"Terima kasih sebab hantar balik sampai ke rumah. Buat susah susah je" ucap Rayla dengan senyuman yang lebar. Ingatkan dia nak tempah grab je, tapi lepas ditegah keras oleh Hakimin, gadis itu akhirnya akur.
"Sama sama. Lagipun saya yang jemput, mestilah saya yang hantar balik. Takkan saya nak biarkan awak naik grab sorang sorang malam ni. Bahayalah" ujar Hakimin sekali gus memberikan nasihat.
Ditatapnya wajah gadis itu dalam dalam yang sinari lampu jalanan simpang itu. Akan disimpannya di dalam sudut hati yang paling dalam. Takkan pernah hilang.
Rayla segera membalik badan ingin melangkah masuk kerumah. Tak sabar dia mahu menulis segala apa yang terjadi hari ini pada diari kesayangannya. Kenangan terindah!
"Err Ad!" baru sahaja mahu melangkah, namanya dilaung oleh Hakimin.
"Ye?" Rayla kembali berpaling
"Happy early birthday " ucap Hakimin sambil menghulurkan satu kotak sederhana besar berukuran segi empat sama. Rayla terkedu.
'Macam mana aku boleh lupa birthday sendiri?!' dia menepuk dahinya sendiri.
"Ter-terima" gadis itu menyambut huluran kotak berhias reben merah itu dengan teragak agak. Tidak disangka yang lelaki itu dapat mengetahui banyak perkara tentang dirinya. Dasar stalker berjaya!
"Sama sama. Pergi masuk cepat. Malam ni sejuk" arah Hakimin prihatin. Rayla mengangguk menurut.
"Jumpa esok!" ucap Rayla dengan hati yang gembira. Sungguh, kenapa dia masih tidak dapat menerima lelaki ini sedangkan sudah macam macam benda lelaki ini lakukan untuk mendapatkan sekeping hatinya yang makin rapuh? Kenapa?
Hakimin hanya mengangguk sebelum cermin tingkap dinaikkan. Seraya itu, kedengaran enjin mengaum beredar dari situ. Rayla melangkah masuk tika kereta milik Hakimin sudah hilang daripada pandangan.
Tanpa dia sendiri sedari, yang itu adalah pertemuan yang terakhir buatnya bersama Hakimin. Tiada lagi selepas ini kerana Hakimin sudah bersiap sedia daripada segi segala. Jalan ini yang harus dirinya pilih.
Ruang tamu yang gelap menandakan yang isi rumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Dengan langkah yang berjaga jaga, Rayla ingin melangkah masuk kedalam biliknya.
Klik!
Tiba tiba ruang tamu itu menjadi terang seterang terangnya. Kelihatan satu figura yang sudah tidak asing lagi baginya sedang berdiri berdekatan dengan suis lampu sambil berpeluk tubuh.
Rayla menelan liur. Tekaknya tiba tiba terasa berpasir. Kelat sungguh rasanya.
"Ke mana Adha menghilang? Tahu tak yang ummi risau?" mendatar tapi kedengaran tegas terpacul daripada mulut lelaki itu.
"Er.. Adam... Er- Ad hmm keluar rumah ka-"
"Kawan tu hantar balik naik kereta ye? Lelaki? Hmm?" sinis sungguh nadanya sehingga membuatkan lidah Rayla menjadi kelu.
Rayla terpaku disitu. Wajahnya ditundukkan menekur lantai marmar yang bercorak indah. Sungguh dia terdiam seribu bahasa. Rasa resah dan bersalah mula bersarang. Rasa bersalah kepada ummi dan juga abi.
"Dah la, pergi masuk tidur. Dah lewat. Esok kita lawat mak awak. Dia sakit" ujar Adam seraya itu berlalu pergi. Gadis itu tersentak.
"Sakit? Sakit apa ?" soal Rayla cemas. Mak dia sakit apa pulak?
"You'll know the answer tomorrow. Now, enter the room then sleep. That's all " arah Adam lagi. Wajahnya ketat tanpa senyuman. Kali ini disertakan jarinya menuding kebilik tidur gadis itu.
"Ha, yelah ustaz" dengan langkah yang selamba, dia menuju ke biliknya. Tak mahu menyerabutkan kepalanya dengan masalah yang memang sudah sedia ada. Pintu ditutup lalu segera melompat ke atas katil. Tudungnya dilempar ke atas kerusi belajar.
"Haish, kerek gila muka dia. Dia pikir dia kacak ke nak kerek macam tu?" getus Rayla tak berpuas hati. Tetapi dia terdiam sejenak.
Mak sakit? Ya Allah! Berdosanya dia kerana sejak pertama kali melangkah pergi daripada rumah usang itu, itu adalah kali terakhir dia melihat wajah mak tirinya. Rasa bersalah mula menyelimuti jiwa.
Tiba tiba tubir matanya terasa panas. Air mata mula bertakung tidak lama kemudian jatuh ke pipinya yang mulus. Dengan perasaan yang bercampur baur, dia menyelimuti dirinya. Dia rasa berdosa yang amat. Apa yang dia perlu lakukan untuk mendapatkan kemaafan Mak Esah?
Dalam tak sedar, dia tertidur tika melayani perasaan. Bermimpi ketemu Mak Esah dan diberikan kemaafan agar dirinya tidak digelar anak derhaka. Sungguh dirinya gerun mendapat gelaran tersebut.
🌻🌻🌻
Adam menutup Al-Quran setelah selesai membacanya. Baru hatinya terasa tenang sedikit. Tak disangka rupanya beginilah rasa bila cemburu pada seseorang. Seseorang tanpa dia sendiri sangka. Tapi apa haknya untuk cemburu pada gadis itu? Gadis itu bukan miliknya.
Tetapi sebagai manusia biasa, salah ke dia ada perasaan yang macam tu pada orang yang dia suka dalam diam?
Kalendar yang disangkutkan pada di dinding dicapai lalu ditilik. Dahinya berkerut sebentar. Bulatan merah yang tertulis 'Harijadi Adha' ditenungnya.
Walaupun rasa cemburu masih tersisa kerana adegan yang ditontonnya tadi, dia sedaya upaya cuba menghalau rasa itu pergi. Dia harus berdiri pada bumi yang nyata.
Sedih sangat sebab ini pertama kali dirinya jatuh cinta tetapi sayangnya pada orang yang salah. Kawan baik adik sendiri? Dia pun tak tahu adakah dirinya betul atau tidak tika ini. Rasa tak matang pulak jatuh cinta pada budak sekolah.
Dia berfikir sejenak. Apa yang Adha suka? Patung? Buku? Tapi buku dia sudah bagi haritu... atau bunga. Ahhh.. Tapi dia tak pandai nak menaburkan kata manis di atas kertas. Manalah dia tahu pasal sweet mweet ni. Bukan dalam kemahirannya.
"Ahhh, apa susah. Tulis jelah 'Happy birthday' kan? Buat apa nak pening kepala pikir ayat panjang panjang" monolognya sendiri mangambil jalan pintas.
Dalam hati dia mengutuk dirinya sendiri yang amat amatur dalam bab cintan cintun ni. Ni lah padahnya bila dulu kawan baiknya ingin mengajarnya cara me gayat perempuan tapi dia buat tak endah. Kan sekarang dirinya termangu sendiri. Kalau tidak, mesti dia ada basic untuk semua ini.
Tiba tiba, difikiran ya terlintas sesuatu. Dengan perlahan, bibirnya mengulas senyuman senang.
____________________
Long time no see right?
First, sorry sebab almost 2 bulan tak update. Hehehehe.
Maaf sebab ambil masa yang lama untuk update story ni.
This 2 month not a short one. I've been through lot of things.
Good one.
Bad one.
I'm sorry yaaa🙏🏻
Sincerely,
Atúlmèlrøśé❤️

ANDA SEDANG MEMBACA
HALIA .✔️
Novela JuvenilKalau gay diklasifikasikan sebagai kunyit . Lesbian apa pulak? Halia, lengkuas atau serai? Hidup aku. Cerita aku. Cara aku. Adakah aku..... Halia? AMARAN: Kalau korang straight, jangan baca. Terselit adegan 16xxx. Tak lebih, geli geli je.