SWEET HOME
19
Leave♥♥♥
Aku tidak tahu berapa lama aku berdiri di pinggir jalan yang gelap dan sunyi itu seperti orang bodoh.
Tiada apa dalam kepalaku.
Aku merasakan segalanya kosong.
Aku memang seperti orang bodoh.
Sebuah SUV hitam muncul dan berhenti tidak jauh dariku secara tiba-tiba. Aku melihat seorang lelaki keluar dari kenderaan itu lalu berlari mendapatkanku. Aku merasakan dia memakaikan jaketnya di tubuhku.
'Tadi saya tengok Mingyu balik ke "Sweet Home" tanpa awak. Jadi, saya fikir—'
Aku tidak dapat mendengar kata-kata yang selanjutnya dari mulut Jun kerana tangisku pecah.
Jun menarikku ke dalam pelukannya. 'Semuanya ok, Chae— Shhh—'
Dan aku menumpahkan segalanya di situ.
'Jun—'
Aku menangis semahu-mahunya.
Mungkin menyedari tangisku sudah tidak seesak tadi, Jun melepaskanku. Dan dia membawaku ke kenderaannya.
Tiada sebarang perbualan sepanjang perjalanan.
Jun seperti memahami situasiku.
Aku memang tidak lagi teresak. Namun, airmataku masih sahaja tumpah.
Seolah enggan berhenti.
'Kita dah sampai.'
Suara Jun membuatku menoleh. Segera aku menanggalkan tali pinggang keledarku dan kembali menatapnya. 'Terima kasih, Jun.'
Lelaki itu mengangguk sekali. Tidak lupa, dia tersenyum hangat.
Kami berdua keluar dari perut keretanya.
'Jaket awak.' Aku menanggalkan jaket Jun lalu memulangkan kepadanya. 'Thanks.'
Jun menyambutnya sambil tersenyum. 'Pergilah ke bilik awak. Tidur. Esok, kita akan bercakap lagi.'
Aku mengangguk lambat. Tubuhku dipalingkan menghadap "Sweet Home". Sewaktu ingin ke teras, refleks aku mendongakkan kepala. Terus menatap kamar Mingyu yang terletak di tingkat dua.
Jelas kelihatan bayangan seseorang sedang berdiri di sebalik tirai jendela. Cahaya lampu kamar itu yang samar-samar tetap membuatkan aku dapat melihat bayangan itu dengan jelas.
Membayangkan Mingyu sedang memerhatikan aku dari situ, sudah tentu dengan hati terlukanya, dadaku kembali sesak.
Betapa aku ingin bergegas mendaki anak tangga, berlari ke kamarnya, memeluk tubuhnya, dan mengatakan padanya bahawa aku ingin memiliki dirinya.
Sepenuhnya...
'Jom, saya hantarkan awak ke bilik.' Mungkin melihat emosiku aku semakin tidak terkawal, Jun bersuara. Bahuku diramasnya perlahan.
Aku menundukkan kepala dari terus mendongak. Dan aku mengikut langkah Jun.
Sekaligus memutuskan hubungan samar antara aku dan lelaki di atas sana.
♥♥♥
Aku sudah tiba di kamarku.
Setelah peserta tinggal tiga orang sahaja, kami tidak lagi berkongsi kamar.
Jadi, aku kini bersendirian.
Tubuhku direbahkan di atas tilam. Seisi kamar gelap dan sunyi itu aku perhatikan. Terbawa suasana, aku kembali teresak.
♥♥♥
Sememangnya aku yang tak ingin berada di sini lagi.
Sememangnya aku yang ingin disingkirkan dan pulang ke rumahku semula.
Sememangnya aku yang meminta Mingyu memenuhi kehendakku.
Namun, apabila lelaki itu mengucapkan 'Maaf, Park Chaeyoung. Awak tersingkir.',
Aku seolah tidak lagi berpijak di tempatku berdiri.
Ya.
Aku sangkakan aku sudah cukup bersedia dengan keputusanku sendiri. Tetapi melihat raut wajah Mingyu yang seakan menahan luka yang ditorehkan aku sendiri, dengan mata berkaca-kacanya menatapku, seolah dia belum lagi bersedia menyingkirkanku pergi.
Aku seperti perempuan murahan yang benar-benar memanfaatkannya. Mengambil kesempatan ke atas kebaikan dan kepercayaannya terhadapku selama ini. Aku telah mempermainkan perasaanya dan setelah itu, aku mencampakkannya begitu sahaja.
'Awak akan pulang, Chaeyoung.' Mingyu kembali bersuara, serak.
Aku membalas tatapan matanya yang sudah kelihatan wujudnya kristal-kristal jernih.
Yang mungkin sedang cuba ditahannya agar tidak jatuh pada saat itu.
Aku berusaha untuk tersenyum. Kakiku cuba untuk melangkah, namun dirasakan sedikit terhuyung. Sempat aku melihat Mingyu berlari ke arahku sebelum pandanganku menjadi gelap sepenuhnya.
♥♥♥
Perlahan aku membuka mataku. Siling di atas kepalaku diperhatikan. Nampaknya aku sudah berada di kamarku. Walaupun kepalaku masih terasa berdenyut-denyut, aku menggagahkan diri untuk bangkit dari pembaringan. Aku melihat Mingyu sedang duduk di sofa yang berada tidak jauh dari hujung katil tempatku berada. 'Awak yang bawak saya ke sini?'
Lelaki itu mengangguk.
Aku menyelak selimut dan menurunkan kedua kakiku dari katil, cuba untuk duduk dengan sopan.
'Memandangkan awak dah bangun, rasanya saya dah boleh pergi. Awak bolehlah kemaskan barang-barang awak,' Mingyu bangkit dari sofa lalu menuju ke pintu kamar.
'Kim Mingyu.'
Langkah lelaki itu terhenti setelah dia sudah memulas tombol pintu kamarku. Tubuhnya dipalingkan menghadapku.
Aku mengetap bibir. 'Selamat tinggal.'
Mingyu mengejapkan rahangnya lama. Dia kemudian tersenyum sekejap. 'Suka hati awaklah.' Tubuhnya dipalingkan kembali dan dia keluar dari kamarku.
Mataku dipejam rapat saat dia menghempas kuat pintu kamar.
Ruangan itu bertukar sepi serta-merta.
Aku menangis lagi.
♥♥♥
✬ SW乇乇T HOM乇 ✬ ;
тo вə conтιnυəd...
YOU ARE READING
SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]
FanfictionSW乇乇T HOM乇 // A RE-MAKE + TRANSLATE FF // ORIGINAL FF - SWEET HOME BY @WiwinSetyobekti ( BAHASA INDONESIA ) REMAKE FF - SWEET HOME BY @Jammie_Mingyu ( BAHASA MELAYU ) current status ; cσmíng ѕσσn [ ] σn-gσíng [ ] híαtuѕ [ ] cσmplєtє [ ✔ ] ×××...