YANG TIDAK AKU DUGA

68 12 5
                                    

Malam itu, kami mengadakan makan malam yang besar. Mana taknya, bilangan rakanku sudalah berapa. Aku difahamkan ayah Louis tidak dapat bersama kerana sibuk dengan kerjayanya di laut. Katanya, ayah Louis ialah pemilik sebuah syarikat kapal tetapi dia lebih selesa hidup bersederhana.

Aku juga difahamkan Louis ini sama macam Victoria dan Eddy. Terima kebolehan yang luar biasa daripada sang bunian kecuali keluarganya.

" Eh, korang. Esok, pulau kami ada buat satu festival. Festival Victoriuos. Festival ini diadakan setahun sekali. Kalau tidak keberatan, marilah menyambutnya bersama. Festival ini disambut sempena nama Pulau Gamerick ini naik di mata dunia pada suatu ketika dahulu. " Kata Louis.

" Wah! Boleh juga! " Tak sangka aku, Eddy dan Victoria berkata serentak. Kami ketawa besar selepas itu.

" Tak boleh! Kita kena beredar. Masa dah suntuk ". Tegas Steven secara tiba-tiba. Dia ini memang serius 24 jam ke?

" Alaaa...1 hari je. Lepastu kita beredarlah ". Aku mula memujuknya.
Manalah tahu nanti pintu hati dia terbuka. Kan?

" Tak boleh ".
" Kecewa lah, mak cik. Kenapa tak boleh? " Puan Lolita mula memuncungkan bibirnya. Mak cik terbaik! Semua yang berada di meja mula memujuk Steven. Akhirnya,dia mengalah. Tahniah,semua!

_________________________________________

PUKUL 1 A.M.

Ceyh, tak guna! Kenapa tak boleh tidur ni? Argh.. Aku mula keluar dari bilik. Hmm.. Semua dah tidur nampaknya. Aku berjalan menuruni tangga dan menuang air pada satu cawan daripada jag air yang telah disediakan oleh Puan Lolita kepada sesiapa yang hendak minum.

Aku ke ruang tamu dan duduk di sofa. Kenapa tak boleh tidur ni? Aku memandang ke luar jendela. Mataku tertumpu pada bulan yang sedang mengambang. Cantik. Pemandangan itu sudah menarik perhatian aku. Aku mula berkhayal.

" Kau ni memang susah nak tidur,kan?" satu suara menerpa dan ia hampir membuatkan aku tersedak. Kacau betullah. Siapa lagi kalau bukan si Steven? Aku hanya menjeling. Malas nak layan. Dia mula duduk bawah di tepi sofaku. Punyalah ada 3 sofa lagi kenapa nak duduk bawah?

" Rose, Leo cakap apa? " tanya dia. Aku diam seketika. Sukar untuk aku beritahu.

" Tak ada apa-apa. Benda yang kau tahu, itulah dia cakap " balas aku. Betulkah Steven dah tahu?

" Jangan tipu, Rose. Aku tahu kau jenis tak tipu orang dan aku tahu Leo ada cakap sesuatu ".
" Betullah. Aku nak tipu apa? " Tiba-tiba cahaya petir muncul di hadapan serta-merta. Aku terkejut. Nafasku mula berombak.

" Rose? Kenapa ni? " pertanyaan Steven aku biarkan kosong. Aku bingkas meletakkan cawan di sinki. Aku kena tidur! Steven menarik lenganku.

" Rose,kenapa ? " Dia mula memandang aku dengan wajah pucat.
" Tak.. Tak ada apa-apa ". Tiba-tiba cahaya daripada panahan petir muncul mengejut lagi. Aku terperanjat. Bunyi guruh yang sangat kuat membuatkan aku menjadi tidak waras. Aku menjerit ketakutan. Sungguh aku fobia dengannya. Steven tiba-tiba memeluk aku. Aku tidak tahu mengapa aku rasa...tenang dalam dakapan dia. Hujan lebat kedengaran telah membasahi bumi.

" Tenang, Rose. Aku ada. Kenapa kau takut sangat ni ?". Dia mula mengusap lembut rambut aku. Panahan petir semakin ligat sambung-menyambung membuatkan aku hilang semangat. Aku menangis. Aku terlampau takut. Seluruh badanku menggigil. Steven membawaku ke sofa.

" Shh.. Diam,diam. Aku ada. Dah,jangan menangis. ". Aku hanya sembamkan muka di dadanya. Aku tidak mahu dia risau melihat wajahku yang sudah dibasahi oleh air mata.

" Rose, kenapa ni? "
" Steven... A... Aku takut petir. Aku takut. Panahan petir pernah bakar rumah aku masa aku tengah tidur dulu. Aku hampir mati, Steven.. Aku hampir..." Belum sempat aku menghabiskan ayat, dia mengangkat wajahku. Dia mula menghilangkan air mataku dengan jari-jemarinya yang lembut. Dari situ, timbul satu perasaan yang sukar untuk aku gambarkan muncul dari lubuk hati. Aku sendiri tidak duga ia akan muncul secepat ini.

Melalui Mimpi Where stories live. Discover now