♡ Epilogue ♡

1.8K 159 7
                                    

❁ ❁ ❁ EPILOGUE ❁ ❁ ❁

❁ ❁ ❁ EPILOGUE ❁ ❁ ❁

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SW乇乇T HOM乇

❁❁❁ ❁❁❁ ❁❁❁

'Sayang—'

Untuk kesekian kalinya, suara bisikan lembut itu menyapa deria pendengaranku. Aku juga merasakan wajahku sedang disentuh seseorang. Malangnya, kelopak mataku masih terlalu berat untuk dibuka.

'Sayang—'

Aku menahan senyumku saat aku merasakan sesuatu menempel sekejap di permukaan bibirku. Dan itu bermakna aku perlu segera membuka mata, atau.,

'Saya tahu awak dah bangun, sayang. Bukak mata awak. Saya dah cakap kan yang sejak akhir-akhir ni awak sangat seksi? Saya takkan keberatan untuk join awak di atas katil ni. Lagilah saya tak keberatan kalau kita berdua senaman pagi bersama kat sini—'

Itu dia.

Aku lantas membuka mata dan tersenyum lebar. Aku melihat suamiku sedang menopang dagu di pinggir katil, sambil sedia menatapku.

Begitulah setiap pagiku.

Aku akan bangun dengan dikejutkan suaranya.

Dan apabila aku membuka mata, aku melihat dia sedang duduk di atas lantai sambil dagunya ditopang dengan tangannya yang ditempatkan di pinggir katil.

Kim Mingyu.

Dialah suamiku.

Dia sedang tersenyum membalas tatapanku. Terpamer deretan giginya yang menjadi antara kesukaanku, terutama sekali sepasang taringnya yang comel pada pandanganku. Rambutnya kelihatan masih basah dan disisir sembarangan dengan jemarinya. Bau sabun juga menerpa deria hidungku. Nampaknya dia baru selesai mandi.

Kedua tanganku dilunjurkan, 'Tolong—?'

Mingyu ketawa perlahan. 'Baik, permaisuri.' Dia bingkas bangkit berdiri lalu menarik kedua tanganku, membantuku untuk bangkit dari pembaringan.

'Thank you.' Ucapku senang hati. Aku ketawa saat Mingyu mendekatkan sebelah pipinya ke wajahku, meminta "upah" kerana membantuku tadi. Satu ciuman ingin aku hadiahkan ke pipinya, namun, ciuman itu tersasar mengenai bibirnya ketika dia secara tiba-tiba memalingkan wajah menghadapku. 'Jahat!' Omelku.

Dan Mingyu tersenyum suka. 'Saya dah sediakan air suam dalam tab. Sarapan pun dah siap. Awak nak makan kat sini atau kat bawah?' Soalnya seraya kembali berdiri tegak. Rambutnya disisir lagi dengan jemarinya.

'Saya turunlah lepas mandi nanti.' Jawabku yakin.

Kadangkala, aku akan bersarapan bersama Mingyu di kamar jika aku malas atau tidak berupaya untuk turun ke ruang makan di tingkat bawah kediaman. Begitu juga kelmarin.

Tetapi untuk pagi ini, aku ingin bersarapan di bawah sahaja.

Mingyu mengangguk. 'Ok-lah kalau macam tu. Saya tunggu awak di bawah.' Dia membantu aku untuk turun dari katil pula.

SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]Where stories live. Discover now