mana makanan aku?! " Selepas sahaja Si tak guna itu menghabiskan ayatnya, dia membuka pintu utama lokap.

Cerita fasal lokap, lokap yang sedang aku berada sekarang berada di aras paling bawah kapal. Kapal ini mempunyai 4 aras. Pertama ialah yang paling atas sekali dimana kita boleh nampak laut dan ia juga mempunyai sebuah bilik khas untuk kapten. Kedua, tempat istirehat anak-anak kapal dan terdapat juga sebuah dapur. Ketiga, tempat anak-anak kapal menjalankan tugas dan yang keempat lokap dimana aku tinggal.

Huh, terkejut?

" Steven, lepaslah " aku membisik sambil menepis tanganya tetapi genggaman Steven terlalu kuat.

" Nana?! " Will semakin mendekati pintu.

" Na! Kau kena berani, Na! Bertukar sekarang! " Steven semakin memaksa. Gila ke? Macam mana aku nak buat kalau tiada bunian?

Melalui Mimpi Where stories live. Discover now