SWEET HOME
24
The Fact Is... [FINALE]♥♥♥
Dadaku tiba-tiba terasa sesak.
Mataku terasa panas.
Kakiku melemah.
Kad undangan itu aku simpan ke dalam sampulnya kembali dan diletakkan di atas meja mini bar. Dengan senyuman yang entah bagaimana rupanya, aku menatap Jiyeon lagi. 'Tahniah. Tapi, nampaknya saya tak dapat datang. Maaf—'
'Park Chaeyoung.' Jiyeon mencapai kedua belah tanganku lalu digenggamnya erat.
Sungguh.
Tatapan matanya menusuk ke dalam mataku.
'Saya tahu berlaku sesuatu antara awak dan dia. Awak dan dia saling mencintai, kan?' Soal Jiyeon.
Aku ketawa perlahan.
Hambar.
'Tak mungkinlah. Dia dah pilih awak. Itu faktanya. Kenyataannya—' Aku menarik kembali tanganku dari pegangannya. Tatapanku dilarikan dari terus menerima panahan mata cantik Jiyeon. 'Kenyataannya awaklah pemenang, Jiyeon. Dia dah pilih awak. Awak dan dia bakal berkahwin.'
'Chae—'
'Awak cintakan dia, kan?' Aku kembali menatap Jiyeon.
Dan perlahan Jiyeon mengangguk.
Sekarang, giliran aku menapak mendekatinya, memegang kedua belah bahunya. 'Tujuan awak sertai "Sweet Home" ialah nak dapatkan Mingyu balik. Dan sekarang, awak dah berjaya, Jiyeon-ah. Teruskan perkahwinan ni. Awak akan bahagia. Dia lelaki yang baik. Dia akan buat awak bahagia.'
'Saya akan bahagia?' Soal Jiyeon kembali. Kedua lenganku disentuhnya. 'Chae. Jangan tipu saya. Awak cintakan dia. Dan dia cintakan awak. Percayalah. Sampai sekarang Mingyu masih teringatkan awak. Awak rasa saya akan bahagia? Saya hanya akan dapat dia, diri dia, bukan hati dia, Chae—' Bibir bawahnya diketap. Suaranya juga sudah bergetar. 'Saya tak tahu saya akan bahagia atau tak kalau perkahwinan tu tetap berlangsung. Saya akan dapat Mingyu.' Dia tersenyum dengan mata memerahnya. 'Tapi Mingyu takkan bahagia.'
Aku kehabisan kata. Kedua tanganku di bahu Jiyeon dijatuhkan dan segera aku mengesat cairan jernih yang mula membasahi pipiku.
'Anggap ini episod akhir "Sweet Home". Datang ke majlis kami nanti. Kalau dia tetap dengan keputusan untuk teruskan perkahwinan kami lepas nampak awak, saya akan pertahankannya. Kalau dia pilih untuk lepaskan saya dan dapatkan awak, saya menyerah. Awaklah pemenangnya.' Jiyeon tersenyum. Sempat menyentuh dan menggenggam jemariku, dia lalu meminta diri dan menapak keluar dari butikku.
Aku menguak rambut panjangku. Kepalaku sedikit didongakkan dan mataku dipejam sebentar. Setelah itu, aku berjalan menuju ke arah manekin, memperkemaskan pakaian yang tersarung di situ.
'Tadi tu bakal isteri Mingyu, kan?'
Aku sekadar berdehem mengiyakan pertanyaan Daniel yang baru sahaja masuk ke dalam butik.
'Dia jemput awak?' Soalnya lagi.
Aku menghentikan kerjaku dan menoleh menatapnya yang sedang membelek pakaian di manekin berhampiranku. 'Ya.'
'Awak nak pergi?' Daniel kemudian menoleh.
Lalu tatapan mata kami bertembung.
Aku mengetap bibir. 'Tak. Saya sibuk hari tu.'
'Lah sangat.' Daniel tersenyum. Dia menghampiriku dan menarik kedua belah tanganku. 'Pergi, Chae.'
'Untuk apa?' Soalku kembali.
YOU ARE READING
SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]
FanfictionSW乇乇T HOM乇 // A RE-MAKE + TRANSLATE FF // ORIGINAL FF - SWEET HOME BY @WiwinSetyobekti ( BAHASA INDONESIA ) REMAKE FF - SWEET HOME BY @Jammie_Mingyu ( BAHASA MELAYU ) current status ; cσmíng ѕσσn [ ] σn-gσíng [ ] híαtuѕ [ ] cσmplєtє [ ✔ ] ×××...