MALIQUE

103 10 8
                                    

Kami membawa Emy ke tepi pantai lalu menyambung perbualan.

"Sebelum itu saya mahu perkenalkan diri. Saya Emy. Saya berupaya untuk mengawal tumbuhan. Jangan terkejut kalau pokok-pokok kat sini segar-segar. Jadi, Rose. Macam mana awak tahu tentang mantera yang berada di dalam badan singa itu? " tanya Emy. Apa? Bukan dia yang jumpa aku dalam mimpi itukah? Adakah mungkin dia tidak tahu akan kebolehan aku? Atau berpura-pura tidak tahu?

" Saya tak tahu. Saya cuma meneroka hutan dan tiba-tiba terserempak pula dengan singa itu. Kebetulan. " Bohong aku. Aku terpaksa berbuat demikian kerana ingin melihat reaksi mereka dan apa Emy akan katakan sebentar lagi.

" Kuat juga firasat awak ni. Mungkin inilah kebolehan manusia berketurunan bunian " kata Emy. Sah! Dia tidak tahu akan kebolehan aku. Jadi, memang betullah dia tidak masuk ke dalam mimpi aku dan menyuruh aku mencari mantera itu.

" Aduh, aku ingat antara Eddy atau Victoria yang buniannya. Rupannya Si Lemah ni ". Kata Steven. " Hei! Siapa Si Lemah haaa... Tanpa aku, kau tak boleh keluarkan kuasa tau." kata aku dengan berlagak. Bukan selalu pun.

" Jadi legenda itu betul? " tanya Victoria. Aduh, janganlah cerita. Aku tidak mahu menanggung beban nanti.

" Mungkin. Jadi, Rose... " Ayat Emy terhenti. Dia menarik nafas yang panjang dan mula hembuskan. Ah! Sudah. " Saya percaya awak boleh bunuh Malique ". Sambungnya sambil tersenyum. Memang Malique itu perlu dibunuhkah? Aku sudahlah tiada pengalaman membunuh. Sebentar...

" Emy, macam mana awak tahu nama saya? " tanya aku. Aku hampir terlupa tentang soalan ini.

" Bukankah semalam awak semua ada buat sesi pengenalan diri? Saya pun curi-curi dengarlah. Lagipun saya sudah agak Rose mesti buniannya walaupun tiada kuasa istimewa ". Jawab Emy dengan penuh yakin. Telinga tikus juga dia ini.

" Jadi awak nampaklah Steven dengan Rose berkasih sayang semalam? Ceritalah pada saya. Mesti romantik ". Kata Eddy dengan tidak tahu malunya. Ada ke patut.

" Ouhh iyakah? Menyesal betul saya tinggalkan awak semua awal semalam ". Gurau Emy. Nampaknya makin bertambahlah orang yang menyakat aku. Aku hanya tertawa kecil melihat gelagat mereka.

" Jangan nak mengarut. Aku tiada apa-apa perasaan pun pada Rose. " Tegas Steven. Semua yang berada disitu tiba-tiba sahaja mendiamkan diri. Seriusnya. Mereka bergurau saja pun.

" Alahai, Steven. Macamlah kau tak pernah... " Belum sempat Emy menghabiskan ayatnya, Steven mencelah.
" Diam, Emy ! Kisah lama tidak perlu diungkit lagi ". Kisah lama? Apa yang kisah lama?

" Baiklah. Malam ini kita kena bertolak pergi ke pulau lain sebelum Malique dapat cari kita. Jadi, sediakan peralatan masing-masing yang perlu sahaja ". Arah Steven. Dia mula memasuki hutan. Tentang kisah silamnya... Aku rasa aku tidak perlu ambil tahu . Lagipun tiada kaitan dengan aku. Apa aku perlu risau?

Rakan- rakan aku yang lain mula mencari barang keperluan di hutan meninggalkan aku dan Emy untuk menjaga bot.

" Rose, boleh saya teliti wajah awak? " tanya Emy. Aku hanya mengangguk sambil memandang matanya.

" Rose, Steven suka sangat dengan mata perempuan yang berwarna kelabu seperti awak. Saya tengok pun cantik " pujinya. Aku hanya tersipu-sipu malu. Perlukah babitkan si Steven itu? Aish...

" Biasa-biasa saja. Saya dapat mata ni pun daripada ibu saya." Tangan Emy tiba-tiba menyelak rambut hitamku yang menutupi pipi ke belakang telinga. " Izinkan saya ikat rambut awak,boleh ? " tanya Emy. Aku mengangguk lagi. Dia bangun lalu mengikat rambutku yang berparas bahu itu.

Selang beberapa minit, dia duduk di hadapan aku semula. " Haa! Kan nampak kemas. Barulah nampak wajah awak yang bujur sirih itu " katanya riang. Aku mula meraba-raba rambutku. Tiada getah. Dia hanya simpulkan rambutku dengan akar tumbuhan . Hmm.. Pandai dia buat. Ikatan akarnya kukuh.

Melalui Mimpi Where stories live. Discover now