" Terima kasih " ucap Steven.
Aku hanya menganggukan kepala. Kami memapahnya sehingga ke aras paling atas tempat dimana kami tiba. Sampai sahaja di daun pintu, Steven secara mengejut menolak aku dan Eddy. Dia terus membuka langkah menuju kearah Will yang sedang bermesra dengan isteri tercinta yang sudah sekian lama tidak bersua muka.
Satu tumbukan dihadiahkan pada wajah Will. Will terduduk. Darah meleleh keluar dari hidungnya. Wajah Steven tidak ubah seperti seseorang yang telah mencapai tahap kesabaran. Kedua belah tangannya mula mengeluarkan api yang marak.
" Steven.. Aku minta maa.. "
" Aku dah kata,bukan?. Jikalau bunian ini datang dan kuasa aku kembali, kau ialah orang pertama yang akan aku bunuh ". Suara Steven menjadi keras di hujungnya." Jikalau kau mahu bunuh dia, maka langkah dahulu mayat aku ". Coral bersuara lalu mengeluarkan sebilah pedang dari soket yang terletak pada belakang badan. Bukan itu sahaja, para-para lanun juga sudah bersedia untuk menentang Steven. Setiap alat yang berbahaya mula dikeluarkan oleh mereka.
Aku berjalan beberapa langkah ke hadapan dan bersuara.
" Benda boleh bawa bincang. Rasanya tak perlu kot nak bergdauh. Bukannya boleh selesaikan masalah pun ".
Tanganku pantas memegang bahu Steven. Dia meronta tetapi aku tetap keras memegang bahunya. Dahinya berkerut. Aku menggelengkan kepala.
" Benda dah selesai, jangan nak besar- besarkan pula ". Aku berbisik. Tetapi Steven ibarat harimau yang tidak mahu melepaskan mangsanya begitu sahaja. Dia mendekatkan wajahnya padaku.
" Nampak budak perempuan itu? Kau rasa apa yang dia buat pada budak itu? Budak itu sudah menjadi seperti adikku dan dia juga tidak layak diperlakukan sebegitu. Dia budak lagi, Rose. " Steven berkata sambil matanya memandang tajam, tepat kearah mataku bagaikan ditusuk. Bukan itu sahaja, malah hati aku juga terasa ditusuk oleh pandangan itu.
Susah nak bincang dengan dia ni. Baran tak boleh nak kawal. Memang tak boleh buat suami. Eh, apa aku merepek ni. Tidak apa. Giliran aku pula.
" Baiklah. Kau kalau nak gaduh,gaduh. Tetapi kami balik dahulu sebab benda pun dah selesai. Kau je yang anggap belum. Tanpa aku, bolehkah kau melawan mereka semua itu? " Aku mendekatkan wajahku pula. Steven sedikit berundur. Aku memberikannya senyuman penuh makna. Steven membalasnya dengan jelingan.
Api yang menjadi ganas tadi semakin hilang di tangan Steven. Aku tahu dia tidak mahu berbuat demikian kerana tanpa aku, dia tidak dapat mengeluarkan kuasa untuk menentang sesiapa. Kasihan sebenarnya aku melihat dia yang perlu berada di sisi aku untuk mengeluarkan kebolehannya. Apakah perkara yang telah berlaku terhadapnya sehingga menjadi begitu sebelum dia bertemu dengan aku,ya?
Keadaan yang tegang semakin tenang. Para-para lanun atau mungkin lebih tepat, orang-orang Will memasukkan senjatannya ke dalam poket dan ada juga yang meletakkannya ke tempat asal semula. Kebengisan yang terpancar pada wajah Coral sebentar tadi kian menghilang. Dia atau.... Baginda menghela nafas lega.
" Lepas ini, jangan kau berani nak halang aku lagi " Steven memberi amaran padaku.
" Sebenarnya kau yang sepatutnya dengar kata aku. Bukannya aku. Jika aku tiada disisi kau, kau bukannya boleh buat apa pun". Aku membalas dan melanggar bahunya. Malas hendak melayan kerenah dia. Aku berjalan menuju Will dan memberikan kunci itu semula.
" Kami pergi dahulu. Terima kasih kerana membantu ". Aku berkata sambil memberikan senyuman.
" Apa nama kau,ya? " Will bertanya.
" Rose. Kenapa? "
" Bukan. Aku cuma nak tahu apa nama yang bakal menyelamatkan dunia kita ni. "
" Tetapi aku tidak yakin sama sekali tentang perkara itu. Mungkin di luar sana ada bunian lain".
" Tidak, Rose. Kau sahaja yang mempunyai darah itu pada zaman ini. Ah! Aku mahu berikan kau ini sebagai hadiah".
YOU ARE READING
Melalui Mimpi
FantasyRose Richard ialah seorang perempuan kacukan manusia-bunian dimana dia tidak pernah mengetahui tentang ayahnya. Kehadiran Steven Flames yang merupakan seorang daripada 10 ahli sihir terkuat secara tiba-tiba telah mengubah Rose daripada manusia bias...