;10

7.1K 129 6
                                        

Rayla melangkah laju menuju kekantin. Waktu rehat yang hanya berbaki 10 minit harus dimanfaatkan dengan mengisi perutnya yang dari pagi tadi berkeroncong minta diisi. Dari pagi tadi dia tidak bersarapan kerana sudah lewat kesekolah.

Kedebuk!

"Hei! Buta ke?!" jerkah seorang perempuan yang tidak sengaja dilanggar olehnya. Baju perempuan itu basah dengan air mineral yang dipegang olehnya sendiri.Terkumat kamit dia menyumpah seranah Rayla.

"Maaf, maaf saya tak sengaja" Pinta Rayla serba salah. Kini mereka menjadi tumpuan ditengah kantin ini. Dengan gelabah, kain sapu tangan dipoketnya digunakan mengelap baju pelajar super diva itu.

"Maaf, maaf! Dah, jangan kotorkan baju aku dengan tangan jijik kau lagi! Dah la miskin, murah pulak tu!"

Terus dia terdiam kerana rasa tertampar dengan tohmahan perempuan itu. Dia hanya membatu sambil cuba menahan airmatanya dari jatuh kepipi. Sungguh, apa yang dikatakan perempuan itu mengguris perasaannya seperti belati nun menusuk dalam.

"Apahal diam? Nampak sangat murah! Dengan abang sendiri pun jadi lepastu kata dia rogol kau. Alah, klisenya" dengan sinis sekali dia berkata kata.

Rasa sabar Rayla sudah makin menipis. Direnungkan perempuan tiada insuran itu sedalam dalamnya. Jikalau boleh dirobek mulut perempuan itu, sudah lama dirobeknya.

"Kau pikir kau pandang aku macan tu aku takut? Mura- AWWW! Fuck!" sekelip mata mulutnya sudah berdarah. Mereka yang menjadi penonton drama waktu rehat itu  tergamam.

"Abang aku pernah cakap yang mulut orang kita tak boleh tutup, tapi boleh tumbuk" Aira yang masih menggenggam penumbuk tersenyum sinis. Rayla membungkam dengan kemunculan Aira yang tiba tiba datang kemudian menumbuk padu muka 'cantik' pelajar gedik itu.

"GADUH! GADUH! GADUH!" pelajar lelaki yang nakal mula bersorak riang. Tak guna betul, bukan nak nak tolong. Galakkan lagi adalah!

"Kau memang SIAL! Arghh!!!" perempuan itu ( atau lebih sesuai dipanggil betina) menerkam Aira dengan ganas. Bermulalah scene cat fight ditengah tengah kantin sekolah. Tarik menarik tudung, lempang melempang dan tak kurang juga Aira yang sering kali melepaskan tumbukan dibahu perempuan itu.

"Apa kecoh kecoh ni?! Hei, hei berhenti!" jerkah seorang lelaki kacak yang lengkap berpakaian biru tua menandakan yang dia adalah seorang pengawas. Pelajar yang tadi berkerumun mula bersurai kerana mereka tahu yang adalah satu kesalahan jika mereka berada ditempat kejadian.

Aira melepaskan bahu lengan perempuan itu manakala perempuan itu meleraikan genggaman tangannya pada tudung Aira. Muka mereka berdua mula menampakkan kesan lebam. Tudung pula barai habis. Aira tak peduli, yang penting dia puas.

"Aira, Erissya. Ikut aku ke bilik disiplin sekarang!" arah Farish, lelaki pengawas yang kacak tadi. Tapi keadaan sekarang tidak langsung menampakkan kekacakkannya. Terserlah ketegasan dia dalam menjalankan tugas yang telah diberikan iaitu menjaga ke keamanan sekolah.

Dengan muka yang masih bengis, Aira menapak dahulu ke bilik disiplin meninggalkan Rayla yang dari tadi membatu bermula menonton aksi ganas tadi sehingga sekarang. Rayla tergamam sehinggakan tidak tahu apa yang perlu dia lakukan.

"Yang kat kantin ni tunggu apa lagi?! Waktu rehat dah habis. Ke nak naik disiplin jugak sebab menjadi penonton kes gaduh tadi?!" selaran pengawas yang pula.

Tergopoh Rayla terus menuju ke kelas. Dalam hatinya dia rasa sungguh bersalah. Sebab dia, Aira yang kena. Ini tak boleh jadi!

Tanpa berfikir panjang, Rayla terus membalik badan lalu melangkah cepat menuju ke bilik disiplin. Aira tak bersalah. Dia perlukan pembelaan!

🌻🌻🌻

"Apa kena kena adik ni? Sejak bila abang ajar adik bergaduh dalam sekolah?" soal Adam mendatar tapi kedengaran keras ketika memasuki perut kereta. Adam yang baru balik dari kuliah terpaksa kesekolah adiknya bila ummi memaklumkan adiknya terlibat dalam kes gaduh. Mengucap panjang juga Adam bila mendengar berita itu.

"Adik tak sengaja la abang. Mulut perempuan tu biadap sangat" Aira cuba membela dirinya sendiri. Pandangannya dibuang ke luar tingkap manakala Rayla hanya membisu di tempat duduk belakang.

"Tak sengaja? Berapa kali abang dah pesan. Sabar, sabar. Kita ni orang Islam. Kata kata perempuan tu takkan membunuh adik pun" nasihat Adam lagi. Kali ini nadanya sedikit lembut. Aira hanya diam tanpa membidas semula.

"Tak bunuh jasad. Tapi boleh menikam hati" tiba tiba Rayla bersuara setelah menyepi daripada sekolah tadi. Adam melirikkan matanya melihat pantulan Rayla yang termenung ke luar tingkap melalui cermin pandang belakang. Hampir saja kenderaan itu lari garisan. Mujur cepat dicover.

"Apa maksud awak?" soal Adam keliru sambil tenang mengendali kejadian. Aira yang tadi hampir terlelap turut terjaga.

"Ha?" Rayla tersentak. 'Alamak, aku tercakap kuat ke tadi? Rasanya tadi aku cakap dalam hati je'

"Apa maksud ayat awak tadi? Menikam hati?" aju Adam semula. Fokusnya tetap pada jalan raya. Tidak sedikit pun dia melirik pada cermin pandang tadi. Dia tidak mahu terganggu lagi.

"Er ak- eh saya tak cakap pape pun. Hehe" Rayla sudah tersipu. Mulalah mukanya merah kerana terlepas cakap. Adehhh... mulut mulut!

Sudahnya isi kereta kembali sunyi. Perjalanan balik kerumah terasa panjang kerana langsung tiada bunyi bunyi celoteh dj radio yang selalunya menyapa pendengaran. Mungkin keadaan sekarang tidak sesuai. Tidak lama kemudian Rayla turut terlelap sama seperti Aira yang duduk dikerusi penumpang.

Perlahan lahan Adam melirikkan semula matanya ke cermin pandang belakang. Tanpa dia sendiri sedar, dia menarik senyum bila melihat gadis itu terlentuk ke pintu kereta.

'Comel' getus hati kecil Adam

HALIA .✔️Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang