SWEET HOME
12
I Guess I Need You♥♥♥
Aku keluar dari perut kereta setelah Mingyu membukakan pintu kereta di bahagian penumpang hadapan untukku. Dan aku menerima sejambak ros.
'Stage name awak waktu awak jadi model dulu Rose; Roseanne, kan?'
Aku terkedu.
Dia tahu?
Perlahan tanganku bergerak, menyambut huluran jambangan itu. Aku tidak pasti aku sedang tersenyum atau tidak. Ini kerana aku masih lagi bingung dengan situasi yang sedang terjadi.
Dia lalu berdiri di sampingku, memaut belakang tubuhku, dan memintaku mula membuka langkah.
Bersamanya.
Kami sama-sama menapak menuju ke kotej mini yang terletak di pinggir tasik.
Dan saat aku sudah berpijak di dalam kediaman kayu itu, aku berasa kagum. 'Hebat—' Ungkapku antara dengar dan tidak.
'Awak suka?' Soal Mingyu, dengan tatapannya melekat melihatku.
Perlahan aku mengangguk.
Mingyu menapak menjauhiku sebentar dan menanggalkan kotnya. Kini, sehelai kemeja berjenama berwarna putih dan agak mengikut bentuk tubuh tinggi dan tegapnya mencuri perhatianku. Dia bahkan menanggalkan dua butang teratas kemeja itu.
Sumpah.
Dia kelihatan begitu seksi.
Aku hanya tersedar apabila dia menghulurkan segelas minuman untukku.
Sirap lagi?
'Awak pun sukakan sirap? Sebab awak sediakan di sini, dan di pejabat awak jugak.' Soalku seraya mengambil gelas berisi sirap berperisa framboise itu.
Senyuman mekar lagi di bibir gebunya. 'Tak. Saya sediakannya untuk awak.'
Aku tersenyum pendek. Tidak selesa terus diperhatikannya sedemikian, aku meneguk sekali teguk minumanku dan mengalih tatapan, melihat sekitar kediaman kayu ini. 'Kru tak datang lagi?'
'Tak akan datang.'
Mendengar itu, aku kembali menatap Mingyu.
Dia sudah berdiri dekat denganku. Gelas di tanganku diambil dan diletakkan di atas perabot hiasan berdekatan. Sebelah tangannya diangkat, menyentuh pinggir leher di balik rambut panjangku.
'K— Kenapa?' Aku yakin suaraku mungkin tidak kedengaran.
Mingyu tersenyum lagi. Wajahnya didekatkan ke wajahku.
Dan aku menggenggam kuat kedua tanganku sendiri saat pucuk hidung kami bersentuhan.
'Rasanya saya dah cakap ni. Saya nak kenal awak dengan lebih dekat lagi, Park Chaeyoung.' Ungkapnya separa berbisik.
Terdetik di hatiku mungkin juga dia melakukan perkara yang sama terhadap peserta lain sewaktu mereka berduaan.
Berbual mesra, bersentuhan, berciuman, dan mungkin...
YOU ARE READING
SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]
FanfictionSW乇乇T HOM乇 // A RE-MAKE + TRANSLATE FF // ORIGINAL FF - SWEET HOME BY @WiwinSetyobekti ( BAHASA INDONESIA ) REMAKE FF - SWEET HOME BY @Jammie_Mingyu ( BAHASA MELAYU ) current status ; cσmíng ѕσσn [ ] σn-gσíng [ ] híαtuѕ [ ] cσmplєtє [ ✔ ] ×××...