SWEET HOME
15
Bad♥♥♥
'Chaeyoung— Awak ok?'
Aku yang sedang berada di ruangan mencuba gaun menoleh ke arah sumber suara. 'Jun—? Saya ok je. Kenapa?' Soalku kembali sambil tatapan mataku kembali pada gaun di tubuhku yang bakal dipakai aku malam nanti. Aku melihat biasan imej penuhku di cermin besar berhadapanku pula.
'Awak nampak pucat. Awak pasti awak ok?' Jun nampaknya seakan belum berpuas hati.
Mungkin kerana aku tiada semangat sepanjang hari ini, aku kelihatan seperti mayat hidup. Di kamar tadi pun aku ditegur Jiyeon dan Irene yang mengatakan aku kelihatan tidak sihat.
'Saya ok, Jun.' Sekali lagi aku meyakinkan. Berpuas hati dengan gaun di tubuhku, aku menapak ke dalam bilik persalinan untuk menanggalkan gaun itu dan kembali memakai pakaian asalku.
'Tentang janji saya tu. Maaf. Saya baru teringat yang saya perlu ganti krew yang bercuti kelmarin. Jadi saya tak dapat hantarkan awak balik untuk jenguk Rena, Chae—' Kedengaran suara itu dari luar.
Aku yang sedang memakai kembali pakaianku dalam keadaan sedikit tergesa-gesa tersenyum. 'Tak apa, Jun. Saya dah call Lizzy. Rena dah makin membaik.' Aku keluar dari bilik persalinan. Gaunku disangkut bersama deretan gaun yang lain di ruangan yang telah disediakan.
Jun mengangguk-angguk. Dia masih menatapku. 'Malam ni, seorang peserta akan disingkirkan. Dan akan tinggal top-3. Jujur, saya akan senang hati kalau awak—' Bahunya dijungkit. 'Tapi itu akan jadi pilihan Mingyu.'
Aku tersenyum nipis. Dalam hati kecilku berdoa agar aku akan disingkirkan malam ini.
'Ah— Chae, saya—'
Fokus aku untuk mendengar bicara Jun yang seterusnya hilang apabila aku perasan satu susuk lampai melalui luar ruang percubaan gaun itu. 'Mingyu!' Laungku sedikit kuat. Aku kembali melihat ke arah Jun. 'Maaf, Jun. Saya ada sesuatu nak cakap dengan dia. Jumpa nanti.' Sempat aku melihat tatapan kecewa di wajah lelaki kacak itu, namun aku tetap pergi. Aku berlari kecil mengejar langkah panjang Mingyu. 'Mingyu, saya—'
'Kalau ada apa-apa nak cakap, di pejabat saya.' Katanya tanpa menoleh.
♥♥♥
Dan kini, di sinilah aku dan Mingyu berada.
Di pejabatnya.
'Apa perkara penting yang awak nak cakap pada saya, Miss Park?' Soalnya perlahan. Dia sedang duduk di hujung meja kerjanya dengan bersilang tangan.
Aku yang sedang berdiri menghadapnya mengetap bibir. 'Tentang— Tentang permintaan saya malam tu—' Kata-kata yang ingin aku tuturkan sudah tiada. Suaraku juga bagaikan hilang begitu sahaja.
Melihat keadaanku, hujung bibir Mingyu mengukirkan senyum.
Sinis.
'Hantarkan awak balik? Heh— Awak fikir awak siapa nak arah saya itu dan ini?'
Aku menggigit kuat bibir bawahku. Bahkan aku hampir merasakan darahku sendiri.
'Kim Mingyu; saya yang berkuasa untuk pertandingan ni. Nak kekalkan siapa, nak singkirkan siapa, itu hak saya. Bukan hak krew-krew, bukan hak peminat, dan yang paling pasti—' Dia turun dari meja dan menapak mendekatiku. Wajahnya didekatkan ke wajahku, namun tidak terlalu hampir. 'Bukan hak awak, Park Chaeyoung.'
Aku memalingkan wajah. Dan telingaku mendengar dia ketawa sinis lagi.
'Awak fikir dengan awak serahkan tubuh awak pada saya malam tu, saya akan tunduk pada awak? Ikut telunjuk awak?' Dia menapak mundur. Dan kembali bersilang tangan. 'Park Chaeyoung.'
Walau enggan, aku tetap kembali menatap lelaki itu.
'Sekurang-kurangnya saya perlu tiduri awak beberapa kali lagi lepas ni, barulah awak boleh buat permintaan. Anggaplah saya sedang buat tawaran pada awak. Awak kena ingat. Tak ada benda percuma dalam dunia ni, Chae—'
Senyuman sinisnya benar-benar menyakitkan hatiku.
Apatah lagi dengan kata-kata hinaannya untukku tadi. Menggeletar kedua tanganku digenggam. Jika boleh, aku mahu mara ke arahnya dan menamparnya sekuat hatiku.
Tapi.
Layakkah aku?
Padahal aku yang memulakannya malam itu.
Aku yang memintanya menyentuhku.
Bahkan aku menikmati saat-saat percintaan antara aku dan dia pada malam itu.
Dan aku sampai membuat permohonan di dalam hati supaya malam itu tiada penghujung.
Aku yang bertingkah seperti perempuan jalang di hadapannya.
Dan sekarang, aku sedang ditatap dan dilayan seperti perempuan jalang.
Merasakan niatku berjumpanya untuk membahaskan soal pemintaan aku tempoh hari adalah sia-sia, aku membalikkan tubuh dan mula melangkah.
'Dengar, Park Chaeyoung.'
Dan langkahku terhenti. Tapi aku tidak sanggup memalingkan tubuh dan menghadapnya lagi.
'Awak akan terus kekal dalam rancangan ni hingga finale. Jadi lupakan angan-angan awak untuk tersingkir dari pertandingan ni. Ingat baik-baik.'
Untuk beberapa saat, aku memejam rapat mataku. Terasa pipiku sudah basah. Dengan longlai, aku meneruskan langkah keluar dari pejabat itu, dan kembali ke kamar.
♥♥♥
✬ SW乇乇T HOM乇 ✬ ;
тo вə conтιnυəd...
YOU ARE READING
SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]
FanfictionSW乇乇T HOM乇 // A RE-MAKE + TRANSLATE FF // ORIGINAL FF - SWEET HOME BY @WiwinSetyobekti ( BAHASA INDONESIA ) REMAKE FF - SWEET HOME BY @Jammie_Mingyu ( BAHASA MELAYU ) current status ; cσmíng ѕσσn [ ] σn-gσíng [ ] híαtuѕ [ ] cσmplєtє [ ✔ ] ×××...