Kami duduk semula di dalam bot, manakala Steven, " Aku cari pulau terdekat dahulu untuk kita berehat ". Dia mula terbang ke udara. Menggagumkan. Tanpa sayap, dia masih boleh terbang.
Victoria memulakan bicara " Rose, apa yang telah kau tahu tentang kisah silam Morca?"Aku diam." A...Aku tidak tahu apa-apa tentangnya." Memang betul. Aku hanya mengetahui tentang aktiviti yang sering dilakukan oleh penduduk dan keadaan fizikalnya sahaja. Aku tidak pernah mengetahui tentang kisah silamnya. Bahkan, aku tiada minat untuk mencarinya sendiri.
" Kalau macam itu, kau sepatutnya tidak perlu menjadi warganegara Morca " kata Eddy. " Aku mungkin boleh jadi orang asing, tapi aku bernasib baik kerana aku tiada mulut longkang seperti kau. Sudahla busuk, celupar pulak tu " balasku dengan nada yang tinggi. Aku tidak tahu mengapa sejak aku jarang jumpa Eddy , mulutnya semakin tajam berbicara. Dahulu, mulut dia tidaklah setajam ini.
" Sudah! Eddy tolong kawal percakapan kau. Kenapa dengan kau ini? "marah Victoria. Eddy terus diam seribu bahasa sambil menjeling aku.
" Kalau kau tidak tahu, tidak apa. Aku akan ceritakan semuanya.
"Ok"
"Sebenarnya.... Terdapat beberapa orang di Morca mempunyai kelebihan yang luar biasa dalam diri mereka. Senang untuk kau faham, mereka ada kuasa... Termasuklah aku dan Eddy. " Aku ketawa dengan terbahak-bahak sambil menepuk - nepuk tanganku pada bot. Ternyata bahawa pernyataan Victoria amatlah mengarut dah tidak logik sama sekali. Aku cuba mengawal gelakku."Victoria... Hahaha tak sangka kau ini lawak orangnya. "Kataku sambil cuba untuk berhenti ketawa. Semua yang berada di dalam bot memandang aku dengan serius. Oh, sudahlah. Benda mengarut itu tidak akan terjadi selama-lamanya.
" Rose, kau fikir aku sedang melawak? Kau sendiri nampak yang kami tunjukkan kuasa untuk mengalahkan lanun itu tadi ".
"Ya, aku nampak. Tapi mungkin ombak besar itu hanya kebetulan."
"Habis , peluru yang berhenti separuh jalan itu kebetulan jugalah kan?" Eddy mencelah. Oh,ya. Betul juga. Aku lupa tentangnya. Tapi...
" Aku rasa mereka ikat perluru itu dengan benang dan... "
" Berhenti mengarut, Rose. Kau sudah tentu fikir kami ini gila tetapi kau sendiri yang tidak nampak " kata Victoria. " Baiklah. Aku mahu tanya bagaimana kami mendapat kuasa dan... Kenapa tidak menggunakannya ketika pulau itu diserang tadi? "Victoria mengeluh. " Nampaknya kau tidak tahu, Rose. Sebenarnya dahulu terdapat beratus-ratus makhluk yang ditugaskan untuk menjaga 10 ahli sihir yang terkuat. Mereka semua ialah bunian. Bunian itu telah menjaga ahli sihir dengan baik. Tanpa mereka, ahli-ahli sihir akan menjadi lemah. Satu hari, terdapat salah seorang daripada mereka telah mengkhianati yang lain. Namanya ialah Malique. Dia telah menghapuskan semua bunian dan telah menyebabkan 9 ahli sihir menjadi lemah seumur hidup. Sebelum itu, terdapat beberapa bunian memberikan kelebihan mereka pada manusia . Tetapi jumlahnya terlampau sedikit untuk mengelakkan daripada diketahui oleh Malique dan ingin mencukupkan jumlah bagi yang boleh melawannya. Mereka seterusnya pergi ke pulau Morca dan hidup seperti biasa. Aku, Eddy dan mungkin Steven adalah salah seorang daripadanya kerana kelebihan ini dapat diserap generasi demi generasi dan yang terpilih sahaja. Tidak lama selepas itu, Malique dapat mengetahui tentangnya dan mencari manusia-manusia yang mempunyai kuasa di seluruh dunia dengan menggunakan pengesan magis. Seperti kau ketahui, lelaki-lelaki yang berhud hitam itu adalah orang-orang Malique. Kami terpaksa menahan diri daripada menyerang untuk menjaga keselamatan penduduk dan pendatang asing. Tetapi aku ada dengar bahawa terdapat manusia yang berketurunan bunian dapat melawan Malique tetapi sehingga sekarang kami tidak dapat kesan kehadirannya".
Nampaknya seperti tiada harapan untuk mengalahkan Malique ini. " Baiklah... Aku minta maaf kerana aku tidak tahu kisah ini. Tetapi, mengapa pengesan magis itu hanya dapat kesan Steven sahaja? Kenapa ia tidak dapat kesan kamu berdua?
" Jujur kami kata, kami tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Tetapi kami telah dilatih dengan mendengarkannya dari ibu bapa kami. Mungkin Steven pernah gunakan kuasannya dan pengesan magis itu hanya dapat kesan dia sahaja. Mungkin Steven adalah orang yang pertama mereka jumpa " Kata Victoria.
Begitu rupannya. Nampak sangat perkara ini tidak akan berlaku jika Steven tidak memulakannya. Aku memandang langit dan ternampak Steven berlegar-legar di udara menuju ke bot.
" Hei! Saya sudah jumpa sebuah pulau. Mula mendayung !" jerit Steven.
Kami bertiga mula mendayung. " Jika kuasa Victoria air, apakah kuasa Eddy? ". Tanyaku pada Victoria. " Angin. Tapi aku punya istimewa sedikit kerana ia dapat memberhentikan benda bukan hidup" kata Eddy sambil mendayung. " Jadi mengapa kamu tidak gunakannya untuk melajukan bot ini?"
" Kami sudah lama tidak mempelajarinnya dan telah banyak kami lupa. "Oh, begitu. Haih, siapalah manusia berketurunan bunian itu. Kenapa dia tidak melawan Malique? Kalau dia dapat lawan, sudah tentu tidak kecoh seperti ini. Nampaknya misi kami adalah mencari manusia-bunian, lawan Malique dan bebas! Merepek tetapi apa boleh buat. Akhirnya! Kami mendarat juga di sebuah pulau kecil! Kami pun mula mencari makanan di serata tempat sebelum senja menjelang di pulau itu.
YOU ARE READING
Melalui Mimpi
FantasyRose Richard ialah seorang perempuan kacukan manusia-bunian dimana dia tidak pernah mengetahui tentang ayahnya. Kehadiran Steven Flames yang merupakan seorang daripada 10 ahli sihir terkuat secara tiba-tiba telah mengubah Rose daripada manusia bias...