Rayla melangkah longlai masuk ke dalam rumahnya. Begnya diletakkan ditepi sofa lalu badannya dihempas kasar ke sofa kayu yang hanya beralaskan kusyen keras. Maklumlah, dia tak sekaya Aira yang mampu mendapatkan apa sahaja bila petik jari.
Rumah usang peninggalan arwah ayah tirinya itu diperhatikan. Rumah yang selama ini dijadikan tempat berteduh dari hujan dan panas. Rumah yang menyaksikan segala suka dan duka yang pernah dia lalui. Rayla menarik senyum tipis.
Suka dan duka? Heh, duka banyaklah!
Dia menyentuh bibirnya. Bibir yang sudah hilang keperawanannya. Tiba tiba darahnya kembali menyerbu naik. Malunya!
"Amboi amboi! Kemain tersengih kau sorang sorang ye? Kau pikir baju yang kalah gunung Everest tu akan basuh diri dia sendiri? Tu, dapur tu tak berasap dari pagi tadi. Aku dah lapar. Pergi masak!"
Termati khalayan Rayla mendengar jerkahan Mak Esah. Lantas dia terus berdiri tegak seperti mahu menyanyikan lagu Negaraku.
"Er-er Ad baru balik mak. Lagipun Ad nak masak apa? Barang dapur semua dah habis" ujarnya takut takut. Mak Esah menyinga sedang mencekak pinggang mencerlung tajam kepadanya. Spontan kepalanya ditundukkan. Ngeri betul. Lagi seram dari hantu Kak Limah!
"Habistu, tunggu apa lagi? Pergi belilah! Kau nak tunggu ikan, ayam semua tu jatuh dari langit? Ewah ewah...." herdikan Mak Esah itu membuatkan Rayla semakin terpaku.
"Tap-tapi Ad takde duit"
"Duit upah kau kerja dekat warung pak Abu tu mana?!" terhinjut bahu Rayla akibat dijerkah begitu.
"It-itu duit nak beli buku" jawab Rayla perlahan. Memang betul pun. Duit barang dapur minggu ni memang dah habis. Jangkakan bolehlah tahan seminggu, ni dua hari pun dah habis bila dapat keluarga buruk lantak macam ni.
Ops, Memang pun! Makan macam tak makan setahun. Kalah Hulk tu!
"Ada aku kesah? Kau pergi beli sekarang. AKU LAPAR!!" telinga Rayla dijadikan mangsa piatan. Rayla menyerengai kesakitan.
"S-sakit mak.." Rayla merintih. Mak Esah makin tarik telinga Rayla. "Ini balasan kalau jadi anak derhaka. Dah, pergi cepat!" dilepaskan telinga Rayla dengan cara menolak sekali kepala Rayla.
Terus mencicit Rayla berlalu kebiliknya. Airmatanya dikesatkan segera. Dia tahu, dia kuat! Inilah nasib menjadi anak tiri. Ada abang pun memang tak boleh di harap. Kerja tak mahu. Yang ditahu berjudi aje. Lepastu balik, nak kena bagi dia dengan mak dia mencekik.
Rayla segera mandi dan bersiap untuk pergi membeli barang dapur. Dia memandang sayu tabung penberian arwah ayahnya. Hadiah hari jadinya yang pertama dan juga terakhir. Kenapa abi pergi cepat sangat? Kenapa tinggalkan Ad, abi?
Rayla cuba tahan air mata. Tabung itu dia capai lalu dikorek isi dalamannya. Kalau beli barang dapur untuk seminggu tapi dapat guna sehari je, susah la macam ni. Upah kerja dekat warung Pak Abu tu apalah sangat.
Rayla keluar dari bilik setelah sarungkan tudung. Nampaknya Mak Esah dah mulakan aktiviti hariannya iaitu membuta. Rayla jalan berjengket agar rumah yang sudah agak usang ini tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Nanti karang kalau Mak Esah terbangun, macam macamlah ayat yang tak enak keluar dari mulut dia. Lebih baik senyap sikit.
Basikal lamanya yang berada dibawah beranda rumah dikeluarkan. Dengan hati hati dia mengayuh disisi jalan.
"Pin! Pin!" hon kereta dari belakang membuatkan Rayla menekan brek mengejut. Seraya itu sebuah kereta berhenti ditepinya.
"Ad nak pergi mana? Nak abang tumpangkan?" sapa seseorang yang tidak lagi asing bagi Rayla. Rayla menggeleng.
"Pergi kedai runcit depan tu je. Bukan jauh pun. Abang Syed tak payah la susah susah tumpangkan Ad. Lagipun kan Ad ada basikal ni" tolak Rayla dengan baik. Taknak lelaki itu terasa hati.
"Alaa, basikal itu tinggallah kat tepi tu dulu. Bukan ada siapa siapa pun nak curi basikal lama tu. Mari lah naik" Abang Syed masih tidak berputus asa mempelawa. Rayla tetap menggeleng.
Dia bukan apa sebenarnya. Bukan dia tak tahu yang Abang Syed tu memang ada taruh hati padanya sejak dibangku sekolah lagi. Pernah juga Abang Syed luahkan perasaan kepadanya sebelum Abang Syed mengambil peperiksaan SPM. Dan pada waktu itu Rayla tingkatan 2. Apalah sangat yang dia tahu pasal cinta.
"Maaf lah ye abang. Ad dah lambat. Nanti mak marah" Rayla terus memecut laju walaupun takdelah basikalnya itu boleh bawa laju. Sekadar cukup untuk tinggalkan Abang Syed sudahla.
"Pak Mail, telur 10 biji. Lepastu ayam separuh tau" Rayla memesan bila sudah tiba di kedai runcit Pak Mail.
"Ha, baiklah" Sejurus itu, Pak Mail terus menyediakan apa yang Rayla pintaz Rayla hanya menunggu di tepi kedai sementara menunggu barangnya diberikan.
"Hui! Keluar pergi kedai tak ajak" tiba tiba sahaja Aira menepuk bahunya. Terkujat Rayla sebentar dengan sergahan Aira.
"Islam ke tak ni? Main sergah je. Salam mana?" marah Rayla. Bukan marah pun sebenarnya sebab Aira mahu menutup gugup dihati. Ya, Allah... Kenapa berdebar sangat ni bila Rash muncul?
"Hehehe, sorry. Ha, Assalamualaikum ustazah Ray" sengihan tidak bersalah dihadiakan. Rayla guling mata.
"Nah, ini ayam dengan telurnya" jinjitan merah berisi ayam dengan telur itu dihulurkan oleh Pak Mail kepada Rayla. Rayla menyambut kemudian membayar harga barangannya.
Tanpa berlengah dia terus beredar meninggalkan Aira. Takut makin lama bersama Aira, makin parah kadar degupan jantungnya. Mahu kena serangan jantung kerana terlalu berdebar berada disebelah Aira.
Aira yang terpinga pinga terus membuntuti Rayla ke basikalnya. Dengan geram, dia menghalang laluan Rayla untuk pulang kerumah. Rayla makin berdebar.
'Ketepilah Rash. Tolonglah jangan buat jiwa aku tersiksa. Tolonglah'
"Kau kenapa? Sejak dari pagi tadi kau mengelak bercakap dengan aku. Masa balik tadi pun tiba tiba balik seorang. Cuba kau bagi tahu kenapa?" Aira sudah memeluk tubuh. Dia masih lagi berdiri tegak dihadapan basikal Rayla.
'Kali ini, kau takkan elak dari aku lagi Ray. Jangan harap kau dapat lari lagi'
"Aku nak cepatlah. Tepi sikit sebelum aku langgar kau" Rayla sudah kehadapankan basikalnya mengagah untuk melanggar Aira. Tapi Aira masih lagi tidak berganjak. Matanya menikam tepat ke mata Rayla.
Ini membuatkan Rayla makin tidak selesa. Pandangannya ditundukkan. Jantung sudah hilang rentak. Makin dia terasa laju peparunya mengepam adrenalin keseluruh anggota.
'Tolong paham aku. Tolong' rintih Rayla disudut hatinya.
"Kau malu sebab kita bercium tadikan?" tebakan Aira itu membuatkan kepala Rayla spontan terpanggung. Mata mereka terus bertentangan. Masa terasa terhenti sejenak.
'Kalaulah kau tahu soalan yang tanya itulah membuatkan aku jadi macam ni. Kenapa kau tanya lagi?'

ANDA SEDANG MEMBACA
HALIA .✔️
Teen FictionKalau gay diklasifikasikan sebagai kunyit . Lesbian apa pulak? Halia, lengkuas atau serai? Hidup aku. Cerita aku. Cara aku. Adakah aku..... Halia? AMARAN: Kalau korang straight, jangan baca. Terselit adegan 16xxx. Tak lebih, geli geli je.