SWEET HOME
07
Attention♥♥♥
Tuutttt—
'Chae!' Kedengaran suara teruja Lizzy di talian.
Aku tersenyum. 'Liz. Apa khabar Rena?'
'Dia sihat, Chae sayang.' Gadis itu mengekek. 'Baru je tidur princess tu.'
Aku mengangguk-angguk seolah Lizzy dapat melihat tingkahku.
Setiap hari, para peserta dibenarkan membuat panggilan untuk ahli keluarga maksima 5 minit. Dan pastinya aku akan memanfaatkan kesempatan ini untuk menelefon Lizzy dan menanyakan khabar puteri kesayanganku.
'Minggu depan aku boleh balik rumah kejap.' Aku mengetap bibir.
'Baguslah. Kami akan tunggu.' Gadis di seberang sana merespon. 'Err— Chae, aku rajin online sejak kau join "Sweet Home" ni. Dan aku tengok nama kau selalu duduk di bottom. Apa dah jadi ni, babe?'
Aku mengangkat bahu. 'Kau pun tengok siapa saingan-saingan aku. Memang patut aku selalu berada di ranking tercorot.'
'Babe. Bukan soal tu. Kau tu. Kau kurang menonjol, dear. Waktu dah makin suntuk. Kau perlu aggresif sikit. Jangan ikut sangat flow tu. Tonjolkan diri kau. Buat Mingyu nampak kau. Buat penonton lebih nak tahu pasal kau.'
'Tapi, macam mana—?'
'Park Chaeyoung. Ini pertandingan, kan? Setiap orang ada cara, kelebihan, atau mungkin trick masing-masing. Macam Syaitan Rubah tu. Aku yakin dia gunakan banyak taktik nak buat diri dia menonjol. Urgh—'
Aku ketawa perlahan mendengar suara jelik Lizzy. 'Tapi tu betul.'
'Jadi? Kalau dia boleh buat, kau pun boleh, dear. Bangkit, Chae! Bangkit!'
♥♥♥
Aku menggosok kepalaku sedikit kasar. Puas membiarkan rambutku bersalut buih shampoo, aku segera membilas rambutku. 'Kau boleh, Chae—' Sambil memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri, aku mempercepatkan mandianku. Setelah itu, aku bergegas mengeringkan tubuh dan memakai pakaian kasual.
Sejak perbualan telefonku dengan Lizzy tempoh hari, otakku mengusulkan pelbagai strategi. Namun, aku perlu membuat pilihan terbaik dan memperhaluskannya. Sekarang, aku sudah bersedia untuk melaksanakannya.
Petang itu, kami dibenarkan membuat aktiviti bebas.
Dan aku memlilih untuk ke kolam renang; kerana aku tahu Jennie juga mungkin akan berada di sini. Walau ini hanya firasatku, lebih baik aku mengikut sahaja.
YOU ARE READING
SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]
FanfictionSW乇乇T HOM乇 // A RE-MAKE + TRANSLATE FF // ORIGINAL FF - SWEET HOME BY @WiwinSetyobekti ( BAHASA INDONESIA ) REMAKE FF - SWEET HOME BY @Jammie_Mingyu ( BAHASA MELAYU ) current status ; cσmíng ѕσσn [ ] σn-gσíng [ ] híαtuѕ [ ] cσmplєtє [ ✔ ] ×××...