SWEET HOME
11
His Ex♥♥♥
Aku menutup semula pintu kamar setelah menapak masuk ke situ. 'Hey—' Sapaku saat melihat Jiyeon sedang asyik menghadap notebook-nya sambil duduk bersila di atas katilnya.
'Hey!' Balasnya seraya menatapku sejenak. Setelah memberikan senyuman manis untukku, dia kembali fokus pada skrin alat elektronik itu.
Aku tersenyum. Kakiku melangkah lagi menghampiri katil Jiyeon, lalu melabuhkan punggungku di pinggir katil tersebut. Mataku memerhatikan gadis cantik yang masih asyik sibuk dengan kerjanya itu.
Ya.
Pihak staff "Sweet Home" membenarkan para peserta membawa notebook masing-masing memandangkan ramai peserta merupakan individu bekerjaya dan sukses di luar sana. Namun, hanya dibenarkan tanpa ada akses internet.
Dan Jiyeon adalah antara individu yang dimaksudkanku tadi. Untuk seketika, aku kagum terhadapnya.
Dia bukan sahaja cantik, tetapi bijak, tenang, rasional juga tidak sombong.
Dan aku yakin dia datangnya dari keluarga kaya-raya. Lihat sahajalah pakaiannya yang berjenama, caranya berpenampilan, juga perhiasannya. Untuk anting-anting yang sedang berada di telinganya kini, aku jamin bahawa nilai hanya sebelah anting-anting itu mampu membeli sebuah kediaman sederhana mewah.
'Dengarnya, Irene pengsan?'
Suara halus Jiyeon menyentakkan aku yang masih memerhatikannya. Aku mengangguk perlahan. 'Ya. Mingyu dah bawak dia dan dia akan panggilkan doktor untuk rawat Irene.'
Jiyeon mengangguk-angguk. 'Jangan bimbang, Chae. Ada sebuah klinik di tingkat bawah. Doktor peribadi keluarga Mingyu sangat bagus. Irene mesti tak apa-apa.'
Aku mengetap bibir. 'Boleh— Saya tanya awak sesuatu?' Soalku sedikit ragu.
Anak mata Jiyeon bergerak menatapku. Dia tersenyum manis. 'Boleh. Apa dia?'
'Kenapa— Awak sertai pertandingan ni?' Soalku dengan senyuman kekok. Aku tahu aku menanyakan soalan bodoh.
Soalan yang sudah tentu jawapannya hanya satu.
'Untuk memenangi hati Mingyu.'
Jawapan itulah yang dimaksudkan aku.
'Sama macam awak dan peserta lain, Chae.' Sambung Jiyeon, masih dengan senyuman menyenangkannya.
Perlahan bibirku menarik senyum.
Kekok lagi.
'Awak memang dah kenal dengan dia?' Soalku lagi. 'Saya tengok awak macam pernah ke sini sebelum ni. Maksud saya— Awak macam pernah kenal Mingyu secara dekat. Lebih kurang—?' Aku tersengih.
Jiyeon ketawa perlahan mendengar soalan yang baru terbit dari mulutku. Dia menutup notebook-nya. Duduknya diperkemas dengan dia menghadap aku. 'Awak tahu? Saya sukakan awak, Chae.'
Dahiku berkerut.
'Memang saya dan Mingyu dah saling kenal sebelum ni.'
Nah.
Dugaanku selama ini tepat.
Memang sebelum ini aku memerhatikannya seolah sudah pernah ke sini. Maksudku, dia seperti sudah hafal selok-belok kediaman yang kini menjadi lokasi "Sweet Home" ini. Bukan hanya itu, aku sedar caranya berbual bersama Mingyu kelihatan seolah mereka sudah pernah akrab, pernah kenal dengan lebih dekat sebelumnya. Staff "Sweet Home" juga bagaikan teman-temannya.
Mataku membulat. 'Daebak!'
'Dan kami sebenarnya pernah jalinkan hubungan istimewa, bercinta—' Sambung gadis cantik itu lagi.
YOU ARE READING
SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]
FanfictionSW乇乇T HOM乇 // A RE-MAKE + TRANSLATE FF // ORIGINAL FF - SWEET HOME BY @WiwinSetyobekti ( BAHASA INDONESIA ) REMAKE FF - SWEET HOME BY @Jammie_Mingyu ( BAHASA MELAYU ) current status ; cσmíng ѕσσn [ ] σn-gσíng [ ] híαtuѕ [ ] cσmplєtє [ ✔ ] ×××...