"Ray, kau okay tak ni? Bangunlah, jangan buat aku risau" sayup sayup kedengaran suara seseorang menyapa gegendang telinga Rayla. Suaranya tenggelam timbul sahaja.
"Erhh...." kepalanya yang terasa berdenyut kepegang. Terasa ada kain basah diatas kepalanya. Matanya pula masih kabur dan fikiran masih belum berfungsi seperti sediakala.
"Alhamdulillah kawan kamu dah sedar. Bagi dia air ni cepat" arah seorang lelaki. Macam pernah dengar je suara ni.
"Aku kat mana?" soal Rayla kebingungan.
"Adha kat rumah ustazah. Takpe, Ad berehat la dulu. Dan maaflah kami tak dapat bawak Ad pergi klinik sebab sekarang dah pukul 2 pagi. Hospital pulak jauh, jadi Ad rehat rehat la dulu kat sini" ujar seorang wanita yang berwajah manis. Barulah ketika itu terlintas difikiran Rayla apa yang telah terjadi kepadanya.
"Rash! Aku, aku takut!" terus Rayla mendakap Aira. Badannya menggigil ketakutan. Sungguh, dia trauma dengan segala yang yang telah jadi.
"Shh... aku ada dekat sini. Takpe, kalau kau dah okay sikit kau bagitahu aku apa yang jadi tau. In Sha Allah nanti aku tolong kau" meskipun Aira agak terkejut apabila Rayla tiba tiba sahaja memeluknya, dia tetap tenang mengusap belakang badan Rayla agar segala ketakutannya berkurangan.
"Betul tu, malam ni Ad tidur sini dulu. Tadi Aira dah tukarkan baju Ad. Nanti kalau dah okay sikit, ceritakanlah pada ustazah ye?"jelas Ustazah Sumayyah, ummi kepada Aira.
Spontan dia memandang ke tubuhnya. Ya, bajunya yang tadi terkoyak sudah diganti dengan baju muslimah berwarna hijau cair. Rayla mengangkat kepala semula.
Ketika itulah pandangannya bertembung dengan seorang lelaki yang tidak disedari dari tadi juga berada disitu. Segera lelaki itu keluar daripada bilik apabila pandangan mereka bersambung. Tiba tiba Rayla diselubungi perasaan malu yang menggunung.
'Argh! Aku yakin yang bukak pintu sebelum aku pengsan tu abang Rash. Malunya.....'
"Err, terima kasih ustazah. Dan maaflah ustazah sebab dah menyusahkan ustazah. Saya mintak maaf sangat sangat" Pinta Rayla serba salah. Matanya sudah berkaca.
Dia sudahlah banyak terhutang budi dengan keluarga Rayla yang sudah lama menganggapnya seperti keluarga sendiri. Dia jadi terharu pula dengan keluarga kecil ini tetapi sungguh besar dengan kasih sayang. Kalaulah keluarganya pun begitu....
"Eh, tak papelah. Ustazah yang sepatutnya kena mintak maaf sebab tak dapat hantar kamu pergi klinik walaupun kepala kamu dah berdarah balik. Tapi esok kita pergi ya Adha" ustazah Sumayyah yang dibirai katil mengusap bahunya perlahan. Bercucuranlah kembali air matanya.
"Ustazah.... " kali ini Rayla mendakap pula wanita lewat 40-an itu. Didalam pelukan ibu Aira, Rayla mengongoi kerana begitu terharu dengan layanan keluarga Aira terhadapnya. 100 tahun bekerja menjadi pembantu rumah Aira pun takkan dapat membalas segala kebaikan Aira sekeluarga kepadanya. Dia bersyukur punya sahabat (aka crush) seperti Aira.
"Shh... Takpe, Adha rehat dulu. Nanti dah redha segala rasa ni, bolehlah bercerita dengan ustazah ye" belakang badan Rayla digosoknya lembut agar Rayla semakin tenang. Rayla melepaskan pelukan itu. kali ini wajah Aira ditatapnya pula.
"Tsk.. tsk.. Rash.... Thanks" ucapnya dalam sendu. Aira tersenyum ikhlas.
"Kau ni, aku sahabat kaulah. Hari ni aku tolong kau, tapi mungkin esok aku dajalkan kau balik- AW! Ummi!" rengek Aira manja bila pehanya dicubit kuat oleh umminya.
"Ha, tulah.. Gurau tak kena tempat. Dah dah... Gi sambung tidur. Nanti nak solat subuh, bangun pagi nanti kang nak bangkit punyalah payah kamu tu Aira!" arah ibunya Aira. Aira pula membalas dengan sengihan busuk.
"Aira tak boleh la ummi. Apa apapun, selamat malam ummi" Aira menyalami tangan umminya lalu diikuti oleh Rayla. Seketika kemudian umminya sudah hilang dibalik pintu menuju ke biliknya.
"Rest okay. Esok kau kena cerita dengan aku apa yang jadi dari A sampai Z. Aku risau gila tahu tak bila abang aku angkat kau bawak masuk rumah dengan keadaan baju kau terkoyak. Ingat eh, detail!" mukanya memang betul betul nak tahu apa yang jadi pada Rayla. Jari telunjuknya digawangkan tepat dibatang hidung Rayla. Rayla mengangguk lemah.
"Bye, aku nak masuk bilik aku dulu. Kalau ada pape, kau panggil je bilik aku kat sebelah ni" ujar Aira lalu ingin melangkah pergi.
"Tunggu! Weh, jangan la biarkah aku tidur sorang. Teman please...." tangan Aira digapai. Wajahnya memang betul betul dalam keadaan yang trauma. Ya, trauma akan keseorangan.
"Kau kenapa? Kenapa takut sangat ni Ray?" soal Aira cemas. Kedua dua tangan Rayla mula digenggam kukuh.
"Please, temankan aku tidur. Aku takut" rayu Rayla lagi. Aira mengangguk setuju kemudian dia berlalu ke pintu untuk menutupnya. Lampu bilik ditutup dan hanya lampu di sisi katil sahaja dibiarkan terbuka supaya suasana tidak terlalu gelap.
"Dah, jom tidur " mereka berdua baring serentak ke katil.
Beberapa minit selepas itu terdengar dengkuran halus milik Aira. Manakala Rayla masih lagi belum tidur. Matanya asyik memandang kearah bibir Aira yang tidur mengiring menghadapnya. Terlayar semula adegan bercium mereka.
"Argh.... Aku... aku ketagih" gumam Rayla perlahan. Dia mesti menghilangkan rasa ketagihnya pada bibir Aira. Mukanya mula didekatkan pada wajah Aira.
Dekat.....
Makin dekat.....
Chup!
Lama. Lama dia labuhkan bibirnya pada bibir tidak bergerak Aira itu kemudian menarik semula wajahnya.
'Mungkin aku takkan dapat kau. Sekurang kurangnya kau ada disebelah aku. Sampai bila bila'
🌻🌻🌻
Tiap kali aku tidak mencuba,
kau menghina.Setiap kali aku gagal usaha,
kau mencerca.Tapi kenapa bila aku berjaya,
Kau datang dan katakan semua ini hanya tipu daya?Sedarlah kawan,
kenapa masih tidur beralaskan awan?Kalau kecundang, kita tengok siapa yang datang;)
-àtūlmélrøśé❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
HALIA .✔️
Novela JuvenilKalau gay diklasifikasikan sebagai kunyit . Lesbian apa pulak? Halia, lengkuas atau serai? Hidup aku. Cerita aku. Cara aku. Adakah aku..... Halia? AMARAN: Kalau korang straight, jangan baca. Terselit adegan 16xxx. Tak lebih, geli geli je.