Karma - 09

19 1 0
                                    

Bagai seorang pesalah pula bila dia terjeling sana sini bagi memastikan dia tidak terserempak dengan Hazrul. Ah! Mana tidak bersalahnya. Zila sendiri kata tindakan dia dahulu kejam. Bila dia kejam, maknanya dia sudah menganiayai orang yang tidak bersalah.

Iliana menebalkan muka apabila terpaksa bersalam dengan Cik Aya dan Hazirah, kakak Hazrul. Rasanya dua insan ini cukup tahu apa yang berlaku sepuluh tahun lepas. Aduh! Rasa macam kena torture bila datang ke sini. Kenapalah hatinya lembut bila berdepan dengan Puan Salma? Patut dia keraskan saja hati dia supaya tidak terseksa di rumah Cik Aya ni.

"Makin cantik Cik Aya tengok Iliana sekarang."

Itu teguran pertama Cik Aya selepas mereka bersalam.

"Biasa je Cik Aya..."

"Betul Cik Aya cakap ni. Iliana makin cantik. Dah ada jumpa orang baru, ke?"

Iliana ketawa kecil. Kekok. Matanya menjeling pula Hazirah yang sibuk melayan tetamu lain. Tadi masa bersalam pun manis je Hazirah senyum dekat dia. Tak nampak langsung tanda-tanda berdendam. Jadi, tak perlulah dia rasa bersalah, kan? Dia saja yang tak tentu arah sedangkan masing-masing dah lupakan peristiwa sepuluh tahun lepas agaknya.

"Belum lagi, Cik Aya. Lepas kes putus tunang hari tu, Iliana rasa lebih baik Iliana layan mak ayah dulu. Fokus kerja..." balas Iliana lembut.

Cik Aya menepuk-nepuk bahu Iliana lembut. "Ada hikmahnya kenapa Iliana tak kahwin dengan lelaki tu dulu. Mungkin dia bukan jodoh Iliana. Insya Allah ada yang lebih baik nanti..." ujar Cik Aya lembut.

Iliana sekadar mengangguk dan tersenyum. "Terima kasih Cik Aya..."

"Duduklah dulu, Iliana. Lepas isyak nanti ada doa selamat lepas tu baru ada makan-makan sikit. Cik Aya nak tengok kat dapur sekejap."

"Ha ya... ya Cik Aya. Pergilah..." ujar Iliana lalu duduk di sebelah Puan Salma. Melihatkan senyuman yang tidak lekang daripada bibir Puan Salma, Iliana menyenggol lengan Puan Salma perlahan.

"Kenapa mak senyum?"

"Tengok kamu berbual dengan Cik Aya kamu itulah..."

Iliana mengerutkan dahi. Terganggu pula dia dengan komen Puan Salma. 'Cik Aya kamu' tu.

Malas hendak memanjangkan perbualan, Iliana mengeluarkan telefon bimbit. Tiba-tiba satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali masuk. Berkerut dahinya melihat gambar dia berbual dengan Cik Aya tadi dihantar oleh seseorang yang dia tak kenal. Profile picture pula kosong. Iliana mengetap bibir. Hanya seorang saja yang akan buat perkara macam ni. Hazrul!

***

"Kereta ok dah kak?" tegur seseorang sewaktu Iliana dan Puan Salma berjalan untuk pulang.

Iliana memandang lelaki yang menegurnya itu. Amin. Budak muda yang membantu dia menukar tayar malam semalam. Iliana menahan tangan Puan Salma daripada terus melangkah. Selepas meminta Puan Salma menunggu sebentar, Iliana menghampiri Amin.

"Tak pernah nampak awak selama ni. Duduk kampung ni ke?"

"Eh taklah kak! Saya duduk Kampung Jaya Hulu. Ini datang majlis ni sebab Abang Hazrul yang jemput."

"Oh... awak kenal dia?" risik Iliana lagi. Ingin memastikan apa yang bermain difikirannya betul.

"Apa tak kenalnya. Saya kerja dengan Abang Hazrul, kak. Semalam tu, Abang Hazrul yang suruh saya tengokkan kereta akak. Tapi saya pelik juga, kenapa dia tak tolong je akak masa tu. Walhal bukannya ada apa-apa yang urgent pun."

Iliana terpempan. Betullah apa yang dia fikirkan semalam!

"Amin!" jerit satu suara dari jauh.

Iliana dan Amin memandang ke arah datangnya suara itu. Wajah serius Hazrul menyapa pandangan Iliana.

"Sini kejap!" jerit Hazrul lagi.

Amin mencapai kopiah di atas meja dan diletakkan ke kepala. "Okaylah kak. Big boss dah panggil. Jumpa lagi! Tata titi tutu...!"

Tergelak Iliana mendengarkan gurauan Amin. Kemudian pandangannya dikalih ke arah Hazrul yang masih menunggu. Rasa kekok yang tiba-tiba muncul menyebabkan Iliana tidak belama-lama lagi di bawah khemah putih itu. Langkah di atur ke arah Puan Salma yang menunggu dan tanpa sebarang suara, tangannya mencapai tangan Puan Salma. Mereka berjalan kaki untuk pulang ke rumah.

KarmaWhere stories live. Discover now