♡ 04 - Trauma ♡

1.2K 196 20
                                    

SWEET HOME
04
Trauma

♥♥♥

"Dia lulus. Saya nak kenal dia dengan lebih jauh."

Tanpa aku sedar, aku sedikit ternganga.

Lelaki itu yang bersuara.

Lelaki itu yang meluluskan pemilihanku.

Kim Mingyu yang ingin mengenali aku dengan lebih jauh.

Lebih jauh.

Puan Lee menarik wajah. Dia mengerlingku jijik. 'Tapi—' Dan dia kembali menatap Kim Mingyu dengan tatapan protes.

'Saya dah cakap. Dia lulus. Jadi, dia layak ke pusingan yang seterusnya.' Tegas kata-kata lelaki bersuara dalam itu, setegas tatapan yang diberi mata tajamnya.

Puan Lee mengangguk lemah. Namun, dia masih sempat mengerlingku lagi.

Tajam.

Dan penuh rasa menyampah.

Mungkin dia tidak tahu, aku juga rasa menyampah terhadapnya.

Bunyi pintu cermin bergeser membuatku menoleh.

Mingyu menapak ke sana semula setelah pintu itu dibuka oleh seorang pemuda.

Sebelum pintu itu bertutup rapat, aku segera melaung, 'Terima kasih!'

Dan lelaki bertubuh tinggi itu membalas ucapanku dengan seulas senyum nipis.

Lalu pintu cermin itu tertutup sepenuhnya.

Aku kembali menatap ke arah juri. Sungguh aku tidak mengawal rasa gembiraku. Aku bersorak senang sambil melangkah penuh bersemangat pergi dari situ.

Biarlah Mingyu mungkin melihat itu dari dalam sana. Yang terpenting sekarang ialah aku sudah layak ke pusingan seterusnya. Dan aku perlu mencari jalan agar aku lebih dapat memperoleh perhatian dia.

Kim Mingyu.

♥♥♥

Aku kini sudah memasuki kediaman sewaku. Mataku mencari kelibat sahabat baikku. Kakiku terus menapak ke dapur.

Dan itu dia...

'Lizzy!!' Tanpa mempedulikan wanita yang sedang mencuci pinggan mangkuk di sink, aku menerpa ke arahnya dan memeluknya erat.

Lizzy ternganga, dan membatu.

'Cuba teka! Aku layak ke pusingan seterusnya, Liz! Aku lulus tadi!!' Jeritku gembira.

Lizzy menoleh ke samping. Tidak berpuas hati, dia menarik lenganku yang mengikat tubuhnya lalu dia memalingkan tubuh menghadapku. 'Serius?' Soalnya lemah.

Seakan tidak percaya.

'Serius, Lizzy! Aku layak ke pusingan seterusnya!!' Aku melompat suka.

Dan Lizzy ikut melompat. Kedua tangannya mencapai tanganku. 'Hebat! Kau memang hebat, Chae!! Wah!'

'Kau nak tahu apa yang lebih hebat?!' Aku berhenti melompat, Lizzy juga.

'Apa?' Soalnya sedikit mengah.

'Kim Mingyu! Dia ada di situ!'

'Wah!! Dan?'

'Dia yang buat aku terpilih! Dia yang pilih aku!!' Aku kembali melompat.

Lizzy tidak lagi mahu melompat. 'Aku baru sudah makan. Nanti nasi keluar balik dari mulut.' Wanita itu menyeringai.

Jadi, aku pun berhenti melompat.

'Chae, aku tahu kau boleh.' Lizzy menepuk kedua belah pipiku.

Aku hanya mengangguk beberapa kali.

'Teruskan berusaha, dan buat Kim Mingyu jatuh cinta pada kau jugak!' Ungkapnya diakhiri jeritan histeria.

Aku hanya berdiam.

Menyedari aku tidak gembira, dia berdehem.

'Kau tahu kan aku tak berniat nak cari suami lagi? Aku tak boleh lupakan apa yang dah aku alami. Aku tak nak bersama dengan mana-mana lelaki lagi buat masa ni. Aku trauma, Liz.'

Lizzy mengetap bibir. 'Ok. Sorry. Aku tak sepatutnya rosakkan mood kau.' Dia tersenyum kekok. 'Jadi— Bila kau akan start tinggal di sana, di "rumah manis" kau tu?'

'Esok.' Aku tersenyum.

'Kita ke rumah Hwa Ahjumma untuk ambil Rena. Dan lepas tu, kita berkemas!'

♥♥♥

Aku melipat pakaian yang ingin dibawa ke kediaman di mana lokasi pertandingan itu akan berjalan lalu memasukkannya ke dalam bagasi. Sesekali aku melirik ke arah Lizzy yang sedang mendukung Rena.

Puteri cilik itu asyik dengan botol susunya. Mata bundarnya juga beberapa kali terpejam lalu dibuka semula. Dia nampaknya sudah mengantuk.

'Perempuan yang datang bertanding tadi cantik-cantik?' Soal Lizzy sambil memerhatikan aku.

'Sangat. Aku sampaikan tak yakin yang aku dapat bertahan lebih lama dalam realiti TV ni, Liz.' Aku menyelitkan sisi rambutku ke belakang telinga. Kerjaku diteruskan. 'Dan kau teka, aku jumpa siapa di sana?'

Lizzy duduk di pinggir katil. Dia meriba Rena.

Anak kecil itu terus sahaja lena sambil pehanya ditepuk perlahan tangan Lizzy.

'Siapa?' Soal Lizzy kembali.

'Jennie.' Aku berpeluk tubuh setelah selesai berkemas.

'Kim Jennie?!' Soal Lizzy tidak percaya. Melihat aku mengangguk, wanita itu menghela berat nafasnya. 'Kecil dunia ni, kan? Sampai kau jumpa balik dengan syaitan betina tu.'

Aku menjungkit bahu sambil ketawa perlahan.

'Dia layak ke pusingan seterusnya?' Soal Lizzy dengan harapan jawapannya ialah "tidak".

'Aku tak tahu. Apapun, esok aku akan jumpa dia kalau dia terpilih. Tapi aku rasa, dia mesti terpilih. Dia kan cantik, seksi-'

Lizzy mengetap bibir. 'Tapi dia syaitan. Kau dah lupa apa yang dia dah buat pada kau dulu?'

Aku mengangguk. Sudah tentu aku takkan lupakannya. Akulah yang menyebabkan impiannya untuk menjadi model hancur.

Tetapi dia juga puncanya.

Jika dia tidak cuba mensabotajku, aku tidak akan mengambil tindakan terhadapnya.

Cuma aku tidak menyangka bahawa gara-gara aku yang melaporkan perbuatan sabotajnya terhadap aku sewaktu di pertandingan Seoul Top Model dahulu, semua agensi model menyenaraihitamkan nama Jennie.

Dan setelah kepergian Jennie, aku pula mengundurkan diri dari dunia permodelan kerana hamil dua bulan.

Lebih malang lagi, bapa kepada kandunganku saat itu tidak mahu bertanggungjawab.

♥♥♥

✬ SW乇乇T HOM乇 ✬ ;
тo вə conтιnυəd...

SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]Where stories live. Discover now