HANCUR

179 18 3
                                    

   Aku melihat jam di dinding. Pukul 7 pagi. Awal juga aku bangun hari ini. Ibuku yang berada di sebelah masih lagi dibuai mimpi. Kami biasa-biasa sahaja. Tidur pun di ruang tamu. Aku pergi membersihkan diri dan membuat minuman pagi di dapur. Ibuku mempunyai pendengaran yang baik. Oleh itu, dia terjaga dari tidur apabila mendengar aku mengacau air di teko.

" Anak ibu yang seorang itu buat apa?" " Basuh baju " usikku. Ibu secara tiba-tiba menepuk badan aku dari belakang sambil ketawa kecil.       " Ibu mengidam nasi goreng Rose la. Rose buatkan,boleh? Tapi bahan-bahanya dah habis." " Tak apa. Nanti Rose pergi pekan. Pakai duit Rose".     "Ish kamu ni. Duit tu simpanla dulu. Bukan senang kamu nak jaga tanaman kopi". Kata ibu sambil bercekak pinggang. Ibu terlalu risau sangat dengan kewangan aku. Apalah sangat harga bahan-bahan nasi goreng itu. " Tak apalah. Bukannya mahal sangat pun " " Suka hati kamulah. Janji ibu dapat makan nasi goreng kamu ". Kata ibu sambil tersenyum.

Selepas itu, kami menjamah biskut dan teh di ruang tamu sebelum aku pergi ke pekan.
 
  Aku menutup pintu rumah. Semasa aku hendak memakai selipar, aku ternampak satu susuk tubuh lelaki sedang berdiri di tebing sungai. Ouh.. Lelaki semalam. Sedang aku hendak menyapannya, dia tergelincir ke dalam sungai. Aku amat terkejut dan terus menyelamatkannya. " Awak ok?" tanyaku apabila kami tiba di tebing sungai. "Ye". Katanya sambil terbatuk-batuk. " Saya tau awak akan datang ". Ayatnya seperti aku pernah dengari tetapi aku lupa dimana. Aku meninggalkannya dan terus menukar pakaian.

Apabila aku keluar dari rumah, lelaki tersebut sudah tiada. Aku terpaksa memakai sneakers biru tua kerana selipar aku sudah basah lencun dan meneruskan perjalanan ke pekan.

Baru sahaja aku melangkah masuk ke satu kedai, satu jeritan kedengaran. Semua orang yang berada disitu menoleh ke arah jeritan tersebut termasuk aku. Aku nampak 2 lelaki tinggi memakai hud hitam dan... Kak Mia?! Mengapa situasi ini seperti pernah aku hadapi? Apa yang telah aku lupa? Sebentar... Mimpi. Mimpi aku. Mustahil ianya benar. Apa aku perlu buat? Aku terlampau buntu. Salah seorang lelaki itu mendepakan tangannya. Ya! Imej yang sama seperti dalam mimpi aku! Aku mesti hentikannya sebelum dia mula memusnahkan pulau ini!.         

  " Berhenti! " jerit ku. Tetapi jeritan aku tidak kedengaran kerana suasana di situ agak kecoh. Aku mula berlari tetapi... " Musnahkan...Musnahkan pulau ini! Aku tahu lelaki itu berada disini! Aku tiada masa hendak berurusan dengan pendusta!" Kaki aku mula lemah. Aku takut. Api yang marak mula membakar pulau ini.

Aku segera mendapatkan ibuku di kaki bukit tetapi ibuku telah ditawan oleh beberapa orang lelaki berhud hitam. Dari jauh, aku dapat melihat ibuku memberi isyarat supaya aku lari dari sini. Aku tidak mahu! Cukuplah aku kehilangan ayah dan aku takkan kehilangan ibu. Aku berlari kearahnya. Lelaki-lelaki berhud hitam tadi mula menyerangku tetapi aku tidak kisah. Secara tiba-tiba badanku seperti dipeluk oleh seorang lelaki.... Steven. Mengapa dia muncul masa begini? Aku amat terkejut apabila Steven mengeluarkan bebola api dari tangannya dan dilontarkan kepada lelaki-lelaki tersebut. Badan aku diangkat ke langit olehnya. Siapa sebenarnya dia ini? Dari atas, kelihatan pulau aku hampir musnah. Hati aku terlalu hancur melihatnya dan membayangkan wajah ibuku. Oh, Tuhan.. Selamatkanlah ibuku daripada kecelakaan manusia ini. Air mata aku akhirnya membasahi pipi. Aku tidak pernah merasakan perasaan sebegini. Terlalu hancur.

   Steven dan aku mendarat di tepi pulau untuk mencari bot. Mujurlah masih ada satu. Aku dan dia menaikinnya bersama. Semasa kami hendak bertolak, terdapat 2 orang remaja. Seorang lelaki dan perempuan. Eddy dan Victoria. Mereka merupakan sahabat aku tetapi jarang berjumpa kerana sibuk dengan kerja. Mereka berdua tanpa teragak-agak menaiki bot kami. Kami mula mendayung bot tersebut dengan laju.

Sejujurnya, aku tidak mahu ikut Steven tapi aku tidak tahu kenapa hati aku tergerak hendak mengikutnya. Aku terlampau marah dengannya. Kerana dia pulau aku sudah berupa begitu. Kerana dia hati aku hancur dan kerana dia aku tidak dapat bersama ibuku. Mengapa mereka cari Steven? Bagaimana dia boleh mengeluarkan api pada tangannya? Siapakah dia ini sebenarnya? Aku terlampau serabut memikirkan soalan-soalan yang berlegar-legar di benak fikiranku. Aku akan cari kesemua jawapan untuk soalan-soalan itu!

Melalui Mimpi Where stories live. Discover now