♡ 23 - Goodbye [2nd FINALE] ♡

1K 165 40
                                    

SWEET HOME
23
Goodbye [2nd FINALE]

♥♥♥

'Saya cintakan awak, Park Chaeyoung.'

'Hidup dengan baik lepas ni.'

'Sayangi Rena.'

'Selamat tinggal, Chae...'

Aku yakin...

Aku merasakan sesuatu yang lembut dan hangat menyentuh permukaan bibirku...

Rasanya masih sama...

Manis...

Dan menyenangkan...

Perlahan aku membuka mata. Siling putih wad itu ditatapku kosong. Dadaku sesak lagi jika aku dalam keadaan sedar seperti ini. Aku bangkit dari pembaringan dan meliarkan pandangan melihat seisi wad luas ini.

Sunyi.

Kosong.

Tiada apa-apa.

Sama sahaja seperti jiwaku sekarang.

Aku memejam rapat mataku. Tiada apa yang mampu aku lakukan selain dari menangis dan terus menangis.

♥♥♥

Aku memerhatikan Jun sedang berbicara dengan seorang jururawat di muka pintu wad di mana aku ditempatkan. Aku sudah dibenarkan daftar keluar pada hari ini setelah tiga hari ditahan.

Syukur.

Setelah selesai berbicara dengan jururawat cantik itu, Jun menapak mendekatiku yang sedang duduk di pinggir katil. 'Kita dah boleh pergi.'

Aku tersenyum. Walaupun sebenarnya aku boleh sahaja bangkit berdiri, Jun memilih untuk membantuku dengan memegang lenganku. 'Saya ok, Jun. Boleh berjalan.' Ujarku membuat dia ketawa perlahan.

'Baik.' Kedua tangannya diangkat, tanda mengalah.

Kami kemudian berjalan keluar dari wad, seterusnya keluar dari hospital.

Sudah.

Aku terkaku seketika melihat begitu ramai wartawan sudah menanti di luar hospital. Nampaknya aku seperti tidak dapat mengelak hari ini. Dan entah mengapa, aku seolah mendapat keberanian untuk menghadap dan menjawab apa sahaja soalan yang bakal diajukan wartawan padaku. Aku meneruskan langkah sambil diiringi Jun, dan para wartawan mula berasak-asak menghampiriku. Masing-masing mendekatkan alat perakam suara, juga telefon bimbit yang telah diaktifkan perakam suaranya ke mulutku.

Tiada lagi ruang untukku bergerak.

'Dengarnya awak ditahan dan dirawat di hospital kerana tertekan? Dan sebabnya ialah awak tak dapat terima Encik Kim Mingyu singkirkan awak pada episode akhir "Sweet Home"? Umum sangat terkejut dengan keputusan akhir Encik Kim Mingyu. Padahal awak dan beliau sangat serasi bersama. Tambahan lagi rating undian awak adalah yang paling tinggi dalam rancangan tersebut.'

Oh Tuhan.

Wartawan ini bahkan tak menjaga sensitiviti soal perkara ini.

Walhal kini Jiyeon adalah bakal isteri Mingyu.

Sepatutnya soalan seperti tadi tidak diajukan.

Aku tersenyum. 'Terima kasih buat semua yang ambil perhatian tentang ni. Saya dah pun terkeluar dari "Sweet Home", bermakna perjuangan saya untuk rancangan realiti TV tu dah berakhir. Dan saya harap, semua menyokong Kim Mingyu dan Jiyeon. Saya pun doakan semoga mereka bahagia.'

SW乇乇T HOM乇 [김민규 / 박채영]Where stories live. Discover now