;3

11.2K 169 4
                                    

Bunyi hempas pulas membasuh baju menjadi muzik memenuhi segenap ruang ruman papan itu. Sesekali Rayla berhenti bila terasa lenguh sebelum menyambung semula sentalan bajunya.

Takde mesin basuh? Ada je, cuma tersadai ditepi dinding tandas bila sudah rosak hampir sedekad lamanya. Maklumlah, keluarganya miskin untuk membaiki ataupun membeli baru.

Tapi yang jadi mangsa Rayla. Inilah rutin sehariannya sejak ayah kandungannya hilang dilaut. Beberapa minggu kemudian, ditemui terdampar ditepi pantai tanpa bernyawa. Hanya tinggal jasad yang sudah kembung berisikan air laut.

Perit, pilu. Tapi dengan tabah dia hadap segalanya.

Rayla bangun lalu meregangkan badan yang dirasakan sengal sengal. Tangannya usah lagi dikata, sudah mahu tercabut! Baldi berisi baju yang sudah selesai dibasuh, dibawa ke laman untuk disidai.

Cuaca yang terik tika kini merinikkan peluh didahinya. Dengan matanya yang semakin menyepet akibat pancaran matahari, dia lajukan sidaiannya. Kejap lagi nak masak untuk malam pulak. Kalau lambat, habislah badannya menjadi mangsa bantaian Mak Esah.

Seusai menyidai, dia segera masuk kebiliknya. Muka yang putih kerana darah campuran pakistan bapanya, mula kemerah merahan. Dia bukannya mampu membeli krim muka untuk menghilangkan sunburn. Jadi dia hanya bergantung untuk kulitnya pulih sendiri. Nasib baiklah selama ini burnnya tidak berapa teruk.

"Wei Ad, ada duit tak?" abang tirinya Riyan, sedang menjengah kebiliknya. Dan seperti biasa, mahu meminta wang simpanan Rayla.

"Takde, aku dah beli makan tadi" bohongnya sambil membetulkan kedudukan cermin mata petaknya.

"Kau jangan nak tipu aku! Snifff... Kau bagi sekarang. Nanti aku gantilah balik!" nampaknya sifat gian Riyan tak pernah berubah. Wajahnya memang sudah tidak tahan menahan ketagihan.

"Aku cakap takde, takde lah!" Rayla menengking keras. Abang tak guna macam Riyan, tak boleh diberi muka.

Riyan meluru kearahnya lalu menolaknya ketepi. Rayla mendesis kesakitan bila kepalanya terhentak dibucu katil. Kepalanya terasa berpinar. Dia sudah tidak mampu melawan lagi.

"Ni! Ni apa ni?! Dengan abang sendiri pun nak kedekut!" setelah mengorek tabung simpanan Rayla,dia terus berlalu pergi.

Ketawa jahat Riyan berkumandang bila dia kini sudah mempunya wang untuk melepaskan rasa giannya.

Rayla menangis sendiri bila tahu yang wangnya sudah habis dikebas Riyan. Dengan kepalanya yang semakin berdenyut kuat, dia terus rebah bersama linangan air mata. Sakit....

🌻🌻🌻

Rayla terjaga bila terdengar esakan tangis seseorang disisinya. Kepalanya masih mencucuk. Matanya pula keakan akan berat untuk dibuka. Tetapi dia gagahkan juga untuk mencelik.

Silau. Itu apa yang Rayla nampak sekarang.

'Aku dekat mana ni?'

"Ray, Ray dah bangun. Doktor!" suara itu. Amat dia kenal sekali. Spontan Rayla mengukir senyum bila itu menjengah ke halwa telinganya. Aira Shima.

"Weh, kau okay tak ni?" tangannya digenggam erat oleh Aira. Dia cuma mampu mengangguk.

Tidak beberapa lama kemudian, seorang doktor perempuan datang kemudian memeriksa keadaannya. Tahulah Rayla rupanya dia di hospital.

"Apa jadi dekat kau ni? Nasib baik aku datang rumah kau. Kalau aku tak tergerak hati nak datang tadi, tak tahulah apa jadi dekat kau" bebel Aira.

Rayla tergelak kecil. Comel je tengok Aira meleter. Kalau boleh nak tarik je pipi dia. Tapi apakan daya, sendi badannya terasa masih lemah.

"Entahlah, aku tak berapa ingat sangat. Apa yang aku ingat, tadi lepas balik dari kedai aku masak, basuh baju then masuk bilik. Maybe aku penat sangat nak tidur sampai tak sedar apa jadi lepas tu" bohong Rayla.

Dia sebenarnya ingat sangat apa yang jadi. Tapi dia tak mahu Aira berdendam dengan abang tirinya lagi. Cukuplah selama ini amarah Aira kepada abang tirinya kerana selalu meminta duit darinya. Takkan nak biarlah Aira berdendam kerana telah menyakitkannya pula kali ini?

"Tulah kau, aku dah kata terima je mesin basuh lama aku tu letak kat rumah kau, kau taknak. Sekarang kau tengok apa yang jadi. Degil betullah" Walaupun Aira berpewatakan lelaki, tetapi masih lagi terserlah aura keperempuanannya bila membebel sebegitu.

"Mak aku mana?" Rayla cuba mengubah topik. Bukan dia tidak mahu mesin basuh itu, tetapi dia segan. Selama ini pun Aira banyak membantunya. Takkanlah sampai kesudah dia hanya mengharapkan pertolongan Aira? Malulah dia.

"Dia ada dekat luar. Dari tadi menangis. Sayang benor dia dekat kau" perli Aira. Rayla tersenyum palsu. Dia bukan marah pun, sebab Aira memang tahu apa selama ini maknya buat padanya.

"Terima kasih Rash. Kau banyak tolong aku selama ni. Kalau kau takde, tak tahulah apa yang jadi" ucap Rayla cuba menahan tangis. Aira melirik senyum.

"Kau sahabat aku. Aku takkan biarkan kau hadap semua kesusahan seorang diri. Ingat! kalau kau susah, aku selalu ada untuk kau. Cakap je. Semua aku boleh tolong. Aku sayang kau" dahi Rayla yang sudah berbalut kemas itu, diusap lembut.

Air mata Rayla sudah bercucuran.

'Aku sayang kau jugak. Bukan setakat sayang , tapi cinta! Aku tahu ni salah, tapi ini perasaan aku. Aku cintakan kau sangat sangat Rash!'

HALIA .✔️Where stories live. Discover now