♡ 16 - Scars ♡

1K 184 25
                                    

SWEET HOME
16
Scars

♥♥♥

Aku sedang berjalan menuju ke kamar sewaktu telingaku menangkap suara seolah orang sedang menjerit dari dapur. Niat ingin ke kamar dilupakan dan aku terus sahaja ke sana.

Sangat mengejutkan kerana aku mendapati Jennie sedang memaki-hamun Irene sedangkan gadis yang dimaki itu hanya berdiam dan wajahnya pucat seperti mayat.

Kasihan melihat keadaan Irene, segera aku mendekati mereka. 'Yang awak terjerit-jerit ni kenapa? Apa salah Irene?' Soalku perlahan.

Irene menundukkan wajah. Dia mula teresak apabila sekali lagi Jennie memakinya.

'Ni, perempuan jalang. Awak tahu, Chae? Dia—'

Panggg—!!

Ringan sahaja tanganku diangkat lalu penamparku melekat di pipinya.

Irene terus berlari pergi dari situ sambil menangis.

'Heh—' Jennie memegang pipinya sendiri. 'Awak sama je dengan dia. Perempuan murahan.'

'Excuse me?' Aku bercekak pinggang.

'Awak dengan dia sama. Pe-rem-pu-an-ja-lang!!'

'Yaa!!' Aku akhirnya memekik.

'Dia perempuan tak sedar diri!! Berlagak baik tapi syaitan. Dan awak! Awak perempuan jalang! Buktinya awak ada anak haram, Chaeyoung!!' Pekik Jennie seolah diserang histeria.

'Anak saya bukan anak haram!! Dia ada ayah!!'

'Tapi ayah dia tak ada dengan anak awak sekarang, kan? Dia buang awak sebab awak mengandung, kan?' Jennie tersenyum menang. 'Awak sangat kasihan, Chae—' Dia bersilang tangan sambil sengaja menatapku penuh jijik.

'Kau—!' Aku lantas menarik rambutnya.

Dia menjerit kesakitan.

Kami terjatuh ke atas lantai dan mula saling menyerang.

Aku yakin aku sedang duduk di atas pinggulnya dan menyerangnya bagaikan orang gila saat tubuhku ditarik sepasang lengan sasa, menjauhiku dari Jennie. 'Lepas!!' Aku meronta sewaktu aku sudahpun berdiri.

'Chae, hentikan.'

Mendengar suara itu, aku menoleh. 'Jun—' Helaian rambutku yang kusut akibat bergomol tadi disisir jemariku.

Sementara Jennie berusaha bangkit berdiri.

'Kamera di sini aktif.' Beritahu Jun perlahan.

'Apa?!' Jeritku dan Jennie serentak.

Jun mengangguk mengakui katanya tadi. 'Saya bergegas ke sini dan nyahaktifkan kamera. Malangnya, video pergaduhan awak berdua dah terakam.'

Jennie menggigit hujung kukunya yang sedikit panjang.

Aku pula masih menggeleng tidak percaya.

'Dan yang lebih buruk.' Jun berhenti sebentar. 'Rakaman ni dah tersambung dengan rangkaian. Dan tadi disiarkan secara langsung di channel youtube kita.'

♥♥♥

Dan benar.

Rakaman itu memang sudah tersiar secara langsung.

Dunia sudah menyaksikan pergaduhan antara aku dan Jennie.

Bermakna, orang ramai sudah tahu aku mempunyai anak.

Namaku menjadi antara carian utama di internet.

Aku sangkakan aku bakal hancur kerana ini.

Tetapi tidak.

SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]Where stories live. Discover now