♡ 14 - Words ♡

1.3K 176 31
                                    

SWEET HOME
14
Words

♥♥♥

Petang tadi aku menghubungi Lizzy dan aku diberitahu wanita itu bahawa puteri kesayanganku sedang sakit. Dan aku segera meminta pelepasan untuk pulang sebentar bagi menjenguk keadaan anakku.

Malangnya, pihak "Sweet Home" menolak. Dan Jun juga gagal membantuku.

Tetapi dia berjanji padaku bahawa dia akan cuba meminta pelepasan untukku awal pagi esok, dan dia yang akan hantarkan aku pulang.

Namun, aku tidak mahu dan tidak dapat menunggu lagi. Malamnya aku membuat tindakan nekad ingin menyelinap keluar melalui pintu belakang "Sweet Home". Apa nak jadi, jadilah. Asalkan aku dapat bertemu dengan puteri kecilku. Dengan penuh waspada, aku terhendap-hendap menapak keluar. Saat antara jarakku dan jalan raya di luar sana lebih kurang 500 meter sahaja lagi, satu deheman membuatkan aku hampir terlompat. Mulutku dipekup dan perlahan aku menoleh.

Kelihatan Mingyu sudah berdiri dekat denganku dan menatapku tajam.

'M— Mingyu—' Aku tersenyum kekok. 'A— Apa awak buat di sini? Tengah malam macam ni?' Sisi rambut panjangku diselit ke belakang telinga. Sebaik mungkin aku mengawal riak wajahku padahal aku tahu jika ditorehpun takkan berdarah.

'Sepatutnya saya yang tanyakan soalan ni pada awak, Miss Park.' Lelaki bertubuh tinggi itu bersilang tangan. 'Awak nak cuba lari?'

'Tak! Bukan!' Aku menggeleng deras. 'Sebenarnya saya kena balik.' Jemariku bertaut sesama sendiri.

'Kenapa nak balik?' Soalnya dengan tatapan penuh selidik.

'Rena— Anak saya sakit. Saya dah cuba mintak kebenaran nak balik petang tadi. Tapi tak boleh. Sebab tu lah saya terpaksa—' Aku mengetap bibir. 'Mingyu, saya akan balik kejap je. Anak saya—'

'Ok. Saya hantarkan awak.' Pintas Mingyu cepat.

Mataku melebar. Belum sempat aku bersuara, dia berbicara lagi.

'Tunggu di sini. Saya ambil kereta dulu.'

♥♥♥

Dan kini, di sinilah aku dan Mingyu berada.

Aku melarang Mingyu masuk ke dalam kediaman sewaku kerana sudah tentu aku tidak mahu dia berasa tidak selesa, namun lelaki itu berkeras mahu mengikutiku.

Reaksi Lizzy sewaktu dia melihat Mingyu?

Lebih kurang sama dengan reaksinya melihat Jun sewaktu lelaki kacak itu menghantarku ke kediaman. Atau mungkin, lebih teruja kali ini.

Aku bahkan terpaksa menarik Lizzy yang ingin berada di ruangtamu bersama Mingyu yang sedang duduk canggung di sofa murah kami.

'Oh Tuhan, Chae! Dia manusia atau Malaikat Cinta?!' Soal Lizzy sambil tubuhnya bergerak ke kiri dan kanan, seiring keterujaannya.

Aku mengurut perlahan dahiku.

'Aku ada layan drama di TV baru-baru ni. Ceritanya tentang malaikat yang dibuang ke bumi. Tajuknya Lith—'

Aku memekup mulutnya dan menyeretnya ke kamar Rena. 'Rena macam mana?'

Lizzy menarik nafas sebanyak yang mungkin setelah aku melepaskan mulutnya. 'Dia dah ok, Chae. Tadi aku bawak dia ke klinik. Suhu badan dia pun dah turun. Don't worry, ok?'

Perlahan aku mengangguk. Aku menapak ke pinggir katil anakku dan melabuhkan punggung di pinggir katil. Jemariku mula menyentuh wajah comel Rena, dengan perlahan dan berhati-hati. Aku tidak mahu puteri kesayanganku terjaga.

'Aku ke dapur kejap.'

'Untuk apa?' Soalku perlahan seraya menoleh melihat Lizzy yang sudah hampir keluar dari kamar.

SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]Where stories live. Discover now