" Rose, adakah kau mempunyai perasaan terhadap aku? "
Tak guna. Eddy lah ni punca. Apa aku nak jawap ni? Nak berterus-terang atau pendamkan saja? Apa jadi kalau aku berterus-terang? Kemungkinan dia akan terima atau... menolak aku. Aku sudahlah tiada pengalaman dalam meluahkan perasaan cinta kepada seseorang. Inikan pula mahu menghadapinya? Apa perlu aku buat? Baiklah, aku sudah membuat keputusan.
Aku akan berterus-terang. Mengapa aku mahu menipu perasaan sendiri? Mengapa aku perlu menipu diriku dan dia? Betul... bukan?
" Kau tiada perasaan terhadap aku,kan? Hahaha kau kalah Eddy ". Dia secara tiba-tiba berkata dengan penuh yakin. Jadi, dia telah mengharap aku tidak menaruh perasaan terhadap dia. Aku buntu. Aku tidak tahu sama ada mahu jadikan ia sebagai satu rahsia buat selamanya atau bongkarkan saja. Aku menekup wajahku di penghadang balkoni menara itu. Aku juga terfikir. Lambat-laun dia akan tahu juga. Tiada guna kalau aku pendam begitu lama. Aku merenung wajahnya yang sedang melihat suasana di festival pada malam itu. Aku menghela nafas panjang seolah-olah mengharapkan sesuatu yang tidak pasti.
" Steven, aku suka kau ". Tanpa sesaat aku memberhentikan ayat, akhirnya ia telah diluahkan dari isi hati. Kami berdua saling berpandangan serta menjadi beku. Dari raut wajahnya, aku sudah tahu dia tidak percaya apa yang aku telah katakan. Steven... Kau tiada perasaan yang sama seperti akukah? Secara mengejut dia mendukung aku dan berdiri di atas penghadang balkoni itu. Eh nak aku mati ke? Ketinggian menara itu tidak dapat aku terangkan. Terlalu tinggi. Orang-orang di festival itu mungkin tidak nampak kami kerana kedudukan menara ini jauh daripada kawasan festival itu. Aku tidak mampu memandang bawah. Angin di menara itu menampar wajahku dan menjadikan diri ini lebih .ketakutan.
" Hey! Turunkan aku ! " jerit aku dengan sekuat hati. Siapa yang tidak sayang nyawa? Dibuatnya dia campak aku ke bawah.
" Bagitahu aku yang kau tak suka aku. Kalau tak aku buang kau. Jangan harap aku akan terpaut hati pada kau! ". Katanya dengan tegas. Tergamak kau! Aku dah jujur dengan kau, kau tahu? Kenapa aku nak menipu? Seumur hidup aku, aku tidak pernah menipu inikan pula tentang perasaan hati aku. Tidak! Aku tidak akan menipu apa yang hati aku rasa terhadap kau, Steven!
" Tak! Aku tak akan! Aku suka kau! Aku luahkan dari hati! Aku jujur! Tidakkah kau mempunyai perasaan terhadap aku?! " Aku tidak tahu mengapa air mata aku mengalir. Aku tidak faham mengapa hati aku sakit. Aku tidak mengerti mengapa aku lambat untuk mengenali dunia dan cinta. Aku tidak tahu mengapa perasaan aku bercampur-baur sehingga aku tidak tahu apa yang perlu aku rasa.
Dan akhirnya...
Dia melepaskan aku. Dia memerhatikan aku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. Apakah aku terlalu hina di mata kau?
Dia secara terang-terangan menolak cinta aku. Adakah begini rasanya apabila cinta ditolak? Kalau begini jadinya, aku biarkan perasaan ini mati dengan sendiri dalam hati. Sungguh ia terlalu pedih untuk aku terima. Jikalau ianya takdir, apa yang aku boleh buat?. Aku menutup mata. Menunggu diri ini terhempas ke bumi. Memori aku dari dulu telah dipaparkan di benak fikiran. Aku mengamatinya satu per satu.
" ROSE! "
Jeritan Steven membuatkan aku berhenti mengelamun. Apakah dia sudah gila? Mengapa dia terjun bersama? Dia telah memegang erat tangan aku. Aku menepisnya kasar. Aku lebih rela mati!
" Jangan selamatkan aku! " jerit aku.
" Kau gila?! Kau memang nak mati ke?! Capai tangan aku, Rose! "
" Aku tak nak! " Aku menutup mata. Aku cuba hiraukan kata-kata dia. Tapi akhirnya..." Rose! Rose, aku merayu! Capai tangan aku! Aku janji aku tidak akan sentuh kau lagi! Tolong izinkan aku selamatkan kau. Tolong! " dia menjerit dan ia telah mengubah fikiran aku. Aku kemudian megenggam erat tangannya dan memeluk badan dia. Kami akhirnya turun dengan selamat. Kini, aku sudah tahu perasaan Steven terhadap aku yang tidak berguna.
YOU ARE READING
Melalui Mimpi
FantasíaRose Richard ialah seorang perempuan kacukan manusia-bunian dimana dia tidak pernah mengetahui tentang ayahnya. Kehadiran Steven Flames yang merupakan seorang daripada 10 ahli sihir terkuat secara tiba-tiba telah mengubah Rose daripada manusia bias...