FF BELUM START TAPI PENULIS ASAL DAH PROMOTE KITA 😳 MALU 😳😂 BTW, TQ KAK WIWIN 😳😚😚
SWEET HOME
01
Ticket♥♥♥
Aku menghabiskan sarapan pagiku dengan sangat tergesa-gesa. Dan di pangkuanku, puteri kecilku yang berusia sembilan bulan sedang duduk sambil memeluk hadapan tubuhku.
Rena.
Jemari comelnya tidak diam. Jika tidak rantaiku, hujung rambutku, hujung blouse yang tersarung ditubuhku akan menjadi sasarannya.
Lizzy yang tadinya sibuk dengan komputernya bangkit dari duduk lalu mendekati kami. 'Sayang, biar omma habiskan makanan omma dulu, hmm?' Tubuh kecil puteriku diangkat.
Awalnya, Rena merengek dan hampir sahaja menangis. Namun dia ketawa pula apabila tubuh kecilnya digeletek jemari runcing Lizzy.
Mataku membalas tatapan hangat mata Lizzy. 'Thanks.' Ucapku dengan rasa syukur. Dengan kadar segera, aku menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutku.
Ah.
Memiliki anak sendiri memang mengubah drastik kehidupan soloku.
Jika dulu aku menjamah makanan dengan perlahan, bertata-tertib, dan benar-benar menikmati setiap suapan yang masuk ke dalam mulutku, kini tidak lagi. Mahu makan dengan kalut kadang-kala juga sangat sukar. Ini adalah kerana puteri cilik kesayanganku pasti akan merengek dan aku harus melayani kerenahnya.
Dan aku senang dengan kehadirannya.
Sebenarnya, bukan hanya waktu makan. Aktiviti harian aku yang lain seperti mengemas, memasak, mencuci dan menyidai pakaian juga perlu aku lakukan sesegera mungkin. Atau Rena akan meraung meminta didukung.
Anak manja.
Mungkin waktu aku kecil juga aku sepertinya.
Dengan adanya Lizzy, barulah aku boleh melaksanakan tugas harianku dengan sempurna. Dia juga sudah umpama ibu kedua kepada puteri manjaku. Mereka sangat akrab.
Dan Rena tidak berasa janggal jika bersamanya.
Aku bangkit dari duduk selesai sahaja aku menghabiskan sarapanku. 'Aku ingat nak cari kerja.' Kataku sambil menapak ke sink. Pinggan dan gelasku dicuci.
'Cari kerja?' Soal Lizzy.
Perlahan aku mengangguk. Pinggan dan gelas yang sudah dibilas bersih diletakkan di rak bersebelahan sink. Tubuhku dipaling menghadap wanita yang lama bersamaku. 'Dah berapa lama aku tak kerja, Liz. Duit simpanan aku makin berkurang.' Anak mata aku bergerak melihat Rena di dukungan wanita itu. 'Aku perlukan duit untuk besarkan Rena, untuk perbelanjaan harian dan masa depan kami jugak.' Sambungku.
YOU ARE READING
SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]
FanfictionSW乇乇T HOM乇 // A RE-MAKE + TRANSLATE FF // ORIGINAL FF - SWEET HOME BY @WiwinSetyobekti ( BAHASA INDONESIA ) REMAKE FF - SWEET HOME BY @Jammie_Mingyu ( BAHASA MELAYU ) current status ; cσmíng ѕσσn [ ] σn-gσíng [ ] híαtuѕ [ ] cσmplєtє [ ✔ ] ×××...