STEVEN
Aku perlahan-lahan membuka mata dan cuba sedaya upaya untuk bangkit. Tetapi perutku terasa senak. Nafasku menjadi berat. Aku melihat sekeliling. Nampaknya aku berada di dalam lokap kapal sendirian.
Macam manalah aku boleh terlepas pandang yang dia bawa pistol? Bodoh,betullah.
Aku cuba tenangkan diri serta meraba-raba perutku. Kesan peluru yang ditembak tadi masih ada. Aku cuba mengorek ke dalam untuk mengambilnya keluar tetapi hasilnya mengecewakan. Kena buat pembedahan sendiri, nampaknya. Mata aku mula melilau. Bagus! Ada sebilah pisau lipat berada tidak jauh dari tanganku. Aku mengambilnya.
Aku kemudian berusaha untuk bersandar di dinding. Baju yang aku pakai, aku buka. Pisau lipat itu aku buka dan tanpa berfikir panjang aku memotong kulitku. Tiada masa untuk rasa sakit sekarang ini. Aku hanya menahan nafas apabila pisau lipat itu mula memotong daging aku pula. Aku tiada pilihan lain selain membesarkan saiz kesan peluru itu.
Darah yang mengalir aku biarkan. Aku mula mengorek perutku sekali lagi dengan lebih dalam. Nafasku tersekat-sekat dan akhirnya aku telah nemegang sebiji besi kecil.
Aku menahan nafas dengan lebih dalam dan terus mengeluarkan peluru itu keluar. Aku menariknya dengan kasar. Semput aku dibuatnya. Aku segera mengikat ketat perutku dengan menggunakan baju untuk membethentikan pengaliran darah.
Aku menghela nafas panjang. Aku membelek peluru itu. Terdapat cecair berwarna hijau di hujungnya. Cecair apa ni?
Tiba-tiba sebuah pintu dibuka dari atas. Sekujur tubuh mula menuruni tangga di pintu itu. Seorang budak perempuan. Apa? Budak? Mata kami saling berpandangan. Tiada warna pada matanya. Putih sahaja. Berambut ikal merah jambu paras pingang. Heh, lama tak jumpa kau, budak.
" Nana! " Sergah aku. Dia kelihatan terkejut. Dia ni dah kenapa nak terkejut sangat?
" Siapa kau? Apa kau buat disini? " tanya budak itu lembut. Seriuslah?! Takkanlah dah tak ingat ?
" Ni akulah. Steven. Tak ingat ke ? " Aku memberitahunya bersungguh. Mana taknya, budak inilah yang selalu bermain dengan aku suatu ketika dahulu.
Tapi...
Tiada sebarang respons yang keluar dari mulutnya. Dia menunjukkan ukiran wajah yang sukar untuk aku tafsirkan. Kenapa dengan kau ni?
" Apa kau buat disini? "
Ok. Dia memang lupa. Mungkin dah 400 tahun tidak bersua muka. Tapi, sepatutnya soalan itu dituju kepada dia, bukannya aku. Apa dia buat disini? Rambut tak terurus, pakai baju putih labuh tidak berlengan pula tu, kesan parut pun banyak. Sebentar. Parut?!
" Eh, Nana! Sepatutnya aku yang tanya kau soalan itu. Apa kau buat disini? Jangan bagitahu aku kau dah jadi hamba Si Will tu! Parut kat lengan,kaki kau tu.. Dia yang buat,kan? " Aku mula hilang sabar. Personalitinya berbeza dari sekarang. Sebaris senyuman pun tidak ditunjukkan pada wajah kanak-kanaknya itu. Apakah dia sudah berubah? Tetapi, sebab apa?
" Kalau ya pun kenapa? " balasnya.
Aku tersentak. Apa dia? Kalau ya pun kau kata?
" Eh kau ni dah kenapa? Dia yang seksa kau sampai macam ni,kan! "
" Tak! Kau tak faham ! " Balasnya bersungguh. Apa lagi yang aku tak faham? Sudah terang lagi bersuluh dia mempunyai kesan luka di seluruh badan. Terjumpa pula dalam kapal ini. Kau ingat aku fikir apa lagi selain menyalahkan Will?
YOU ARE READING
Melalui Mimpi
FantastikRose Richard ialah seorang perempuan kacukan manusia-bunian dimana dia tidak pernah mengetahui tentang ayahnya. Kehadiran Steven Flames yang merupakan seorang daripada 10 ahli sihir terkuat secara tiba-tiba telah mengubah Rose daripada manusia bias...