NANA?

67 11 2
                                    

Aku dan Leo menghilangkan diri setibanya kami berada di luar rumah. Kami kemudian menuju ke zaman aku pula. Selesai sahaja Leo membaca satu mantera, aku dan dia terbang di awangan dalam dunia yang gelap tanpa dapat dilihat oleh sesiapa pada zaman itu. Ketika dalam perjalanan pulang, aku dapat lihat pada raut wajah Leo, dia tidak gembira dengan keputusan aku sebentar tadi.

" Leo... Aku minta... " Belum sempat aku menghabiskan ayat untuk meminta maaf, dia mencantas.

" Tak apa. Kau buat apa yang kau rasa betul ". Katanya tanpa memandang wajah aku.

Satu cahaya menyinari mata.

___________________⭐___________________

Perlahan-lahan aku membuka mata dan mula melilau. Apa? Di beranda kapal layar Louis? Apa aku buat seorang diri di luar? Waktu malam...pula tu?

Aku berdiri mencari kelibat sahabatku yang lain. Aku menuju ke ruang yang membahagikan dua bilik tidur kami. Sedang aku berjalan, aku terdengar arus air menjadi deras. Satu ketukan diberikan pada badan kapal. Alahai... Janganlah hantu.

Ketukan itu semakin kuat serta bertambah banyak. Aku menjadi semakin gerun untuk melihat apakah makhluk yang berada di dalam laut itu. Aku ke bilik rakan-rakanku tetapi mereka tiada!

Dengan bertemankan cahaya purnama, aku dengan diam menjenguk makhluk itu. Berambut panjang, berbadan manusia tetapi.... Separuh badanya seperti seekor ikan. Apakah makhluk ini?! Datang malam-malam pula tu.

Dengan diam aku mula mengira bilangannya. Enam ekor semuanya. Aku bukan hendak menjadi biadap dengan memanggil mereka ekor, tetapi manusia tiada sebahagian badannya ialah ikan.

Salah satu daripada mereka melihat tepat kearah mataku. Aku cepat-cepat mencangkuk. Satu ketukan kedengaran. Seluruh badanku mula mengigil. Oh, Tuhan. Tolonglah aku. Aku pohon ini semua hanyalah mimpi.

" Jangan takut pada kami, manusia. Kami tidak akan memakan dagingmu melainkan kamu ialah bunian yang telah pupus ".

Ok, ini kelakar. Jikalau aku ialah separuh manusia dan bunian, adakah mereka akan makan aku juga atau bagaimana?

Mungkin tidak.

Aku mula menjenguk mereka sekali lagi. Usah katakan wajah, mata mereka pun aku sudah terpesona. Mereka memang cantik-cantik belaka. Tiada cacat cela yang hinggap pada mereka. Salah seorang daripada mereka yang berambut merah mula memperkenalkan diri.

" Nama aku, Coral. Aku mengetuai pasukan ini. Seperti yang kau lihat, kami ialah duyung ".

Aku agak terkejut dengan perkataan duyung itu kerana ini adalah pertama kali dalam hidup aku berjumpa dengan makhluk mitos itu. Bersendirian. Nampaknya aku perlu mempercayai tentang kewujudan makhluk yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran manusia. Tetapi serius aku kata, mereka memang sungguh cantik. Adakah mereka sedang memukau aku dengan kejelitaan yang mereka miliki?

" Apa tujuan kau datang ke mari? " Aku mula memberanikan diri untuk bertanya.

" Begini, manusia. Sepanjang 400 tahun kami hidup, kami menjejaki raja kami. Raja kami yang sepatutnya tinggal di dunia laut kini telah menjadi manusia. Mungkin untuk selamanya. Penjelajahan kami selama 400 tahun rasanya telah gagal dek kerana sukar untuk berhubung dengan dia. Kami mendapati Baginda ada bersua muka dengan saudari kerana terdapat banyak saksi di dalam laut memberitahu kami. Adakah benar tentang khabar angin itu? " Tanya Coral.

" Ya, ada ".

" Kau bunian ? " tanya salah seorang daripada mereka yang berambut perak.

Aku menelan air liur. Badanku mula menggeletar sekali lagi. Mereka semua memandang aku tajam. Aku tidak faham. Adakah begitu hina jikalau aku bunian?

Melalui Mimpi Where stories live. Discover now