♡ 13 - Too Much♡

1.1K 184 26
                                    

SWEET HOME
13
Too Much

♥♥♥

Kami memutuskan untuk kembali ke kotej lebih awal memandangkan tubuh kami berdua sudah lencun dari hujung kaki ke hujung kepala. Sepanjang perjalanan, masing-masing enggan mengalah menyalahkan lawan masing-masing.

'Awak punca kita terpaksa balik kotej lebih awal.' Omelku.

'Saya pulak yang kena?' Mingyu sengaja bersuara jengkel. Jemarinya menyisir rambut lebatnya yang basah. 'Awak yang mulakannya, Chae—'

Aku mengetap bibir. 'Tapi awak balas lagi teruk. Saya hanya percikkan awak air. Awak pulak basahkan saya.' Leterku enggan mengalah.

'Awak simbah saya.' Mingyu mengecilkan matanya saat aku menoleh ke sisi untuk melihatnya.

Dan entah kenapa, aku ingin ketawa melihat rupanya saat itu. Setibanya di tangga kotej, dengan tergesa-gesa aku memanjatnya. Mungkin kerana tidak berhati-hati, ditambah pula dengan kasutku yang basah, aku tergelincir dan tubuhku hampir sahaja terhempas jika Mingyu tidak cepat menahanku.

Kedua tangannya memaut kemas pinggangku.

Refleks, aku pula mengalungkan kedua lengan di lehernya.

Lama bertentangan mata, aku seolah baru tersedar dengan posisi kami yang sangat dekat. Aku berusaha untuk menjauh darinya, melepaskan diriku dari pautannya.

Tetapi, nampaknya Mingyu enggan. Malah, dia mendekatkan wajahnya ke wajahku.

'Min—' Aku menelan liur. 'Gyu—'

Lelaki itu tetap tidak berhenti. Bibirnya kini sudah menyentuh bibirku. Matanya masih menatap mataku yang mungkin melebar dengan perlakuannya. Merasakan bibirnya mula bergerak mengurut bibirku, mataku perlahan terpejam.

Ciuman yang awalnya lembut bertukar dalam dan terburu-buru.

Bahkan aku seolah tidak boleh bernafas lagi. Sekuat tenaga aku menolak dadanya sehingga dia akhirnya melepaskan bibirku juga pautannya dari tubuhku. Aku berdiri tegak sambil melarikan tatapanku. Sempat aku melihat wajah tegangnya.

'Sekarang apa lagi, Chaeyoung? Awak tolak saya, huh?' Soal Mingyu tertahan-tahan.

Aku hanya diam, tidak berani membalas tatapannya.

'Saya dah cakap yang saya nak kenal awak dengan lebih dekat. Maknanya saya memang dah tertarik pada awak, sukakan awak! Awak tak faham, atau buat-buat tak faham? Atau awak sebenarnya langsung tak ada apa-apa perasaan terhadap saya?' Suara dalam lelaki itu kian meninggi.

'Tapi awak mesti buat benda yang sama dengan peserta lain, kan?!' Aku juga meninggikan suaraku sambil membalas tatapan tajamnya. Kedua tanganku yang digenggam kuat menggeletar. 'Mungkin awak sentuh diorang, cium diorang—'

'Saya hanya buat tu pada awak, Chae!' Kali ini suara Mingyu benar-benar lantang.

Aku menutup rapat mulutku. Keberanian aku untuk bersuara tadi entah hilang ke mana.

'Hanya awak yang saya nak sentuh. Hanya awak yang saya nak cium. Awak seorang je, Chae—' Suara Mingyu mengendur. Rambut basahnya dikuak kasar.

Aku tidak tahu bagaimana rupaku sekarang. Yang aku tahu, mataku terasa berbahang.

'Saya dah tertarik pada awak waktu awak muncul di ruang pertandingan mula tu, Chae. Saya yang luluskan awak untuk ke peringkat seterusnya. Itu adalah sebab saya dah sukakan awak untuk kali pertama saya nampak awak—'

'Awak— Tak jatuh cinta pada saya, kan?' Soalku antara dengar dan tidak.

'Saya dah jatuh cinta pada awak, Park Chaeyoung!' Mingyu kelihatan begitu emosional. Matanya juga kelihatan memerah.

Sekali lagi aku kaku.

'Saya ingat lagi. Waktu pertama kali saya nampak awak di ruangan tu. Awak berseluar jeans, dengan tank top putih, penuh percaya diri, dan— Sangat menarik perhatian saya— Saya sampaikan terfikir nak batalkan pertandingan tu dan terus mendekati awak secara terang-terangan, jadikan awak milik saya, isteri saya—' Perlahan Mingyu menggeleng. 'Tapi tak boleh. Pertandingan tu tetap perlu diteruskan seperti yang dah saya dan pihak produksi setujui.'

Aku semakin tidak keruan apabila dia kembali menatapku tajam.

'Dan sekarang. Awak tolak saya. Awak jugak bagai dah hina saya. Kalau awak tak boleh terima saya, tak boleh sukakan saya, untuk apa awak sertai pertandingan ni?! Untuk suka-suka? Manfaatkan saya?'

Tidak kuat membalas tatapan itu, aku mengalih pandangan. Sungguh aku sudah kehilangan kata-kata.

'Saya tak tahu sebanyak mana luka yang dah appa kepada anak perempuan awak tinggalkan untuk awak. Tapi saya bukan dia. Dan sepatutnya awak tak muncul di depan saya dari awal! Ini tak adil untuk saya! Pertandingan ni dibuat untuk saya cari isteri saya! Kalau macam nilah sikap awak, awak tak sepatutnya sertai pertandingan ni! Awak tak layak, Cik Park—' Dia lalu memulakan langkah, meninggalkanku.

Aku memejam rapat mataku saat mendengar dentuman pintu kamarnya ditutup kuat. Serentak itu, aku merasakan kedua belah pipiku basah.

♥♥♥

Temujanji kami pada hari itu seratus peratus gagal.

Aku yang menggagalkannya.

Setelah kepulangan kami ke "Sweet Home", Mingyu terus mengabaikanku.

Aku menjangka yang aku akan disingkirkan, tetapi tidak.

"Sweet Home" kini sudah memasuki episod ke-13. Dan aku masih kekal berada dalam pertandingan ini, bersama Jennie, Irene, dan Jiyeon.

Ya.

Dia masih mempertahankan aku.

Padahal rancangan itu sudah hampir tiba di kemuncak kerana kini senarai peserta menjadi senarai top-4.

Dan sepatutnya aku gembira kerana tidak tersingkir. Tetapi, dengan terus diabaikan lelaki itu, mustahil untuk aku gembira.

Untuk apa dia terus kekalkan aku dalam pertandingan ni jika aku seolah tidak ada di sini?

Kami seringkali bersua-muka. Namun setelah itu, Mingyu akan mengalih tatapannya, dan enggan melihatku.

Aku merasakan sakit hati yang luar biasa.

Kemuncaknya, petang itu, aku melewati teras "Sweet Home". Dan aku melihat Mingyu dan Jiyeon sedang berbual mesra. Serta-merta aku teringatkan peristiwa di mana aku melihat dia berbual bersama Irene, aku tergesa-gesa ingin pergi dari situ agar tidak mengganggu mereka. Namun, Mingyu yang menyedari kehadiranku lantas mengejarku,memanggil namaku, menarikku ke tempat kesukaannya, dan mentertawakan wajah lucuku apabila aku marah dengan tindakan keanak-anakannya.

Itu dulu.

Sekarang, tidak ada lagi momen-momen manis seperti itu.

Tidak ada lagi orang yang mengejarku, memanggil namaku, menarikku ke lorong, mentertawakan wajah bodohku, menyentuh pinggangku, mendekati wajahku.

Tak ada lagi.

Mingyu yang menyedari keberadaan aku di situ melihat aku sekejap. Dan dia kembali ke berbual bersama Jiyeon.

Aku lantas menapak ke kamar.

Dan aku menangis sepuas hati di kamar mandi.

Entah untuk apa aku menangis, aku sendiri tidak tahu.

♥♥♥

✬ SW乇乇T HOM乇 ✬ ;
тo вə conтιnυəd...

✬ SW乇乇T HOM乇 ✬ ;тo вə conтιnυəd

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]Where stories live. Discover now