"Ustazah- hm, saya nak tinggal mana lepas ni?" soal Rayla yang dari tadi menyepi. Dia diam kerana dari tadi dia runsing untuk menetap dimana selepas ini. Apalah nasib badan...
"Eh, kau tanya ni macam tak sudi je nak tinggal dengan aku?" Aira bersuara. Spontan mata Rayla bersinar. Siapa tak gembira dapat duduk serumah dengan crush woi!
"Serious lah?! Tapi apakata ayah dengan abang kau nanti. Takpelah, hantar aku rumah anak yatim sebelah masjid tu jelah. Aku pandai berdikari" layu perasaan terujanya bila teringat akan abang dan juga ayah Aira yang mungkin tidak selesa dia menumpang dirumahnya. Hm...
"Kau ni, kau pernah dengar ke ayah dengan abang aku kata tak suka kau duduk rumah aku?" soal Aira dengan riak bosan. pe bendalah member aku sorang ni.
Rayla teranggak agak menggeleng. Terkandung rasa khuwatir jugak kalau sebenarnya abang Aira memang tak selesa dengannya. Yelah, dia teringat lagi pandangan tiada perasaan Adam kepadanya tika mereka TERtentang mata. Seriau jugakla.
"So, jangan banyak bunyi. Tinggal je kat rumah aku. Lagipun kita dah macam adik beradik. Apa yang nak ditakutkan sangat?"
Rayla hanya diam mendengar kata kata Aira. Terpaksalah dia menebalkan muka untuk tumpang tinggal dirumah Aira. Harap tiada apa apa yang buruklah selepas ini. Rayla menghela nafas lemah.
🌻🌻🌻
"Jadi Adha, macam mana sekolah? Semua baik baik ajekan?" soal Ustaz Salahuddin, ayah kepada Aira bagi memecahkan hening dimeja makan tengahari itu. Rayla mengangguk kepalanya beberapa kali.
"Alhamdulillah semua okay je, baba" jawab Rayla lembut. Dan sejak hari pertama dia menumpang dirumah itu, mereka sudah suruh Rayla memanggil mereka dengan gelaran 'Baba' dan 'Ummi'.
"Alhamdulillah lah. Lagipun tahun ni tahun penting jadi ummi dan baba nak korang berdua jangan main main lagi tau!" Kata ummi pula yang dari tadi asyik menjamah makanan.
"Dan Adha jangan pikirkan sangat pasal masalah tu ye. Kami dah sediakan apa yang patut untuk pembicaraan kes tu. Dan ummi doakan semoga abang Adha itu akan berubah" tambahnya lagi.
Tiba tiba Rayla menjadi sebak. Difikirannya terfikir tentang Mak Esah yang berada seorang dirumah. Apalah yang sedang dilakukan oleh Mak Esah? Tidurkah dia? Sudah makankah dia? Hatinya jadi tak tenang walaupun Mak Esah banyak kali menyakitinya. Dia tak kesah.
"Ray, dengar tak apa aku cakap?"
"Ha, apa?" pertanyaan Aira menyentak Rayla dari lamunan. Dia jadi kebingungan.
"Mengelamun pulak dia. Aku tanya tadi, kau nak terus kerja dengan pak abu ke? Sebab aku rasa tak payahlah. Kau dah duduk dengan kitorang" Aira mengulangi semula pertanyaannya yang tidak didengari Rayla tadi.
"Eh, mestilah aku still kerja. Taknaklah menyusahkan kau. Aku dah lah duduk menumpang je, takkan ummi dengan abba nak kena tanggung aku pulak" ujar Rayla sambil membulat mata. Gila ke apa nak berhenti kerja lepastu ummi dan baba menanggungnya? Malulah dia.
"Ala, takpelah Adha. Ummi dah jaga kamu. Tak perlulah kamu nak kerja keras lagi. Fokus pada belajar je" Cadang ummi lantas aku menggeleng kepala.
"Takpe... Adha dah terbiasa ummi. Rasa kekok pulak kalau petang petang tak buat apa apa. Bolehkan ummi Ad still kerja?"
"Kalau dah Ad cakap macan tu, ummi dan baba memang tak boleh kata apa apalah. Tapi ingat, nak pergi mana mana jangan sorang sorang. Kalau nak pergi mana mana ajak je Aira ni ha" putus ummi sekali gus membenarkan Rayla sambung bekerja. Dia menarik senyum suka.
"Ummi pernah nampak ke kami tak bersama? Semua orang kata kami macam belangkas, tahu tak?" sahut Aira membuatkan isi meja tertawa senang. Kecuali-
"Adam, macam mana belajar? Okay semua?" soal baba kepada Adam yang duduk berhadapan dengan Rayla bila sedari tadi hanya membisu tanpa sepatah kata. Malah kepalanya hanya menghadap pinggan tanpa mengangkat sedikit pun.
"Alhamdulillah, semua macam biasa baba. Dan minggu ni Adam ada exam. Doakanlah la ye" lembut sekali bicara. Kepalanya diangkat lalu hanya memandang ustaz Salahuddin kemudian ditundukkan semula.
"In Shaa Allah. Baguslah" ucap umminya sambil mengukir senyum senang. Begitu juga Baba dan Aira. Tapi tidak Rayla.
Dia sebenarnya agak gusar kerana selama dua hari dia disini, Adam tidak memandangnya langsung. Tahulah mahu menjaga pandangan, tapi kalau senyum sikit tak boleh ke? Emotionless je memanjang.
"Abang, bila nak bagi adik akak ipar?"
Soalan Aira membuatkan Adam berhenti mengunyah lalu kepalanya diangkatkan. Tika itulah mata mereka bertentangan tetapi segera dilarikan dengan memandang Aira. Gelengan kecil diberikan sebelum menghabiskan kunyahannya untuk membuka bicara.
"Apa adik merepek ni? Abang nak belajar dulu. Lagipun jodoh semua Allah dah tentukan. Sampai masa nanti, bukan setakat akak ipar, anak buah kembar pun abang boleh bagi" gurau Adam sambil tersenyum. Mereka yang lain tergelak tapi lain pula Rayla. Dia terpegun.
Itulah kali pertama dia melihat Adam tersenyum menyerlahkan lesung pipitnya yang jarang kelihatan. Kulitnya pula tidak terlalu cerah kerana dimaklumkan Adam memang aktif dalam aktiviti sukan yang diadakan oleh pihak universitinya. Memang tampak maskulin gitu.
Tidak lama kemudian senyuman itu mati seraya Adam bangkit dari meja makan membawa pinggan kotor kedapur. Seketika sosok itu hilang ketika dia masuk ke dalam bilik tidurnya.
Rayla mengelus hampa.
'Benci sangat ke nak pandang muka aku ni?'____________________
Assalamualaikum gaissss! As promise, satu chapter setiap kali sis balik kerumah.👌😂
Tapi malangnya, sis dah nak balik dah pukul 4 lebih nanti😂
Maaf lambat update sebab minggu pertama pun dah macam macam kerja cikgu bagi. Alahai.....😭
Tapi sis ada berita gembira ni!
KEMUNGKINAN BESAR SIS AKAN BALIK TIAP MINGGU TAHUN NI. 😱
Tapi itu kemungkinan je. Tak confirm lagi😂👌
That's all!💯
Love from far,
-àtūlmélrøśé❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
HALIA .✔️
Fiksi RemajaKalau gay diklasifikasikan sebagai kunyit . Lesbian apa pulak? Halia, lengkuas atau serai? Hidup aku. Cerita aku. Cara aku. Adakah aku..... Halia? AMARAN: Kalau korang straight, jangan baca. Terselit adegan 16xxx. Tak lebih, geli geli je.