LANUN II

74 11 3
                                    

Pandangan aku gelap tetapi aku dapat mendengar satu tagisan yang sayu. Aku tidak dapat mencarinya kerana tiada sebarang cahaya menerangi. Aku hanya dapat mendengar suara itu. Suara yang amat aku kenali. Suara seseorang yang tercinta yang amat aku rindui.

Ibu.

Aku hanya mendengar. Aku hanya menghayati. Mulut aku seperti dikunci. Aku tidak nampak apa-apa. Aku seperti orang buta yang tidak dapat melihat dunia. Sehingga satu masa, dia menjerit. Aku menjadi tidak keruan. Hati aku sebak. Aku tidak tahu mengapa dia berbuat demikian. Nafas aku seperti tidak dapat dikawal. Apa yang kau dah buat pada ibu aku, Malique? Apa yang berlaku padanya? Mengapa keadaanya begitu terseksa walaupun aku tidak dapat melihat?

Suara itu kemudian diam. Suasana menjadi sepi tanpa sebarang bunyi. Satu cahaya menyuluh pada satu tubuh yang aku kenal. Budak perempuan itu. Dia seperti digari. Aku mula memberanikan diri mendekati dia. Dia secara mengejut memandang aku tajam. Dari situ, kelihatan jelas tiada warna pada matanya. Warnanya semua putih dan ia tidak menggerunkan aku.

" Selamatkan aku " katanya perlahan.

Ini mungkin mimpi yang memberi petunjuk. Aku pasti.

" Bagaimana? " aku bertanya.
" Kau hanya perlu pulangkan sebelah mata Raja Lautan. Kau sudah berjumpa dengannya. "

Aku imbas memori aku kembali. Mustahil! Tak mungkin dia! Kapten Will?

" Ya.. Apa yang kau fikirkan itu benar"
" Adakah benar apa yang kau katakan? "
" Ya. Pada pandangan kau dia hanya seorang manusia. Tetapi kau silap. Dahulu, dia mempunyai dua mata sebelum orang yang kau cinta merampasnya ".

Orang yang aku cinta?

" Apabila perkara itu berlaku, lantas dia disumpah menjadi manusia. "
" Jadi, apakah dirinya yang sebenar? "
" Naga laut yang mempunyai tubuh seperti manusia tetapi bersisik. Kerna itu dia dipanggil raja lautan. Dia mampu memerintah mahkluk-mahkluk laut termasuk makhluk mitos iaitu duyung serta naga laut. Bagi yang menjadi bala tenteranya ia adalah satu sumpahan jika salah satu mata Baginda tiada. Mereka tidak dapat kembali ke bentuk asal setelah Baginda menukar tenteranya menjadi manusia selama 300 tahun dahulu ". Terang budak itu panjang lebar.

" Mengapa mereka memilih untuk menjadi manusia walaupun mereka tidak rela?" tanya aku yang mula kehairanan.
" Bunian... Kau akan tahu juga bila tiba masanya nanti. "
" Tapi, bagaimana aku mahu mendapatkan matanya? "

___________________⭐___________________

Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku berada di sebuah bilik tidur. Badanku sangat lemah berbanding dengan sebelum ini. Aku cuba untuk bangun.

" Ehh, Rose! Jangan! Awak tengah demam " jerit Emy yang tiba-tiba menerjah. Sungguh kepala aku pening. Aku seperti hendak pitam semula. Dunia aku seperti berpusing.

" Rose, awak ok ?" Emy bertanya. Aku hanya mengangguk tanda aku baik padahal ia semakin perit. Emy cuba membaringkan aku semula dan dia mula membaca satu ayat mungkin mantera sejurus tangannya diletakkan di atas dahi aku. Aku kembali segar.

" Mana yang lain? " tanyaku.
" Ada je kat luar. Malam tadi awak pengsan tiba-tiba. Eddy yang dukung awak ke sini ".
" Steven? ". Entah kenapa mulut ini begitu gatal mahu menanyakan soalan itu.

" Ohh.. Ada je kat luar. Dia dan Victoria jaga awak malam tadi. Maaflah, saya tengah tidur masa tu. " jawab dia sambil menggaru kepala. Aku hanya senyum.

Pintu bilik dibuka.

Gerangan yang aku mahu lihat wajahnya yang sedang nembawa satu dulang berisi bubur dan air mineral. Aku hanya memandang dia meletakkan dulang itu di sisi meja. Tanpa menjeling, pandang, merenung, bahkan bertegur sapa, Si dia beredar begitu sahaja. Tetapi aku tidak kisah kerana aku tahu dia masih lagi hidup. Aku dapat melihar Si dia masih lagi hidup dengan mata kepala aku sendiri.

Melalui Mimpi Where stories live. Discover now