Terasa bagai terkena satu tamparan yang hebat hingga menyebabkan Rayla tidak mampu berkata apa apa tika mendengar ayat itu meluncur keluar dari mulut Aira. Sungguh dia tersentak dengan kata kata Aira yang amat tajam menikam bagaikan ditusuk belati.
Dia ingin bangkit mengejar Aira tetapi Aira terlebih dahulu sudah hilang pergi dari situ. Badannya terasa sakit dan kepalanya sedikit berdengung kesan daripada hentakan yang kuat pada pada kenyataan berkaca tadi. Tapi apa yang lagi perit dia rasakan ialah-
Mata Aira berkaca!
Dan persoalan yang merayau dibenak fikirannya sedari tadi, sejauh manakah Aira melihat adegan tadi?
Kringg!!!
Loceng sudah berbunyi menandakan yang waktu rehat sudah pun tamat. Rayla tersedar dari lamunan dan segera bangkit lalu berlari ke tandas. Dia tidak mahu pelajar lain nampak keadaan dirinya dan kemungkinan besar dia akan disoal siasat oleh guru guru dan rakan baiknya yang lain.
Dan yang paling teruk, kejadian tadi akan tersebar satu sekolah. Nama buruknya akan tercemar buat kali kedua!
🌻🌻🌻
Rayla memandang sepi tempat duduk sebelahnya yang sejak dia balik dari tandas kelihatan kosong. Bila ditanya kemana Aira pergi, barulah dia tahu yang Aira sudah pulang kerumah kerana pening kepala tetapi dia tahu yang itu cara Aira mahu mengelak daripadanya. Itu menyebabkan dia agak terasa kerana Aira pergi tanpa mendengar penjelasannya terlebih dahulu.
'Tahu tak apa yang kau nampak tadi semuanya tak betul? Sanggupnya kau buat macam ni kat aku hanya sebab crush jahanam kau tu!' rintih hati kecilnya.
Ditekupkan kepalanya ke meja lalu dia menghamburkan segala perasaannya tika itu. Hatinya begitu remuk rendam dengan apa yang berlaku tadi dan pernyataan Aira tadi kepadanya. Semuanya terasa amat perit untuk ditelan.
Dia tertidur kepenatan dengan persoalan yang sarat memenuhi fikirannya.
🌻🌻🌻
"Adha... Bangun Adha..." terdengar seseorang memanggil namanya. Dalam keadaan yang masih mamai, dia mengangkat muka.
"Hmm?" Rayla menggeliat malas. Siapa yang kacau dia tidur ni?
"Dah waktu balik ni, awak taknak balik ke?" soal sosok yang masih samar itu lagi. Kelihatan seperti seorang pelajar lelaki.
"Dah balik?!" Rayla terbuntang.
Ya, satu kelas sudah kosong! Kurang hasam punya member! Dahlah yang tinggal hanya dia dan pengawas lelaki ini. Jap, siapa lelaki ni?
"Yela, dah balik. Awak taknak balik ke? Nanti budak petang nak masuk kelas pulak. Suka betul awak jadi budak petang balik eh?" seloroh lelaki itu sambil tertawa pada lawaknya sendiri.
'Sorry bro, tak kena timing. Tapi nampak comel pulak eh mamat ni bila dia gelak. Nampak lesung pipit pulak tu.'
"Grr, thanks kejutkan aku. Bye" Rayla bangkit mengemaskan segala peralatan penulisnya lalu disimpankan di dalam beg galasnya.
Baru sahaja dia ingin melangkah pergi, jejaka tadi kembali menarik pergelangan tangannya. Dia tersentak.
"Takkan takde upah?" soal mamat itu mendatar. Tiba tiba terasa bulu romanya meremang. Segera dia tarik pergelangan tangannya kembali.
"Thanks tu tak cukup ke?" tanya Rayla memberanikan dia walaupun dia memang dah kecut perut. Pelbagai bayangan negatif yang terlayat tika pengawas lelaki itu menyebut perkataan 'upah'.
"Tak" jawabnya sepatah. Masih lagi nada mendatar.
"Kau nak apa pulak?" Rayla sudah mula mengetap bibir. Gerun betul kalau memang apa dia pikirkan itu benar belaka.
"Temankan aku balik. Jom!" pergelangan tangannya diraih kembali. Lelaki yang langsung tidak dikenali itu menarik tangannya menuju ketangga untuk turun dari blok itu. Rayla tergamam dan hanya mampu mengekorinya kerana tangannya digenggam erat.
"Weh, lepaskan boleh tak? Sakit" Rayla mula bersuara bila sudah tiba di aras bawah. Sebenarnya dia tidak mahu ada mana mana cikgu terpandang mereka begitu. Nanti jadi pulak kes disiplin. Naya betul!
'Yang mamat sekor ni tak sayang jawatan ke? Memang nak kena lucut? Ke dia ni sebenarnya mawas jadi jadian?' monolog Rayla sendiri. Sungguh dia pusing siapakah lelaki yang berada dihadapannya kini.
" Oh sakit ea? Maaflah" tangan Rayla dilepaskan. Dia mula memperlahankan langkah lalu berjalan seiringan bersama Rayla.
"Lupa pulak nak intro, hehe kusyuk sangat sebab dapat pegang tangan idola. By the way, nama saya Hakimin. You can call me kimin or Min. But better call me yours la. Lagi sedap kan?" sekali lagi dia ketawa dengan lawaknya sendiri. Dahlah pickup line tak sampai. Ceh!
"Kau memang sengaja nak kena tangkap basahkan? Dahlah hambar. Haish! Hm, aku Ray-"
"Rayla Adha Bt Umar. Betul tak?" potong Hakimin selamba. Bangga betul muka dia kala tu. Rasa macam nak hempuk dengan bontot kuali je sekarang ni kat muka dia!
"Stalker berjaya. Tahniah. Tapi asal kau main tarik tarik tadi tangan aku hah? Kalau cikgu nampak macam mana?" tanpa berfikir panjang aku terus siku perut dia. Tersenak dia kat situ. Padan muka!
"Rilek la. Asal awa kasar sangat ni. Selalunya lembut je" ujar Hakimin masih dalam senak. Akhirnya tawa Rayla terhambur.
"Lembut? Kau tak kenal lagi aku ni. Hm, takpe takpe. Sila cuba lagi. Pergilah korek mana mana lagi tempat. Takdelah stalker berjaya sangat kau ni..." Rayla tersenyum senget. Terhibur pula dia kali ini.
"Tak kesah. Asalkan saya dah tahu nama awak untuk buat akad nikah nanti"
Langkah Rayla terhenti. Tiba tiba dia merasakan mahu termuntah pula.
"Tak. Lawak. Tau. Tak" sebutnya sepatah sepatah. Dia syak yang Hakimin ni ada masalah otak. Gila!
"For honestly right now, saya nak confess kat awak sesuatu. Saya sebenarnya, cinta dekat awak. Dari Darjah 6 and still counting" suaranya bertukar datar semula. Air mukanya juga seperti mengiakan apa yang diperkatakan. Rayla hanya menatap mata Hakimin dalam dalam tanpa dapat dibaca olehnya.
Tidak terkejut ataupun suka.
Hanya kosong seperti sekosong mana hati Rayla kini.
"Tapi aku suka orang lain"
Rayla terus membalik badan meninggalkan Hakimin yang hanya terpaku tegak diatas tar jalanan itu. Langsung tidak dihalang masakan ingin menahan orang yang dipuja selama bertahun lamanya. Lidahnya terkelu bagaikan tiada rasa. Suaranya pula tersekat dikerongkong menyebabkan dia langsung dia dapat melaungkan nama pujaan hatinya itu.
Kakinya terasa lemah lalu terlutut ditar keras itu.
Sia sia.
Itu apa yang dirasakan kini.

ANDA SEDANG MEMBACA
HALIA .✔️
Teen FictionKalau gay diklasifikasikan sebagai kunyit . Lesbian apa pulak? Halia, lengkuas atau serai? Hidup aku. Cerita aku. Cara aku. Adakah aku..... Halia? AMARAN: Kalau korang straight, jangan baca. Terselit adegan 16xxx. Tak lebih, geli geli je.