;12

6.2K 128 2
                                        

"Contact lens?" soal Rayla kebingungan. Sejak bila Aira rajin nak pakai contact lens?

"Yela. Kenapa?"

"Sejak bila kau rajin pakai contact lens? Even nak gi kenduri pun kau tak pernah pakai make up, ni contact lens. Demam eh?" tangannya ditekap ke dahi Aira. Tak panas. Dahinya berkerut.

"Hahaha. Kau ni kalau blur memang comel!" sakan Aira menggelakkannya bila melihat gelagat Rayla yang lambat pick up. Tapi lain pula Rayla. Wajahnya putihnya sudah kemerahan!

'Aira kata aku comel? Oh gosh!'

"Contact lens ni untuk kau! So after this-" Aira merapatkan dirinya ke Rayla. Rayla terkaku. Tingginya yang sama dengan Aira membuatkan mereka senang bertentang mata. Detak jantungnya sudah berterabur.

Terasa lembut jari Aira menyentuh bahagian tepi dahinya. Aira menarik perlahan lahan kaca mata petaknya. Matanya jadi berpinar kerana kabur. Walaupun kabur, dia tetap ingin menatap wajah manis Aira.

"Kau dah tak payah pakai spek petak kau ni. Ha, macam ni baru nampak lawa. Kalau tak nampak noobies tau tak?" celoteh Aira. Dalam kekaburan, Rayla tahu yang Aira sedang tersenyum senang kepadanya.

"Kalau ye pun bagilah aku pakai spek tu dulu. Aku still rabun lagi" matanya sudah berair kerana terlalu lama membuka kaca mata. Pinar sungguh!

"Hehe, sorry sorry" Aira menyarungkan semula kacanya. Kini barulah pandangannya kembali jelas.

Mereka beriringan ke kaunter pemilihan. Setelah segala pemeriksaan dan memilih jenis kanta lekap yang sesuai, kini masa untuk membuat pembayaran. Rayla ketap bibir.

"Weh, aku mana ada duit banyak tu.." bisik Rayla ke Aira. Pembantu kashier dihadapan mereka sudah memandang mereka dengan wajah yang curiga. Yelah, bisik bisik macam bincangkan macam mana ' cara dapat kanta lekap secara percuma' pulak.

"Kau ni, aku belanjalah. Kalau tak takde aku ajak kau beli contact lens berpower" bisik Aira kembali. Pikir dia kejam sangat ke nak suruh Rayla bayar sendiri. Tak sampai hati sungguh!

Lalu dia memberikan senyuman kekok ke pembantu kashier itu. Kad debit miliknya dikeluarkan dari dompet dan segera dihulurkan kepada gadis yang dari tadi sudah memandangnya pelik. Kad itu dicapai lalu diloretkan. Tidak lama kemudian kad itu di pulangkan semula.

"Terima kasih dan sila datang lagi" kali ini barulah pembantu kashier itu tersenyum manis. Dengan langkah senang hati, Aira membawa Rayla keluar dari kedai itu. Kesian Adam. Mesti abangnya itu sudah menunggu lama.

"Dah siap?" muncul Adam dari kedai buku sebelah kedai kaca lekap itu. Dia terpegun sebentar melihat Rayla tetapi segera dilarikan pandangannya. Aira mengangguk laju.

"Dah. Lama sangat ke bang?"

"Takdelah lama mana. Kalau baca Al-Quran adalah dalam 2-3 juzu' abang baca" perli Adam smooth. Aira tersengih tunjuk gigi. Tahulah dia memang lama abangnya menunggu mereka berdua.

"Hm, adik nak pergi ladies kejap. Nak ikut tak Ray?"

"No, aku nak tengok buku kejap" balas Rayla. Aira mengangguk paham lalu segera berlalu ke tandas manakala Rayla menuju ke ke kedai buku yang tadi dimasuki Adam. Adam mengekorinya. Yalah, takkan nak ke ladies pulakkan?

Rayla menggapai buku yang dari luar kedai tadi menarik perhatiannya. Terpampang jelas tajuk buku itu; 'Semusin di mahsyar' nukilan Hadi Fayyadh. Tajuk dan muka depan sahaja sudah membuatkan hatinya tersentap. Agaknya isi dalamnya mengenai apa?

"Nak saya belikan?" suara mendatar itu tiba tiba menyapa. Rayla tersentak lalu segera menggeleng.

"Tak, takpe. Kalau ak- em saya nak, saya beli sendiri. Terima kasih" Rayla terus berlalu menuju ke rak buku yang lain. Kali ini rak bahagian novel pula dia kunjungi. Dia lihat sekeliling. Kelibat Adam sudah hilang. 'Ah, biarlah'

"Wui!" seseorang datang menerpanya. Rayla menjeling geram kepada gadis molek itu,

"Salam mana? Haish"

"Marah? Sorrylaa.. Dah jom. Eh, abang aku mana?" aju Aira bila susuk abangnya langsung tak kelihatan.

"Tah" dia mengjungkit bahu. Novel ditangannya sambung di belek. Macam menarik.

"Dah jom. Letak letak. Kau ni kalau dapat buku, apa pun tak ingat. Jom!" tangan Rayla ditarik keluar dari kedai buku itu. Rayla menayang air muka tak rela hati.

"Alaaaa....."

"Apa ala ala? Aku rasa abang aku dah tunggu dekat parking lot kot. Kena cepat nanti dia bising" Aira masih memimpin tangannya menuju ke kawasan parkir. Ternyata abangnya tetap tiada disitu. Segera telefon pintarnya diseluk. No abangnya didail pantas.

"Abang dekat mana?" tanya Aira bila panggilannya bersambung.

"Dah nak sampai dah" balas abangnya pendek. Aira mengelus lega lalu talian dimatikan. Tidak sampai seminit, abangnya sudah tiba.

Terdapat satu plastik putih yang Aira tidak pasti apa kandungannya pada tangan Adam. Segera dia masuk keperut kereta tanpa ditanyakan apa apa. Dibiarkan dahulu soalan itu kerana sekarang sudah hampir menjelang maghrib.

Rayla turut masuk ke kereta. Tempat duduk yang sama iaitu sebelah pemandu. Adam memasang radio kerana ingin mengetahui bilakah masuknya maghrib. Kereta Adam terus laju membelah jalan raya yang sudah sunyi kerana masing masing sudah balik kerumah.

Mereka tiba dirumah tepat pada waktu azan berkumandang. Aira segera berlari keluar dari kereta kerana harus cepat mengambil wuduk untuk solat maghrib sebab tidak biasa melengahkan waktu solat kerana hatinya sentiasa gelisah jika dia melewat lewatkan solat.

Rayla pula hanya bersahaja kerana dia sedang 'bercuti'. Jangan tak perlulah dia tergesa gesa seperti Aira. Nampak clumsy!

"Hm, Adha" tiba tiba Adam memanggil namanya. Rayla terhenti dihadapan pintu rumah itu.

"Nah" Adam menghulurkan plastik putih yang dari tadi menjadi persoalan dibenak fikirannya. Dengan teragak agak, dia menyambut plastik itu.

"Apa-" tanpa sempat dia menghabiskan ayatnya, Adam sudah berlalu masuk kerumah. Mungkin mahu cepat mengikuti jemaah di surau.

'Misteri betul mamat ni!'

Rayla melihat kedalam plastik. Matanya spontan membulat. Mulutnya pula melopong tanda terkejut. Dengan gelojoh, dia keluarkan isi plastik itu. Dia tidak tahu mahu reaksi apa kerana;-

Dia dapat tiga buku edisi Dakwah Sentap! Pertama 'Semusim di Barzakh', 'Semusin di Mahsyar' dan juga 'Surat untuk orang putus cinta' ! Ikutkan mahu sahaja dia melonjak di situ tapi Alhamdulillah dia masih waras.

Tiba tiba Rayla berfikir sejenak. Tapi kenapa Adam belikannya buku semua ini?

HALIA .✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang