Karma - 06

26 1 1
                                    

Iliana memandang siling lama. Badannya letih, otaknya penat. Tetapi mata tetap tidak mahu terlelap juga. Besar juga kesan Hazrul dalam hidup dia rupanya. Iliana menghela nafas berat.

Sedar tidak sedar, sudah sepuluh tahun rupanya sejarahnya dengan Hazrul berlalu. Kenapa mesti selepas sepuluh tahun dia berjumpa kembali? Kalau boleh, kisahnya dengan Hazrul tu hendak dibuang jauh-jauh. Kalau ada butang shift dan delete dalam hidup ni, pasti dia sudah tekan untuk buang Hazrul dan kenangan-kenangan bersama Hazrul selama-lamanya.

Iliana mengiring menghadap dinding. Nafasnya dihela perlahan. Satu demi satu kenangannya bersama Hazrul menerjah fikiran. Teringat kali pertama Hazrul meluahkan perasaannya di tangga luar perpustakaan.

"Saya dah lama perhatikan awak. Makin lama, makin saya suka pada awak. Boleh kita couple?"

Itu ayat yang Hazrul katakan kepada Iliana. Iliana memandang lelaki yang berkaca mata dengan rambut yang bersikat tepi itu. Nampak skema. Iyalah... baju pun berwarna kuning cair, khas untuk pustakawan sekolah. Tetapi... memikirkan beberapa konflik yang dia hadapi sejak berpindah ke sekolah ini membuatkan dia mengangguk setuju.

Couple untuk menyelamatkan diri dia daripada diserang perempuan yang pendek akal kerana kononnya memandang teman lelaki mereka. Pandang je tau. Pandang! Alasannya Iliana ada niat nak rampas. Ceh! Apa kelas jadi perampas? Muka-muka boyfriend yang diorang dok puja itu pun tak mencapai tahap piawai dia. Nak buat apa? Buat sakit mata bolehlah.

Sejak menerima 'lamaran' menjadi buah hati Hazrul, semakin keraplah Hazrul mencari dia setiap kali ada masa terluang. Dia? Gunakan sepenuhnya kebaikan yang Hazrul tunjukkan. Perlukan tunjuk ajar? Tak perlu dia minta, Hazrul sendiri yang tawar diri nak jadi tutor akaunnya. Projek reka cipta? Hazrul kan ada. Beritahu saja apa yang cikgu hendak, minggu depannya siaplah projek itu Hazrul buatkan.

Setiap kali balik sekolah, pasti Hazrul akan berjalan kaki bersama dengannya sehingga ke rumah. Sedangkan, Hazrul itu ada sebuah superbike yang ayah dia hadiahkan kepada dia. Sejak jadi boyfriend Iliana, terus jadi zuhud kerana tidak menaiki superbike seperti sebelum-sebelumnya sebab Iliana tidak suka menunggang motor bersama lelaki. Haha.

Cuma... sebaik mana pun Hazrul melayan dia, hati Iliana tiada pada Hazrul. Jiwanya kosong. Dia rimas setiap kali Hazrul menunjukkan perhatian yang melampau. Dia tak suka apabila Hazrul mengajak dia lepak bersama-sama kawannya yang lain. Mana tidaknya, masing-masing tu kalau tidak nerd diorang tu geek. Tak masuk langsung dengan jiwa dia. Bila masa Iliana hendak lepak dengan kawan-kawannya, dia tak suka bila Hazrul nak ikut sekali. Tak perlu rasanya hendak masuk dalam circle kawan-kawannya. Get a life!

Tapi, lelaki seperti Hazrul itulah yang ibu bapanya berkenan sangat. Entah apalah yang ada pada Hazrul sehingga sering dibanding-bandingkan dengan kawan-kawannya yang lain. Tamat tingkatan lima, Iliana tidak bertangguh lagi. Hasrat yang sejak awal dia simpan dia suarakan pada Hazrul.

"Sampai hati awak, Iliana!" ujar Hazrul dengan wajah yang hampa. "Selama dua tahun kita berkawan, saya cuba untuk jadi seperti mana yang awak nak. Apa lagi yang awak tak puas hati, Iliana?"

"Awak tak jadi diri awak sendiri..." jawab Iliana mudah.

Hazrul menggeleng tidak percaya.

"Mudahnya awak cakap... selama ni awak tak cakap apa-apa, pun? Lagipun, dah macam-macam saya buat untuk awak. Kenapa tiba-tiba awak cakap awak nak break up?"

Iliana hanya memandang Hazrul dengan pandangan yang kosong. "Sebab awak bosan. Awak baik sangatlah, Hazrul."

Hazrul terpempan. Berubah sungguh wajah anak muda itu.

"Jadi semua kindness yang awak tunjuk, awak buat untuk saya tu tak ikhlaslah ya?" uji Iliana.

Hazrul memandang wajah Iliana tajam. Tak sangka hati wanita yang mencuri hatinya sungguh keras seperti ini.

"Awak jangan persoalkan keikhlasan saya, Iliana. Hanya Allah yang tahu sejauh mana keikhlasan saya. Awak tahu betapa saya sayangkan awak, Iliana. Kalau ada apa-apa yang saya boleh betulkan, beritahu Iliana. Please... jangan hancurkan apa yang kita bina dua tahun ni?" rayu Hazrul.

"Awak tak faham, Hazrul..." keluh Iliana. "It's just... it's not working between us!" tegas Iliana.

"Habis tu yang selama dua tahun ni apa?"

"Angan-angan awak? Mimpi? CIta-cita? I don't know." Iliana mengangkat bahu.

"Awak kejam, Iliana..." ujar Hazrul kecewa.

Iliana memandang Hazrul lama. "Saya tak akan minta maaf, Hazrul. Please... just hate me," ujar Iliana selamba. Sedikit pun tidak rasa bersalah dengan tindakan yang dia ambil.

Hazrul menggeleng perlahan. Tak sangka Iliana boleh bertindak sebegini. Bagai separuh mati dia menyayangi Iliana, racun yang Iliana berikan.

"Please Iliana. Bagi saya satu lagi peluang..." rayu Hazrul.

Iliana menggeleng. "Awak tak malu ke merayu macam ni, Hazrul? Come on... mana maruah awak sebagai seorang lelaki?"

Iliana terus bangun dan meninggalkan Hazrul keseorangan. Penat dia hendak mengulangi apa yang dia cakap. Dia tak mahu, dia tak nak! Hazrul memandang Iliana yang sudah meninggalkan dia. Terasa langit bagai hendak runtuh menimpa dirinya. Tak sangka setega itu Iliana meninggalkan dirinya. DIa baru memasang angan-angan hendak meminang Iliana. Mahu mengikat gadis itu dengan tali pertunangan sementara masing-masing melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Hazrul tersandar di tiang pondok. Terasa semangatnya hilang dibawa Iliana. Lama dia termenung seorang diri sebelum pulang ke rumah.

KarmaWhere stories live. Discover now