♡ 02 - Before Audition ♡

1.2K 204 26
                                    

SWEET HOME
02
Before Audition

♥♥♥

Aku dan Lizzy masih kebingungan untuk memilih pakaian apa yang akan aku pakai untuk pertandingan awal hari ini. Biarpun pakaian adalah soal biasa, namun untuk situasi seperti hari ini sedikit berbeza. Kami sempat berbincang mengenainya.

Tetapi belum ada kata putus.

Aku mengetap bibir bawah. 'Kau rasa, dia datang ke tak pertandingan awal tu hari ni?' Soalku perlahan.

Lizzy mengerutkan bibir sebentar. 'Mungkin datang, mungkin jugak tak. Kenapa?' Soalan dibalikkan kepadaku.

Aku berpeluk tubuh. Mataku meliar melihat deretan pakaianku yang tersusun di dalam almari. Nafas dihela perlahan. 'Well—' Jemariku menyelak rambut panjang beralunku ke belakang bahu. 'Kim Mingyu yang kita tahu selepas semalaman kita bersengkang mata cari maklumat tentang dia tu ialah seorang lelaki muda yang sangat sibuk. Urusan perniagaan dia di luar dan dalam negara. Tak pernah ke kelab malam, tak merokok, tak jugak minum arak. Kehidupan dia terus berulang dan berulang. Dia lakukan benda yang sama setiap hari. Hadap benda yang sama setiap hari.' Aku mengetap bibir.

Mata Lizzy masih tidak berkedip menatapku.

'Dia formal, dan dengan orang yang dia selalu berjumpa pun formal.' Sambungku. 'Jadi—' Jemariku bergerak. 'Aku rasa aku patut pakai ni,' Telunjukku diarahkan pada sehelai seluar denim berwarna lusuh, 'Dan ni—' Setelah itu beralih pada tank top putih polos berserta kardigan berwarna kelabu yang paras atas pinggang dan di bahagian lengannya separas siku.

Mata Lizzy membulat sempurna. 'Kau bergurau, Miss Park?!' Dia bercekak pinggang. 'No, no and no. Kita bukan nak ke pertandingan model biasa.' Protesnya.

Aku tersenyum. 'Liz, macam yang aku kata tadi. Kim Mingyu dah selalu sangat hadap semua yang formal-formal ni. Dan aku yakin, kat sana nanti, mesti ramai perempuan yang akan berpakaian formal; tak macam yang aku bercadang nak pakai ni. Aku nak ke sana dengan penampilan sederhana, segar dan kasual. Mungkin dengan pakaian ni, dia akan nampak kelainan pada aku?'

Untuk seketika, Lizzy ternganga. Dia kemudian bertepuk tangan dan berdekah. 'Betul jugak, Chae! Otak kau brilliant—!'

Dan sekarang, aku pula yang ragu. 'Tapi, mungkin jugak aku boleh salah buat keputusan?'

'No! Aku suka percubaan berani kau.' Lizzy mengambil pakaian yang aku maksudkan tadi lalu diletak elok di atas katil. Matanya memerhatikan pakaian yang sudah dibentang di atas tilam itu. Dia kelihatan menilik sesuatu. 'Aku yakin kau akan nampak super cantik dan super seksi nanti.' Kakinya menapak ke rak kasut di mana kasut berjenama dan berharga mahal yang pernah aku beli sewaktu aku masih bekerjaya dahulu. Sepasang stilleto berwarna hitam yang tumitnya berukuran 7cm diambil. Diletakkan kasut itu di atas lantai berdekatan katil lalu dia menapak menghampiriku. Kedua tanganku diraih dan digenggam. 'Let's do it, Park Chaeyoung!'

Aku tersenyum lebar.

♥♥♥

Dan beginilah aku sekarang. Aku tiba di lokasi di mana pertandingan awal akan diadakan dengan mengenakan pakaian ringkas pilihanku tadi. Aku malah sanggup tidak memakai aksesori pada leherku. Menurut Lizzy, tulang selangkaku padanya cantik; walaupun aku sebenarnya lebih yakin dengan kelebihan yang ada pada sepasang kakiku. Rambutku juga sengaja dibiarkan mengurai panjang tanpa diikat.

Teksi yang aku naiki kini memasuki gedung di mana pertandingan mula akan diadakan. Segera aku keluar dari perut teksi selesai membayar tambang. Tatapan mataku tertancap pada seorang lelaki yang juga baru keluar dari perut teksi yang lainnya.

Dia mengenakan seluar denim yang rabak, dengan kemeja-T berwarna kelabu, disertakan jaket kulit. Kelihatannya dia mengalami sedikit kesukaran kerana tidak hanya menyandang beg di belakang tubuhnya, kedua tangannya memegang pelbagai barang; yang dilihat boleh menimpa kepalanya sendiri jika salah tingkah.

Refleks, aku menghampirinya kerana tidak sampai hati melihatnya sedemikian. 'Boleh saya tolong?'

Mendengar suaraku, matanya langsung menatapku. Kelihatannya dia sejenak tertegun menatapku.

'Boleh saya tolong?' Ulangku, dengan senyuman yang biasa aku berikan kepada orang lain. 'Rasanya kita akan ke gedung yang sama.'

Lelaki itu kacak. Bertubuh kurus tinggi. Berhidung mancung. Bermata sepet. Rahangnya yang terbentuk sempurna membuatkan dia bertambah kacak.

'Ah— Err— Ya! Memang saya pun nak ke sana!' Dia tersenyum kekok.

'Kalau macam tu, biar saya tolong.' Tanpa menanti kata balasnya, aku mengambil sebahagian barangan di tangannya.

Berkali-kali dia mengucapkan terima kasih kepadaku sambil kami menapak ke gedung.

'Saya Jun.' Dia memperkenalkan diri.

'Park Chaeyoung.' Aku tersenyum, menoleh menatapnya.

Dia ikut tersenyum.

'Awak bekerja di sini?'

'Yup!' Dia mengangguk. 'Dan awak?'

'Saya datang untuk sertai pertandingan.'

'Sweet Home?' Duganya.

Aku mengangguk dengan senyuman yang masih belum pudar.

'Rasanya lebih baik awak segera ke sana. Pertandingan dah nak mula. Awak boleh letakkan barang tu di sini.' Jun lalu meletakkan barangannya di atas meja hadapan gedung tingkat bawah itu.

Aku hanya menurut. 'Tak apa ke?'

'Tak apa. Terima kasih sebab tolong saya.' Lelaki itu ketawa perlahan. 'Pergilah. Awak ke tingkat tiga, ruang kedua dari arah kanan.' Beritahunya.

Aku mengangguk kuat. 'Thanks!' Kakiku bergegas menapak ke arah elevator.

Dan tanpa ku sedar, dia masih menatapku.

♥♥♥

✬ SW乇乇T HOM乇 ✬ ;
тo вə conтιnυəd...

TERPAKSA BAHAGI DUA PART NI SEBAB JARI² AQ DAH BERPELUH NAK TERUS MENAIP 😅😅😂😂

SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]Where stories live. Discover now