SWEET HOME
20
Home♥♥♥
Aku kini berada di dalam perut teksi. Pandanganku dibuang ke luar tingkap. Sekeping kad nama di tanganku dikeronyokkan.
Itu adalah kad nama kepunyaan Encik Boo.
Sewaktu aku ingin keluar dari "Sweet Home" tadi, dia sempat datang berjumpaku dan memberikan kad namanya.
"Fikir baik-baik, Chae. Awak dah ada nama. Awak dah popular sekarang. Walaupun awak terkeluar dari pertandingan Sweet Home ni, saya percaya awak masih boleh cipta nama lagi dengan jadi model atau mungkin pelakon. Saya boleh uruskannya untuk awak nanti. Hubungi saya, ya?"
Aku mengetap bibir.
Popular.
Cipta nama.
Itu yang pernah aku angankan.
Untuk sebab itu juga aku mencuba nasib dengan menyertai "Sweet Home".
Aku sudah dapat semuanya.
Namun, aku tetap berasa kosong.
Ada sesuatu yang aku tidak peroleh.
Kim Mingyu.
♥♥♥
Aku menyeret bagasiku menuju ke muka pintu sebuah kediaman.
Di hadapanku kini ialah kediaman di mana Lizzy dan Rena tinggal setelah keluar dari kediaman sewa lama kami.
Tempat tinggal baru sementara ini jauh dari keramaian dan kebisingan pekan. Ini terbukti apabila aku perlu turun naik kenderaan awam sebanyak tiga kali.
Sebelah tanganku diangkat, lalu punat loceng pintu ditekan dua kali.
Daun pintu dibuka dari dalam beberapa ketika kemudian.
'Chae?! Oh Tuhan!' Lizzy memelukku erat.
Aku juga.
'Masuk, babe.'
Pelukan dileraikan dan bagasiku diambil Lizzy.
Aku menurut. Sebaik sahaja Lizzy masuk, aku menutup semula daun pintu.
'Kau ok?' Soal Lizzy setelah menempatkan bagasiku berdekatan sofa.
Aku sekadar mengangguk kecil. Jemariku bermain sesama sendiri. 'Rena—'
'Si kecik tu baru je tidur, Chae—' Lizzy tersenyum. Dia menapak mendekatiku. Jemariku diramasnya. 'Kau tak ok, kan?' Duganya sambil menatapku dalam.
Aku akhirnya mengangguk. Sekejap sahaja airmataku jatuh.
'Oh, Chae—' Lizzy mengetap bibir.
'Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang, Liz. Aku nak menangis, aku nak menjerit, aku—' Tangisku meledak. Merasakan tubuhku kini dipeluk erat Lizzy, aku memejam rapat mataku. 'Aku kecewa, Liz. Aku sakit. Benda yang aku paling takut betul-betul terjadi sekarang, Liz. Aku dah jatuh cinta pada dia. Aku dah jatuh cinta pada Mingyu—'
'Shh— Sabar, Chae—'
♥♥♥
'Sekarang, apa yang kita nak buat?'
Aku melihat ke arah Lizzy yang sedang berpeluk tubuh sebentar.
'Omma!'
Dan aku kembali menumpukan perhatian pada puteri cilik di dalam dukunganku. 'Ya, Rena sayang—' Pipinya aku cium berkali-kali. Sungguh aku merindui si kecil ini.
'Kita takkan nak terus bersembunyi di sini, Chae. Aku perlu bekerja. Kau, Rena, kita perlukan duit untuk teruskan kehidupan kita, Chae.' Ucap Lizzy lagi.
Aku tersenyum tawar. 'Aku akan cari kerja nanti. Tapi aku tak nak lagi kembali ke dunia hiburan tu.'
'Tapi, Chae—'
Dingdong—
Lizzy mengeluh perlahan, sementara aku menatapnya hairan kerana setahuku kediaman ini tiada siapa yang tahu melainkan kami sendiri. 'Aku ada pesan pizza tadi. Aku pergi bukak pintu.' Dia lantas menapak keluar dari kamar.
Mendengar itu, barulah aku berasa lega. Tumpuanku kini pada Rena. Melihat tangan mungil itu sibuk menarik rantai yang terkalung di leherku, aku tersenyum. 'Rena rindu omma, hmm?'
'Chae!'
Laungan Lizzy membuatku menoleh ke pintu kamar. Aku segera menapak meninggalkan kamar dan ke ruangtamu. Melihat siapa yang sedang berdiri di samping Lizzy, aku mengetap bibir.
'Aku tunggu di luar. Korang berbuallah.' Tanpa menanti kata balasku, Lizzy keluar dari kediaman lalu menutup pintu.
Meninggalkan aku bersama anakku.
Dan Daniel.
'Macam mana awak tahu saya ada di sini?' Soalku dingin.
Rena di dukunganku menuding jarinya ke arah Daniel. Mungkin dia ingin bertanya siapa tetamunya pada petang itu.
'Hey, cantik—' Daniel mendekatiku dan ingin menyentuh si kecilku.
Namun segera aku menjauhinya. 'Awak belum jawab soalan saya.'
'Saya upah orang, Chae. Dan bila saya dapat tahu yang sekarang awak tinggal di sini, saya terus ke sini.' Beritahu Daniel sambil menatapku dalam, mungkin berharap agar aku mempercayai kata-katanya.
Aku sekadar menghela perlahan nafasku. Aku melihatnya kembali menatap Rena di dukunganku. Dan aku yakin, matanya kelihatan berkaca-kaca.
'Ini— Anak saya?'
♥♥♥
✬ SW乇乇T HOM乇 ✬ ;
тo вə conтιnυəd...
YOU ARE READING
SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]
FanfictionSW乇乇T HOM乇 // A RE-MAKE + TRANSLATE FF // ORIGINAL FF - SWEET HOME BY @WiwinSetyobekti ( BAHASA INDONESIA ) REMAKE FF - SWEET HOME BY @Jammie_Mingyu ( BAHASA MELAYU ) current status ; cσmíng ѕσσn [ ] σn-gσíng [ ] híαtuѕ [ ] cσmplєtє [ ✔ ] ×××...